Sunday, December 14, 2008

Nak Bukak Sekolah Ni Emak Bapak Yg Lelah

3 minggu lagi sekolah akan dibuka semula. Bagi sebahagian besar ibubapa masa inilah yg mencabar kerana hendak menyediakan persiapan anak2 kembali ke sekolah. Walaupun buku teks dah tak payah nak beli (fuuh lega) tapi banyak lagi barang2 lain nak kena beli jugak.

Haizam tahun depan masuk Tingkatan 1. Dah tentu uniform semua kena beli baru. Jarak dia dgn abangnya 8 tahun - takkan nak cari balik baju abg dia masa Tingkatan 1 dulu. Entah dah kemana baju2 tu.

Haikal pula masuk Darjah 2 tapi dia telah dilantik oleh pihak sekolah utk menjadi pengawas. Masa dia bawa balik surat perlantikan sebelum cuti sekolah hari tu, saya kata kpdnya, "takkan Darjah 2 ada pengawas? Sebelum ni Darjah 4 baru ada pengawas." Nampak kecewa jugak dia dgn komen saya tu.
"Tak percaya bacalah betul2," katanya macam separuh nak menangis.
"Ok lah, ok lah ayah sains surat tawaran tu". kata ku disambut senyum meleret olehnya. Akibatnya saya kena belikan baju baru warna biru muda, kasut baru warna hitam, tali leher, vest dan blazer. Ayah kau pun tak pakai kot pergi kerja ooi.

Semalam saya dan isteri membawa dua org anak kami ini pergi mencari barang2 keperluan mereka di Jalan Masjid India. Barang tak berjenama tapi harga murah sikitlah.

Haikal memilih2 beg tapi yg dia berkenan harga mahal pulak. Lain kali kita cari lagi ya hehehe.


Haizam menunjukkan antara barang yg dapat dibeli semalam.

Selain dari beg sekolah, kasut budak2 ni pun belum dapat lagi. Semalam pun dah banyak kopak ayah mereka. Siaplah kena sediakan duit lagi. Ini tak termasuk Afifah yg belum tahu akan bersekolah di mana selepas keluar keputusan PMR kerana tempat dia belajar sebelum ini iaitu MRSM Gerik hanya sampai Tingkatan 3.

Lelah, lelah. Jangan betul2 kena penyakit lelah sudah.

13 comments:

  1. ckLah,
    Belum. Boleh pegi joli lagi se round dua. Kalau ke KL jgn lupa singgah rumah. Kami nak tengok bakal menantu hehehe.

    ReplyDelete
  2. aku peratikan, waktu lelah bagi ibubapa ialah bila sekolah nak bukak & time nak sambut raya pose. kopak beb kopak..hehe..

    berani buat berani la tanggung hik3..

    ReplyDelete
  3. Salam


    Dah mula dah ??
    Baguslar ..

    pB , kain untuk jahit baju sekolah jer baru dibeli.


    Sabtu ni rasanya baru nak cari kasut. Stokin dah...

    ReplyDelete
  4. Pelaburan jangka panjang ni,hahahha. Ramai org kena lelah skang ni sbb perubahan ekonomi dan cuaca.

    ReplyDelete
  5. hehe... bukan meriah ker nak beli peralatan dn pakaian sekolah nih..

    mase nih la best utk bawa bebudak shopping.. hehe..

    ReplyDelete
  6. MC tahun depan ni masuk darjah satu. Dia mintak beg sekolah yg ada roda. bulih tarik2 tu... Pergh... rasa nk dapat chikungunya rasanya aku.... ha ha.


    .

    ReplyDelete
  7. hah! jangan lelah! kang sapa nak sain surat biru setelah surat kuning dihantor karang ke umah saya?

    hahahahahahahahah

    ReplyDelete
  8. Sekarang bolehlah ko sengih Akmal. Cuba tahun 2020 bilamana ko dah ada anak yg dah bersekolah hehehe

    Betul apa ko kata tu PenyuBiru. Lagi ramai anak lagi teruk.

    pB, Memang nak kena cari barang yg belum dpt spt kasut dan beg sekolah. Pagi tadi dah pegi beli buku latihan.

    juliet
    Kalau dikira dari segi ekonomi semata2, pelaburan ni terlalu lambat pulangannya dan berisiko tinggi. Tapi dah jadi tanggungjawab ibubapa, harap pulangan di Akhirat lebih berbaloi.

    ReplyDelete
  9. Jard, shopping dgn anak2 ini mencabar kesabaran ibubapa. Baru kita nak suruh mereka mencuba saiz pakaian, mereka dah hilang ke tempat lain.

    Kita senasiblah Mak Su.

    tasik, MC dan Haikal tu samalah, nak beg beroda. Ko rasa mcm nak kena chikungunya, kami pula rasa mcm nak kena denggi!

    BurungBelatuk, terima kasih kerana sudi singgah. Jenguk2lah selalu.

    one love, tentang surat biru dan kuning saya tak lelah. Bila2 segar balik kalau dah sain kahkahkah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails