Wednesday, October 1, 2008

Catatan Solat Aidil Fitri

Seperti kebiasaan saya dan anak2 akan menunaikan solat sunat Hari Raya di masjid di kampungku. Perjalanan dari rumah cuma mengambil beberapa minit kerana jalan yg lengang termasuk sekitar kawasan pasar yg selama ini sibuk dgn orangramai dan kenderaan.

Walaupun di jalanraya agak lengang tapi suasana berbeza di masjid. Orangramai telah membanjiri bukan saja ruang di dalam tapi juga di luar masjid.

Sebahagian jemaah lelaki yg memilih utk solat di luar masjid


Kebanyakan kaum muslimat solat di tempat letak kereta


Ramai jemaah membawa bersama anak2 mereka - satu amalan yg baik jika niat hendak melatih mereka berjinak masjid apabila mereka besar kelak. Yang tak sedapnya anak2 yg belum baligh diletakkan sebaris dgn jemaah dewasa.

Selepas menunaikan solat sunat tahayatul masjid dan bertakbir dgn jemaah yg lain, solat Aidil Fitri pun dimulakan pada pukul 8:30 pagi. Sebaik memberi salam, terdapat sebilangan kanak2 dan remaja bangun meninggalkan masjid. Mungkin yg cepat mencari duit raya agaknya. Selepas imam berdoa beliau menaiki mimbar utk membaca khutbah. Dalam masa yg sama makin ramai jemaah yg bingkas bangun. Hairan juga takkan mereka tak tahu solat Raya tak sempurna tanpa mendengar khutbah.

4 comments:

  1. Betul tu. Ramai nampaknya yang masih tak tahu tak sempurna solat eidilfitri tak dengar khutbah.
    Anyway, salam aidilfitri dari Rantau Panjang.

    ReplyDelete
  2. Akmal,
    Selain dari mereka yg cabut sebelum mendengar khutbah, ada juga yg bercakap2 dgn anak mereka.
    Mungkin mereka ni ahli sunat wal Jumaat (iaitu mereka yg hanya solat sunat raya dan fardhu Jumaat).
    Salam aidil fitri dari Keramat Permai.

    ReplyDelete
  3. salam



    dah mula kerja hari nie


    sib baik ingat jalan ke pejabat


    hi hi hi

    ReplyDelete
  4. pB,
    Ini tentu masih mood Raya lagi maklumlah you cuti sakan tahun ni. Kalau buat rumah terbuka jemputlah kami.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails