Sunday, November 16, 2008

Gotong Royong

Satu majlis gotong royong telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk taman perumahan saya dgn kerjasama PBT yg berkenaan semalam.

Penduduk telah diminta datang ke dewan orangramai utk bersarapan pagi (biasalah sebelum kerja apa2 mesti makan dulu), mendengar taklimat dan mengambil peralatan yg disediakan oleh PBT. Hujan renyai2 yg turun di pagi Sabtu itu menambah kelembapan suasana sekaligus mengurangkan mereka yg hadir.

Antara peralatan yg disediakan oleh pihak PBT

Lebih kurang pukul 9:15 para peserta bergerak ke kawasan masing2 utk memulakan gotong royong. Perumahan kami ada 8 batang jalan (atau lorong) dari 1A -1H. Fokus di setiap jalan tidak sama kerana masalah yg dihadapi penduduk juga berbeza. Ada jalan yg memerlukan dahan2 pokok dicantas, ada yg mahu pasir2 di dalam longkang dibuang. Bagi kami yg tinggal di Jalan 1A keutamaan ialah membersihkan semak2 di lereng bukit di belakang rumah kami. Pada hari Jumaat beberapa org pekerja kontrak yg digaji oleh PBT telah datang utk memotong dan menebang pokok2 di belakang rumah kami. Mungkin arahan yg mereka terima ialah memotong semua pokok yg ada, maka banyaklah pokok dan tanaman seperti pisang, ubi, lengkuas, pokok bunga kantan dan limau purut menjadi mangsa. Tanaman di belakang rumah saya pun hampir menjadi korban kalau tidak kerana "ketangkasan" isteri saya menegah pekerja2 Bangla dari meranapkan pokok2 tanaman kami.

Berikut beberapa gambar yg sempat dirakamkan semasa majlis berlangsung


Para remaja juga turut serta membersihkan kawasan perumahan

Tuan Hj Ismail (salah seorg jiran saya) yg telah berumur >70 tahun menyumbang tenaga yg termampu. Yg penting semangat kejiranan

Kaum wanita juga tak mahu ketinggalan

Lebih kurang pukul 12 tengahari peserta yg masih bertenaga atau yg hendak memulangkan peralatan telah diminta kembali ke kawasan dewan orangramai. Sebagai habuan makan tengahari disediakan. Bagi yg dah keletihan atau yg segan bercampur masyarakat setempat kerana jarang2 berbuat begitu, berehat ajelah kat rumah. Di harap program seperti ini akan dapat merapatkan lagi hubungi kejiranan di masa akan datang.

9 comments:

  1. Baguslah komuniti tempat uncle ni. Boleh berganding bahu, berkerjasama :)
    Paling tidak, ni lah masanya nak kenal jiran2 tetangga yang suka berkurung hehehe.

    ReplyDelete
  2. bagus la aktiviti nih...byk faedah :)

    ReplyDelete
  3. bagus juga ada prog gtgryg ni sekali-sekali. dan bagus juga sekiraya sudilah YB menjawab tag di blog saya dated hari ni. :)

    ReplyDelete
  4. lama sungguh aku tak gotong royong ni haih...

    ReplyDelete
  5. sy suka gotong royong...sukeee sgt...tp kt kg sy xde pn wat cmni...huhuhu~ wat tok rmh sndri je la nmpknye...

    ReplyDelete
  6. bagusnya ha...
    macam kat kampung saya!
    best :)

    ReplyDelete
  7. Akmal,
    Masa macam nilah kadang2 jumpa jiran setaman yg kita pun tak tahu dia duduk kat taman yg sama dgn kita. Tapi bagus jugaklah mereka nak dtg. Mudah2an menjadi pemangkin utk terus bergaul dgn yg lain.

    13may,
    Ya, sekurang2nya bersihlah tmn perumahan tempat kami tinggal ni

    cklah,
    Opo seng arek digotong? Peti ais buruk ke? he he he

    ReplyDelete
  8. mak su,
    Sekali2 tu ok. Kalau kerap sgt susah pulak kontraktor PBT nak cari makan.
    InsyaAllah bila2 senang saya jawab tag tu.

    tasik merah,
    Kalau ada gotong royong tempat saya lain kali saya jemput TM. Bolehlah tolong kami.

    e-leeyanapun saya akan jemput sekali utk rasa gotong royong tempat kami.

    one love,
    Selain gotong royong membersihkan kawasan, penduduk di taman sayapun selalu berkampung kalau ada jiran nak buat kerja kahwin. Mcm suasana kampung rasanya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails