Monday, September 29, 2008

Persiapan Menjelang Syawal (3)

Tak banyak persiapan yg dapat saya lakukan hari ni kerana saya terpaksa bekerja. Namun kerana jalan tak sesak hari ni, saya telah sampai ke rumah sebelum pukul 5:15 ptg. Perjalanan 25 km hanya mengambil masa 1/2 jam.

Setelah berehat sebentar, saya mula membersihkan mini air terjun yg terdapat di perkarangan rumah. Water feature ni mempunyai kenangannya yg tersendiri; saya membelinya menggunakan imbuhan sempena genap 20 tahun bekerja di majikan sebelum ini. Imbuhan tu taklah semana. Saya kena tambah 60% dari harga air terjun tu dgn duit saya sendiri.


Anak sulung saya memberus lumut2 pada mangkuk sementara saya memberus driveway


Berus gigi terpaksa digunakan bagi membersih kawasan yg sukar


Penapis pun kena selalu dibersihkan supaya air sentiasa jernih


Pabila kerja selesai, sementelah saya segera bersiap-siap untuk menghadiri majlis tahlil di kejiranan ini yang diadakan bermula jam 6 petang.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails