Monday, October 13, 2008

Kisah Rumah Terbuka

Sempena hari Ahad semalam, ramailah org mengadakan rumah terbuka. Saya juga mendapat beberapa jemputan. Namun saya tak dapat memenuhi semuanya bukan kerana malas tetapi takut ada tetamu dtg ke rumah masa saya ke rumah terbuka. Maklumlah isteri saya masih dlm hari dan tak dapat melayan tetamu dgn sempurna kalau hanya dia yg ada di rumah.
Dalam banyak2 jemputan itu saya pilih 2 aje. Yg pertama jiran setaman perumahan walaupun mereka duduk di Jalan lain. Masa kami sampai pukul 12:45 tuan rumah baru siap menyediakan makanan. Ini kerana rumah mereka akan dibuka hanya bermula lepas Zohor. Walau bagaimanapun kedatangan kami telah disambut oleh anak tuan rumah. Jelas kelihatan mereka belum sempat pakai baju raya.

Gadis di kiri gambar ialah anak tuan rumah. Belum sempat pakai baju cantik dan make-up

Bagusnya kalau datang awal ini (selain pilihan yg masih banyak!) ialah kita dapat berinteraksi dgn tuan rumah dgn lebih eksklusif kerana org belum ada. Boleh borak panjang sikit.

Isteri tuan rumah melayan kami

Macam2 hidangan yg kami nikmati. Sebelum kami pulang tuan rumah telah menghidangkan air kelapa muda. Dia baru beli dari penjual borong di seberang jalan.

Ini dia lori pembekal kelapa muda. Supply tok jadi masalah. Cuma sediakan aje duitnya.

Rumah terbuka kedua yg kami lawati ialah rumah sepupu saya di Cheras. Sebenarnya mereka telah mengadakan majlis yg sama Ahad lepas. Tetapi saya tak sempat pergi kerana menghantar anak ke asrama. Masa sama sampai di KL rumah telah "ditutup" kerana stok makanan dah habis! Untuk tidak menghampakan saya dan lebai2 malang yg lain maka mereka mengadakan rumah terbuka kali kedua semalam.
Mereka telah beberapa tahun tak beraya di Malaysia kerana bertugas di luar negeri.

Replika kincir angin. Cuba teka mereka kerja di mana sebelum ini

Menurut tuan rumah, hidangan semalam sama seperti Ahad lepas. Jadi tak boleh komplen.

Antara hidangan yg disediakan - palas jazz (oops tu kasut). Ketupat palas.

Kepada mereka yg tak sempat kami hadiri rumah anda (kalau baca blog ni) kami minta maaf banyak2. InsyaAllah lain kali kami datang.





7 comments:

  1. Yunus Badawi,
    Uncle, haha lebai-lebai malang. Tertawa baca ayat tu :D
    Banyak betul bunyinya open house tu hahaha. Ingat, berhati-hati di meja makan :)

    ReplyDelete
  2. Xpe.

    Klu xjemput kami ke open house ncik,
    bagi duit raya pon bleh gak.

    ha ha.

    ReplyDelete
  3. Akmal,
    Lebih malang lagi bagi lebai2 malang ni kalau isteri tak masak kat rumah. Nak beli kat kedai dah pokai. Elok buat puasa 6 he he he

    Si Kachak,
    Duit yg saya standby utk bebudak masih ada lagi tapi tinggal yg warna biru. Nak bagi duit raya tu boleh dgn syarat bawah 18 thn.

    ReplyDelete
  4. wahhhh mkn2 lg...lusa, uum akan adakan kolej terbuka pula hehe...tp sy jd salah satu yg m'organize nye hehe...jd, apa2 pn sy la g mkn dulu wahhhh gitu....

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang...nak beraya rumah orang tak boleh main redah-redah macam zaman kekanak dulu ye....baraan satu kampung kita naik rumah! Sekarang,kalau tak dijemput open haouse,takdelah nak datang...nak datang mesti telefon dulu...kalau telefon kata kita dah nak datang ni, dia suruh datang esok pulak...hari ni tak sempat nak masakkan! Errr...kita bukan datang nak cari makananle....

    ReplyDelete
  6. ...sambungan...
    ckLah pun 'kena' buat open house juga Ahad ni..murid2 cklah paksa ckLah masak lontong dan kuah kacang! Jemputlah sekali...

    ReplyDelete
  7. e-leeyana,
    apa agaknya hidangan special yg you dan rakan2 sediakan? Tentu sedap org Segamat masak. Kalau ada lebih tu poslajukan le ke sini.

    ckLah,
    Betul you kata. Sekarang nak pegi rumah org pun banyak cekadak. Kat kampung mcm tempat isteri saya org masih buat baraan. Di tmn perumahan saya rombongan Cik Kiah baru nak mulakan amalan ni tahun ni. TQ for the invitation ke rumah ckLah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails