Thursday, November 6, 2008

Lawatan Kilat Ke Perak

Siang tadi saya dan 2 org anak saya telah ke Gerik utk menjemput anak ke3 saya yg belajar di MRSM di sana. Memandangkan pelajar Tingkatan 3 telah habis menduduki peperiksaan PMR maka mereka dibenarkan pulang ke rumah masing2 lebih awal dari pelajar2 lain.

Di bawah ini saya siarkan beberapa gambar yg sempat diambil dlm perjalanan pulang.

Masih banyak lori balak di sepanjang jalan Gerik - Lenggong. Hasil negara dikecapi oleh golongan tertentu saja
Masjid Kg Gelok sedang dibesarkan. Harapnya bertambah ramai jemaahnya

Jambatan Dr Raja Nazrin yg merentasi Tasik Raban

Tasik Raban - lubuk ikan darat

Tak perlu menyeluk pekasam hingga ke pangkal lengan. Semuanya dah dibungkus dlm plastik. Ada beberapa jenis ikan digunakan utk membuat pekasam tetapi yg paling sedap ikan loma.
Ada sederet kedai berhampiran Kg Kelantan yg menjual pekasam

Kami singgah di Gunung Rapat utk membeli sedikit limau Tambun. Org kata tak sah ke Ipoh kalau tak beli limau

Kami selamat tiba di rumah pukul 6 petang.

7 comments:

  1. Salam pak cik..
    saje singgah..
    sy tertarik tgk gambar Hazwan dgn Uncle 'limau bali' tue..
    diorang mcm ade 'chemistry'..
    pak cik ade 'chinese blood' ke?
    Yang saya tau jawe je..

    ReplyDelete
  2. Dulu ckLah duduk kat Ipoh.....depa kata untuk menyuburkan limau tambun tu...depa gunakan 'kumuhan ba alif ba ya' sebagai baja. Betoi!!

    ReplyDelete
  3. ha ha ha. aku baru nk bagi komen mcm xiiinam tu. betoi ke hah?

    limo bali tak bulih makan...
    betik tak bulih makan...

    makan angin saje la kita... ha ha.

    ReplyDelete
  4. kita pakat makan kurma la lepas nie

    insyaallah , halallll

    ReplyDelete
  5. Oh, baru habis PMR ke? My brother pun ada sorang. Kena ambik 9 subjek macam saya dulu haha. Sekarang ada kat asrama, dengar kata macam-macam program dia buat untuk student form 3.
    InsyaAllah straight A's, for your son and my bro also :)

    ReplyDelete
  6. tasik raban? betui ker nama tu? tak prnh dgr ler

    ReplyDelete
  7. Afif,
    Terima kasih kerana sudi singgah. Mungkin secara kebetulan Hazwan dan tauke tu nampak mcm ada chemistry. Tu lah sbbnya dpt discount he he he.
    Hazwan Jawa pure - takde darah Cina langsung.

    cklah & tasikmerah,
    Komen matikan selera kami nak makan limau bali tu aje huhuhu.
    Kebetulan malam Khamis lepas ustaz yg mengajar feqah di surau kami memberitahu bahwa tanaman yg disiram/bajai dgn kumbahan khinzir adalah HALAL hukum memakannya. Samada "geli" nak makan atau tak itu soal lain tapi hukum di sisi Islam halal. Wallahualam.

    pB,
    Selain kurma buah rambutan kat rumah cklah pun boleh. Jom kita serbu rumah dia.

    Akmal,
    Anak uncle yg Form 3 tu pompuan. Semoga dia dan your bro dpt straight A's.

    Mak Su ingat saya meraban ke? Memang betul nama tasik tu "raban". Kalau tak caya tanya tasik merah. kah kah kah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails