Sunday, November 23, 2008

Macam2 Kenduri

Semalam saya mendapat jemputan kenduri dari beberapa pihak.

Lepas Zuhur, jiran setaman menjemput solat hajat dan kenduri doa selamat kerana dia dan isteri hendak ke tanah suci esok. Ramai jemputan yg hadir. Nasib baik dia ada pasang khemah di jalan depan rumahnya.

Pada waktu yg sama saya juga mendapat jemputan utk kenduri doa selamat nak pergi haji dari rakan keluarga yg tinggal di Setapak Jaya. Kerana saya memilih utk ke majlis di rumah jiran setaman saya, maka saya ke Setapak Jaya (taklah dekat sgt walaupun namanya Setapak) pukul 3:30 ptg. Sesampai kami di sana kelihatan tetamu masih ramai duduk di khemah. Tuan rumah pun pasang khemah jugak. Saya cuma makan kueh dan buah2an kerana masih kenyang penangan nasi di rumah pertama.

Malam tadi selepas Isyak ada kenduri lagi. Kali ini dari jiran di perumahan seberang jalan. Kenduri tahlil dan doa selamat kerana nak mengadakan majlis perkahwinan anak hari ni. Macam2 hidangan disediakan. Tak cukup makan kat situ, diberikan buah tangan lagi.

Para jemputan menikmati teh tarik dan kueh mueh selepas kenyang makan nasi. Perhatikan beg buah tangan yg siap dgn bunga telur

Sebenarnya malam tadi kami sekeluarga dijemput oleh kakak ipar saya utk kenduri doa selamat meraikan majlis berkhatan 2 org anak beliau. Tapi kerana majlis tu kat Jenjarom dan isteri saya kurang selesa membawa bayi kami yg masih kecil pada waktu malam, maka kami terpaksa RSVP aje.

9 comments:

  1. kalo kt kelantan ni dah sibuk kenduri kawen dah ni. Cuti sekolah kan. ;)

    ReplyDelete
  2. Amboi banyak betul kenduri kendara ye. Kalau raya, banyak open house hahaha.
    Kita ni memang kalau ada apa-apa majlis, tak makan, tak SAH! hahaha
    Cerita pasal orang khatan, saya baru aje balik dari Sunathon (majlis sembelih anu secara beramai-ramai) kat Sungai Isap, Kuantan. Seronok betul tengok gelagat budak dengan bapak dan mak budak sekali haha..40 anu telah selamat dipotong hehehe....

    ReplyDelete
  3. kv,
    Kat Kelantan atau kat KL sama aje kalau cuti sekolah ni - musim mengawan. Saya baru balik kenduri kawin tengahari tadi. Minggu depan pun ada. Minggu lusa, minggu tulat sampailah bukak sekolah ada aje org jemput majlis kawin.

    Akmal,
    Inilah kelebihan hidup bermasyarakat. Makan2 tu 1 cara merapatkan perhubungan spt yg dianjurkan oleh Nabi saw dan Nabi Ibrahim.
    Akmal ikut memotong anu ke ari ni? Boleh buat praktikal he he he.

    ReplyDelete
  4. kenduri??? nak tahu tak, tak tahu kenapa saya tak suka kenduri. mungkin sebab ramai orang. saya kurang selesa. tapi, fikirkan ukhwah yang mesti dijaga, pergi juga la. jangan sampai orang tak kenal bila tengok saya...

    ReplyDelete
  5. e-leeyana,
    Mmg sesetengah org terutama org pompuan rimas atau tak selesa tempat org ramai sgt ni. Baguslah kalau demi ukhwah perasaan ini dikorbankan.
    Ibadah haji pun bersesak2 :)

    ReplyDelete
  6. musim kenduri!

    btw, hopefully, smua yang ke Mekah itu akan gembira di sana!

    best :)

    ReplyDelete
  7. makan beringat sikit ye bang... kamu dah tua ok... he he he..

    :p

    ReplyDelete
  8. one love,
    kenduri = makan mmg best.
    Hari ini bakal haji terakhir dari taman saya berlepas ke Mekah. Semoga mereka mendapat haji mabrur. Mari kita berdoa agar kita juga akan ke sana utk melaksanakan rukun Islam ke5 ni.

    tasik,
    temi kasih atas peringatan tu. Tapi sementara boleh makan ni, pulun he he he

    mak su,
    It happens that the door gift malam tu lebih hebat dari door gift hari perkahwinan esoknya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails