Tuesday, November 4, 2008

Roti Canai

Selain nasi lemak, roti canai merupakan sarapan pagi paling popular di Malaysia. Walaupun khasiatnya sering dipertikaikan terutama oleh mereka yg mementingkan kesihatan tetapi bagi sebahagian besar kita, roti canai tetap menjadi pilihan bukan saja utk sarapan pagi tetapi minum petang dan waktu lepak di sebelah malam dan dini hari.

Ada banyak tempat utk menikmati roti canai. Antaranya tentulah kedai mamak.

Anak saya sedang menikmati roti canai di Restoran Shahjahan Maju

Tak kurang juga yg pergi ke warung2 samada di medan selera atau di tepi jalan. Hujung minggu selalunya kami akan ke Medan Selera Setiawangsa jika hendak makan roti canai.

Ada juga yg membeli roti canai sejuk beku. Kalau nak makan cuma panaskan saja dah siap. Pilihan kami ialah roti canai keluaran Hanis yg terletak di Kg Baru Sirusa, PD.
Papan tanda di hadapan rumah Hanis

Saya sedang membeli 6 bungkus roti canai

Takut tak cukup, anak saya pulak beli lagi

Setakat ini coretan saya pagi ni. Saya nak makan roti canai dah ni . . .

7 comments:

  1. roti canai tetap favorite :) yeaaahaaa!!!

    ReplyDelete
  2. Restoren Shahjahan maju....hi...hi..hi..
    Nama suami ckLah Sazahan......ada sipi-sipi dengan Dato' Shah Rukh Khan....Dato' tu......



    Tak tau nak tulis apa..he...he...he..

    ReplyDelete
  3. Salam en YB.

    Saya suka roti canai yang orang Melayu buat. Tak tahulah kenapa... Lagi-lagi kalau emak saya ang buat. Pergh! He he he..

    ReplyDelete
  4. gooooood girl,
    I like it too ........

    Mak Su,
    Kita serupa

    cklah,
    Kalau cklah dan suami pegi Restoran Shahjahan boleh mintak discount. Kalau sebut Dato Sazahan mungkin free terus.

    JP,
    Boleh tak minta emak you buat lebih sikit dan bekukan utk kami. Tak payah pegi PD jauh2 kalau boleh dpt kat Puchong. Elok lagi kalau you bawa pegi Tmn Melawati - lagi dekat saya nak ambik he he he

    ReplyDelete
  5. YB, roti canai, mana ada orang tak suka makan hehe :)
    Nak pulak roti planta ke, roti telur ke...pergh!

    ReplyDelete
  6. Akmal,
    Ada jugak org tak makan roti canai dan jenis2 yg sewaktu dgnnya kerana banyak minyak kononnya.
    Beli roti telur ni kadang2 rasa rugi sebab telur sebiji penjual cas extra 70 sen. Harga telur baru 25 sen. Untung buta aje.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails