Tuesday, October 14, 2008

Orkid oh orkid

Ibu dan isteriku memang suka menanam pokok tak kira pokok buah (mangga, pisang), sayur (kacang botol, serai, cekur manis, bunga kantan) dan bunga (macam2 ada). Kerana kami tinggal di rumah teres, yg banyak pokok bunga - penuh keliling rumah.

Benih2 bunga kami beli di merata tempat terutama di Sg Buloh. Ada juga kami beli di Morib (harga lebih murah dari Sg Buloh tapi jauh dari KL). Pernah juga kami beli beberapa jenis pokok di Padang Besar!

Dalam banyak jenis pokok bunga, saya ingin cerita sikit tentang orkid. Ini kerana saya rasa kami "melabur" paling banyak untuk pokok jenis ni. Bermula dgn sebuah rumah orkid di halaman rumah (kemudiannya dipindahkan ke lorong di tepi rumah apabila kami membesarkan bahagian depan rumah kami) , telah bertambah dgn sebuah lagi rumah di dinding tepi.Rumah orkid yg mula2. Masih ada sampai sekarang.

Pada "zaman keemasan", rumah orkid ni penuh dgn berbagai jenis anggerik.

Memandangkan keadaan kesihatan yg kurang mengizinkan, ibu dan isteri saya tidak dapat lagi memberikan tumpuan kpd pokok2 tanaman. Akibatnya, orkid2 kami jarang berbunga. Ada juga pokok yg kurus merana atau mati terus. Rumah2 orkid sudah tidak berseri kerana pokok jarang mengeluarkan bunga.

Walau bagaimanapun, menjelang lebaran baru2 ni, beberapa pokok orkid kami tiba2 berbunga. Contohnya macam yg ini

Dan iniYang kat bawah pokok manggapun berbunga jugak

Saya tak tahu berapa lama bunga ni boleh bertahan (harap2 sampai habis raya). Kalau tak terpaksalah bergantung kpd yg tiruan macam ni

Tak pening nak jaga - beli sekali tahan lama!

4 comments:

  1. Salam Abg Yunus


    Dulu , pernah gak ada sepokok dua orkid nie.

    Satu pagi tu , bila sedar , tengo tengok dah hilang sepokok.


    Sayang betul ...

    Sampai lar , terus tak lagi menanam orkid ....

    ReplyDelete
  2. Wsalam pB,
    Pokok orkid ni memang pandai jalan sendiri. Mentang2 bunganya cantik dan ada harga. Kat rumah saya dah banyak yg "berjalan". Masa saya buat projek kat dlm kawasan MBSA dulu (yg mewajibkan menanam orkid - bandar anggerik kononnya) lepas inspection semua pokok orkid lesap.

    ReplyDelete
  3. rasanya, kalau mak sy tgk ni, bulat juga mata dia...mak sy pn peminat orkid..tp btol la, orkid kat rmh sy stiap kali raya msti berbunga lebat, mcm fhm2 je...

    bli orkid d pdg besar??? wahhh jauh betol..sy pnh blikan anak pokok orkid dr penang, tp sbb sy xpandai jge, smpi rmh pokok tu kurang air n mati...kiciwa2

    ReplyDelete
  4. e-leeyana,
    Dulu masa isteri dan emak saya rajin taruk baja dan spray ubat, bunga dia lagi lebat. Tergoda jugak lah org yg lalu depan rumah kami sampai ada yg cilok sepasu dua.
    Sekarang dah xterjaga cuma mungkin nak raya ni pokok2 tu faham mcm pokok kat rumah you jugak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails