Thursday, October 23, 2008

Kaya Harta vs Kaya Anak

Malam semalam kami dikunjungi oleh anak saudara saya dan isterinya. Pangkat aje anak saudara tapi mereka lebih tua dari saya (tapi tak le tua sangat).
Dari permulaan yg sederhana mereka sekarang dah jadi org kaya. Suaminya seorg kontraktor Kelas A. Dia ada bukan 1 tapi 2 syarikat Kelas A. Projek pula bertali arus. Isterinya baru ambik pencen awal setelah 27 tahun kerja gomen. Sebenarnya dia tak perlu kerja pun kerana duit suami pun tak habis dimakan tapi mungkin utk mengelakkan bosan kalau duduk rumah maka dia kerja. Pernah satu ketika dulu si suami mengatakan yg duit dia dah terpijak2. Rezeki Allah nak beri. Rumah mereka merata Selangor. Kereta sekarang ni ada 6 bijik - itu pun mereka baru jual 2. Kereta semua kereta mewah dan plat semua nombor cantik. Ada yg single digit. Mungkin dia tender plat lebih mahal dari harga kereta saya yg dah boleh masuk museum tu. Masa lapang si suami suka main golf. Minggu depan dia nak ke Pekan Baru utk main golf. Awal bulan depan ke Surabaya katanya juga utk perkara yg sama.
Ini baru bercerita tentang harta dia yg saya nampak.
Walau bagaimanapun satu yg mereka tak kaya ialah anak. Mereka hanya ada seorg anak lelaki. Sekarang sedang menuntut di Australia.
Macam2 usaha utk menambah anak telah dilakukan oleh pasangan ni tapi takde rezeki agaknya.
Bila dibandingkan dgn mereka, saya tak kaya harta. Tapi alhamdulillah Tuhan kurniakan anak yg agak ramai - 6 org. Beza anak sulung dgn anak bongsu 20 tahun!
Sesungguhnya Allah juga yg Maha Kaya dan Maha Adil.

12 comments:

  1. Salam Bro Yunus


    Sesungguhnya Allah Maha Adil



    cuma kdg kdg , kita ni tak berapa nak nampak kebaikan ...
    Banyak dok nampak keburukan ...

    ReplyDelete
  2. Harta dan Anak.....


    Dua-duanya amanah

    Dari Dia...
    Yang maha adil...(al adl)
    Yang maha menimbang (al mizan)
    Yang memberi rezki (al razak)
    Yang mencukupkan (al kaafi)
    Yang pengasih (al rahman)
    Yang penyayang (al rahim)

    Syukur kepada Dia yang memberi nafas....kerana tanpa Anugerahnya, kita tak akan mampu berbuat apa-apa meski sekadar mengedipkan mata..

    ReplyDelete
  3. pB, wsalam.
    Betul yg you katakan. Acapkali kita dikaburi oleh keburukan sehingga tak nampak kebaikan yg ada.

    cklah, berat utk kita menanggung amanah yg dipikul dibahu kita terutama harta dan anak2. Ada waktunya kita merasa begitu kerdil dan malu dgn apa yg telah dikurniakanNya kpd kita. Sesungguhnya nikmatNya kpd kita terlalu banyak.

    ReplyDelete
  4. betul la en.YB. sy sokong. kebanyakkan yg kte tgk, xkaya harta, kaya dr segi lain. org yg kaya harta pula miskin dr segi lain. Tuhan tu mmg Maha Adil kn. jd, bersyukurlah dgn apa yg ada...

    ReplyDelete
  5. asal kaya je main golf.... main congkak tak best yek?



    he he...

    ReplyDelete
  6. Salam En Yunus.

    Ya, kaya itu sangat subjektif sifatnya. :)

    ReplyDelete
  7. Yang Maha Mengetahui segala rahsia dan Yang Maha Mengatur adalah Allah jua, kita ni kena perati, study dan teliti utk kebaikan kita dunia dan akhirat jua... kan YB

    ReplyDelete
  8. Salam Yunus,
    Kita sama je, kaya anak. Tapi ada orang btua kata, biar kira kepala anak jangan kira kepala isteri. Walau apa pun, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Takut kalau dah banyak sangat duit, tak sempat berjemaah pula kerana asik kira duit... hahaa..

    ReplyDelete
  9. Kaya 2-2 pun ok jugak, but well, you can't always have everything, can you? :)
    Apa-apa pun rezeki kita jangan dok banding banding sangat. Nasihat (or rather amaran) from orang kat rumah, duit takkan pernah cukup. Selagi bahagia hidup, OK la tu :)
    Anak ramai? No komen sobab tak layak nak cakap hehe.

    ReplyDelete
  10. e-leeyana,
    tak kira kaya dari segi apa kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada. Jgn iri hati dan dengki terhadap apa yg org lain ada. Rezeki kita mmg tak sama.

    tasik merah,
    itulah agaknya kenapa saya tak kaya2. Suka main congkak dgn anak2. Bila org ajak main golf sentiasa menolak. he he he.

    ReplyDelete
  11. JP,
    Kaya mmg subjektif. Itulah sbbnya ramai org jadi tak objektif dlm mencari kekayaan.

    maksu,
    you cakap mcm ustazah. Tabiklah.

    ReplyDelete
  12. Zabs,
    Isteri 1 pun anak dah 6, kalau isteri 4, tak sikit punya kaya! kah kah kah.
    Alhamdulillah dgn apa yg kita ada dan kesempatan yg Allah beri utk kekal berjemaah di surau.

    Akmal,
    Kawan opis saya kata dia tak kaya 2-2 (at least belum lagi). Tapi dia kaya budi bahasa. Boleh percaya ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails