Alhamdulillah satu majlis tahlil dan bacaan Yasin bagi memperingati 15 tahun kepulangan ke rahmatullah ayahanda Badawi bin Hj Abdul Rahim telah diadakan di Surau Al-Ittifaq, Taman Keramat Permai malam ini. Pahala bacaan juga ditujukan kepada arwah datuk2, nenek2 dan Cik Jumal di samping arwah2 dari keluarga Mak Enon dan Hjh Munirah/Hj Zakaria.
Menu malam ini termasuk sup tulang, ikan bakar dengan cicahnya sekali, sambal goreng jering, ulam2 dan rendang ayam yang dimakan dgn pulut kuning.
Lagi gambar2 di Flickr saya (klik sini).
Salam Yunus,
ReplyDeleteSemoga roh ayahanda dicucuri rahmat.
Selamat ulang tahun ke7 untuk Haikal. Betul juga kata ustaz, Hj.Zakaria nampak macam baru masuk 35 je kan?
Mualaikum salam En ZABS,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi melawat blog saya. Saya ingin mencadangkan surau kita mengadakan lawan blognya sendiri untuk kemudahan ahli jemaah dan penduduk TKP. Kalau ada sahabat2 yg sudi bekerjasama mungkin kita boleh memulakannya.