Tuesday, October 28, 2008

Coretan Hari Keluarga Morsingah 2008

Pada Ahad lepas 26/10/08, satu perjumpaan keluarga keturunan Morsingah telah diadakan di Taman Sri, Banting. Majlis tahun ini merupakan kali kedua diadakan selepas majlis sulung diadakan tahun lepas. Lebih 100 org anak, cucu & cicit Allahyarhamah Morsingah telah menghadiri perjumpaan kali ini.

Plaka peringatan

Morsingah mempunyai 7 org anak - dua pompuan dan 7 lelaki. Arwah ayah saya merupakan anak kedua. Hanya tinggal 2 org adik ayah saya yg masih ada. Anak sulung Morsingah yg juga kakak ayah saya mempunyai keturunan paling ramai > 130 org. Manakala keturunan ayah saya yg paling sikit (setakat ini) iaitu 14 org. Untuk Hari Keluarga kali ini setiap keluarga diperlukan menyediakan salasilah keluarga (family tree). Ada yg cantik macam yg dibuat oleh keluarga Safiah, ada yg sempoi dan everything in between.

2 dari family trees yg dipamerkan

Antara yg hadir pada perjumpaan tahun ini ialah 6 org saudara kami dari Jakarta yg diketuai oleh Pn Nani. Beliau merupakan dua pupu saya. Beliau telah berkongsi pengalaman mereka mengadakan Hari Keluarga yg dipanggil Hari Shan di sana dan antara aktiviti2 kekeluargaan dan kebajikan yg dijalankan. Ada yg boleh kami praktikkan di sini.

Di antara acara yg diadakan ialah sukaneka utk kanak2, remaja dan dewasa. Bowling Padang menggunakan buah kelapa yg telah mendapat sambutan hangat tahun lepas telah diadakan lagi tahun ini. Walaubagaimana juara bertahan telah gagal mempertahankan tahtanya apabila hanya menduduki tempat ke5 tahun ni.

Macam2 gaya nak menang

Selepas solat Zuhur, acara bacaan Yasin dan tahlil utk ahli keluarga yg telah mendahului kami dan semua muslimin/muslimat diadakan. Ia merupakan acara wajib Hari Keluarga Morsingah.
Semoga roh mereka yg di alam barzakh dirahmati Allah

Jika anda bertanya mana gambar kesemua ahli keluaga spt yg lazim dirakamkan apabila ada majlis seumpama ini, jawapannya ia ada pada wartawan akhbar Sinar. Ya, ada org suratkhabar yg datang membuat liputan Hari Keluarga tahun ini! Dah keluarpun di paper hari ni walaupun tajuk dan ceritanya ada lari sikit (?)

Kereta akhbar Sinar yg sentiasa berkeliaran mencari berita2 tempatan

Acara berakhir pukul 3 petang. Diharap majlis hari tersebut dapat merapatkan silaturahim di antara ahli keluarga yg telah masuk generasi ke 5.

6 comments:

  1. Wah, hebat! Macam ni memang boleh kenal tiap-tiap sorang ahli keluarga, dekat mahupun jauh. Ratus tu!
    Uncle pun nampak hebat main boling kelapa tu. Are you the one who took away the 'johan' title?
    Tak buat album online ke? Senang semua ahli family nak download gambar :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah,keluarga yang harmoni!





    Bila kereta akhbar Sinar tu nak turun Teluk Intan!

    ReplyDelete
  3. wahhh~ meriah....bestnye klo stiap famili wat cmni kn...

    ReplyDelete
  4. Akmal
    Taklah hebat mana. Masih ada jugak yg tak kenal rapat terutama yg muda Gen4 dan Gen5.
    Tahun ni saya kurang bernasib baik. Bukan saja tak menang bowling cabutan bertuah pun tak naik nama uwaaah.
    Buat masa ni belum ada rancangan nak buat album online. Bila dah dipilih org yg bertanggungjawab mungkin dia boleh belajar dari Akmal.

    cklah,
    Alhamdulillah dgn izinNya jua kami dpt menyatukan ahli2 keluarga.
    Kalau betul nak suruh Sinar dtg ke TI saya boleh bagi no hp wartawannya.

    ReplyDelete
  5. e-leeyana,
    Saya cadangkan e-leeyana bincang dgn keluarga utk buat hari keluarga hujung tahun ni atau hari raya tahun depan. Kalau tak tercapai jgn cepat putus asa. Hari keluarga kami telah mula dicadangkan >10 tahun lepas tapi hanya menjadi kenyataan tahun lepas.

    pB,
    Mungkin cara saya menyampaikan over sikit jadi nampak hebat. Anyway, alhamdulillah atas sambutan semua yg mengambil bahagian.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails