Thursday, December 11, 2008

Hai, nama saya BOB

Ya, saya Bob. Tapi bukan Bob penyanyi tu sbb saya tak pandai menyanyi. Sebenarnya saya ni pendiam orangnya.

Saya bekerja dalam bidang construction. Kerja yg saya lakukan memang berbahaya. Biasanya saya kena berdiri di tepi lebuhraya tanpa kira siang atau malam, panas atau hujan. Cuba anda bayangkan: anda tercegat di tepi jalan dan terdedah kpd bahaya dilanggar kenderaan spt bas ekspress yg memecut selaju 150 km/j pukul 3 pagi. Kalau terbabas bas tu merempuh anda, dah tentu bersepai tubuh anda. Tapi inilah risiko yg saya hadapi setiap masa. Untuk mengurangkan risiko tersebut, saya memakai pakaian berwarna oren siap yg pantul sinar lagi. Kerja di tapak pembinaan kenalah pakai topi keselamatan. Topi saya warna putih tau - bukan yg kuning macam mat Indon atau mat Bangla pakai tu. Untuk mengurangkan pancaran matahari tepat mengenai mata, saya sentiasa pakai spek gelap. Mengancam.

Oh ya, mungkin anda nak tahu macamana YB boleh kenal saya. Sebenarnya dia memerlukan seseorang utk menolong memberi amaran kpd penunggang2 motosikal di laluan sikal berhampiran sebuah stesen minyak yg dibinanya akhir tahun lalu berhampiran tol Batu 3. Alah stesen yg kat sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam selepas Subang Jaya. Macam2 cara si YB tu cuba tetapi akhirnya dia minta saya berdiri di laluan sikal tu utk mengibarkan bendera amaran. Tauke tempat saya kerja cas dia RM9 ribu utk mendapatkan saya. Sejak itulah dia mula kenal saya.

Dah banyak saya bercerita ni, anda nak tengok pulak gambar saya? Ah malulah. YB kata ramai blogger tak nak tunjuk muka mereka pun. Ada yg tutup dgn tangan, ada yg tunjuk sebelah muka aje dan ramai yg letak gambar2 kartun lah, lukisan lah dan macam2 lagi ragam. Takkan saya nak tunjuk mukakan?

Apa . . . nak tengok jugak.

Saya ni tak sempurna - tangan kiri saya cacat.

Betul2 nak tengok?




Kalau macam tu klik di sini.

14 comments:

  1. Cisss!!! Kena tipu! >:(
    RM9k mannequin sebijik? biar betul?

    ReplyDelete
  2. Bahaya kerja dia tu Akmal! Kalau ada org yg sanggup berdiri tepi jalan kibar bendera macam si Bob ni, uncle boleh bayar 10 RIBU (rupiah . . . hehehe).

    ReplyDelete
  3. mana tak buleh bukak BoB..hang tipu la YB..

    ReplyDelete
  4. "Cis, bedebah kau abang Tuah! Hang Jebat 'mengecis' Hang Tuah.

    "Berani kau mempersendakan hamba?" sambung Jebat lagi tidak puas hati menatap wajah Tuah yang tersengih-sengih kepuasan.....

    Bukan ckLah yang cakap ya...err..abang Jebat!

    ReplyDelete
  5. Masa gi Kuantan aritu nampak 2-3orang BOB dok kibar bendera tepi jln,siap spek itam. anak sedara siap babai2 lagik sebab dia ingatkan orang betul.Kim salam kat BOB yer,hik,hik.

    ReplyDelete
  6. saya taknak klik pasal saya dah boleh agak dah!

    bluek :p

    ReplyDelete
  7. Mana saya ada tipu (bohong sunat adalah kot). Org lain semua boleh bukak. Cikgooden aje yg tak boleh nak bukak si Bob tu. Nak kena tukar pc gamaknya hehehe

    "Wahai Dang Anum, mengapa tergamak tuan hamba bersekongkol dgn Jebat walhal dia taklah sehensem hamba" kata Hang Tuah kehairanan.
    Bukan YB cakap ya ckLah... abang Tuah yg cakap.

    julietchun, mereka semuanya bernama Bob. Bob yg kami beli mahal2 tu hilang spek gelap dia kena cilok penunggang motor - hampeh betul spek Petaling Street pun nak kapor.

    Rugi you tak klip one love! Hensem giler Bob kawan I tu. Hidung mancung kulit hitam manis (kerana berjemur lama) ala2 Datuk Shah Rukh Khan. Jgn lah segan . . . klik aje hyperlink tu!

    ReplyDelete
  8. YB ni mengenakan oreng-oreng, amvooiiii

    ReplyDelete
  9. mak su,
    Dah selalu sgt saya cerita ttng diri dan keluarga saya. Kali ni Bob mintak saya citer sikit berkenaan dia. Setidak2nya bila org nampak dia kat tepi jalan lain kali tau lah itu Bob. Tak gitu?

    ReplyDelete
  10. pemikir lapuk,
    salam diterima. Bila2 ada masa dtglah lagi.

    ReplyDelete
  11. salam kenal..

    Zaman dah berubah,dunia dah moden..

    dulu² masa kat kampung, Bob nie keje kat sawah padi..

    skang dah merantau ke bandar,keje kat tepi higgway plak.lebih hensem & bergaya.hehee..

    ps: anak aku tak macam anak buah juliet, dia tahu Bob tu patung. Sampaikan pekerja (org betul) buat keje kat tepi jalan pun dia bilang patung jugak.haha

    ReplyDelete
  12. lu licik sekarang ni ye bang....

    hahaha...



    .

    ReplyDelete
  13. PenyuBiru,
    Kalau dulu baju pun koyak2, nama takde. Tak tau nak panggil apa langsung panggil orang2. Sekarang pakai smart boleh cas 9K. Penampilan penting dunia kini.
    Anak2 you terer macam bapak mereka jugak kot.

    tasik,
    Saya baru nak belajar. Ko lagilah licik ahaks.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails