Thursday, May 8, 2008

Majlis Tahlil & Doa Selamat Ulangtahun

Alhamdulillah satu majlis tahlil dan bacaan Yasin bagi memperingati 15 tahun kepulangan ke rahmatullah ayahanda Badawi bin Hj Abdul Rahim telah diadakan di Surau Al-Ittifaq, Taman Keramat Permai malam ini. Pahala bacaan juga ditujukan kepada arwah datuk2, nenek2 dan Cik Jumal di samping arwah2 dari keluarga Mak Enon dan Hjh Munirah/Hj Zakaria.

Bacaan doa selamat juga ditujukan kepada Muhammad Haikal sempena ulangtahunnya yg ke7 dan Hj Zakaria yg genap 53 tahun hari ini.

Terima kasih kami kepada jiran2 yg telah meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini lebih2 lagi kepada yg telah bersusah payah menolong menyediakan juadah yg enak.

Menu malam ini termasuk sup tulang, ikan bakar dengan cicahnya sekali, sambal goreng jering, ulam2 dan rendang ayam yang dimakan dgn pulut kuning.

Turut tidak lupa kami mengucapkan terima kasih kpd yg telah membantu mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk.

Lagi gambar2 di Flickr saya (klik sini).

2 comments:

  1. Salam Yunus,
    Semoga roh ayahanda dicucuri rahmat.
    Selamat ulang tahun ke7 untuk Haikal. Betul juga kata ustaz, Hj.Zakaria nampak macam baru masuk 35 je kan?

    ReplyDelete
  2. Mualaikum salam En ZABS,
    Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Saya ingin mencadangkan surau kita mengadakan lawan blognya sendiri untuk kemudahan ahli jemaah dan penduduk TKP. Kalau ada sahabat2 yg sudi bekerjasama mungkin kita boleh memulakannya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails