Ketika Ramadhan semakin melabuhkan tirainya, saya dan 3 org anak lelaki saya telah menziarahi pusara abah saya di kampung selepas Asar petang tadi. Sudah menjadi kebiasaan kami akan menziarahi pusara abah samada menjelang Ramadhan atau di penghujungnya.
Kawasan perkuburan semakin penuh. Hanya tinggal beberapa lot saja lagi. Saya difahamkan jika sudah tiada lagi tanah utk menyemadikan mayat, kubur2 yg terdahulu akan digali semula.
Beberapa tahun lepas masih banyak yang kosongDiam tak diam telah 15 tahun abah meninggalkan kami. Sebelum abah meninggal dunia sempat juga dia melihat anak saya yg ketiga yg baru dilahirkan. Masa itu saya sekeluarga tinggal di JB. Beberapa hari selepas pulang dari JB abah diserang stroke dan selepas 4 hari coma di hospital, diapun menghembuskan nafas terakhirnya.
Saya masih ingat abah terpaksa bekerja keras utk menanggung kami sekeluarga. Walaupun anaknya hanya dua org tapi kerana kemiskinan, abah terpaksa melakukan kerja sampingan utk menampung perbelanjaan keluarga. Abah hanya seorg tukang kebun dgn gaji sekitar RM300 sebulan. Kemiskinan bandar adakalanya lebih mencabar dari kedaifan desa. Saya bersyukur kerana di dlm kesusahan itu abah telah berjaya mendidik saya dan adik saya menjadi insan yg berjaya. Adikku merupakan seorg CEO dgn syarikat yg tersenarai di Bursa Saham KL. Kami belum tentu dapat mendidik anak2 kami sedemikian. (Semoga Allah menolong kami menjadi ketua keluarga yg bertakwa dan diredhaiNya).
Alhamdulillah telah menjadi kebiasaan bagi saya dan anak2 untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada abah dan datuk mereka setiap kali kami melalui jalanraya di hadapan atau belakang tanah perkuburan abah. Mungkin inilah kelebihan jika pusara org tersayang terletak berhampiran rumah kita.
No comments:
Post a Comment