Tuesday, October 22, 2013

Berniaga CoolBlog Boleh Dapat RM1,000 Sehari

Baru-baru ini aku menghubungi seorang rakan aku yang baru berhenti kerja makan gaji. Dia ini pernah jadi jurutera di bawah seliaan aku. Sebelum itu dia bekerja dgn gomen.  Semasa sykt kulit kerang mencari jurutera kontrak dia antara yang memohon. Setelah membaca CVnya, aku dan bos aku bersetuju memanggilnya untuk temuduga. Dipendekkan cerita kami menawarkannya jawatan sebagai jurutera projek dgn gaji dua kali ganda yg gomen bayar ..... hehehe.

Selepas aku berhenti dari sykt kulit kerang, dia dan beberapa orang jurutera lain pun ikut berhenti tahun berikutnya. Sebahagian besar mereka masuk bekerja dgn sebuah Project Management Company (PMC) antarabangsa.

Baru-baru ini kawan aku itu berhenti kerja dan telah memulakan perniagaan sendiri. Dia berniaga Coolblog di UPM. Modal permulaan sebanyak RM120K. Purata jualannya sehari ialah seribu ringgit dengan keuntungan bersih sekitar 40%. Ini setelah ditolak modal, gaji pekerja dan sewa kedai.

Ini bermakna sehari dia dapat untung bersih RM400 atau RM12,000 sebulan. Menurut kawan aku itu, kerjanya taklah seteruk menjadi jurutera.

Semasa aku call dia sebelum raya haji hari tu, dia dan pekerja2nya sedang sibuk untuk membuka outlet kedua mereka di Semenyih.

Kalau satu outlet boleh masyuukkk RM12K sebulan, dua outlet dah RM24K. engineer biasa nak dapat RM10K sebulan pun susah

Apa lagi yang korang tunggu? .....


56 comments:

  1. Replies
    1. Saya tengah cari tempat yg sesuai ni. Kalau ada cadangan sila beritahu ...

      Lepas tu jangan lupa datang support kiosk saya tu .... hehe

      Delete
    2. YB tanyakan saja secara rasmi.. mesti ramai y bagi idea lokasi.... silap2 blh dpt lebuh dr y kwn YB tu dapat.

      Delete
    3. Saya nak tanya kat sinilah. Sesiapa yg ada cadangan tempat yg sesuai utk membuka outlet Coolblog bolehlah memberi cadangan itu kpd saya di sini atau emelkan kpd yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com

      Geng Memuah tak nak cuba ke berniaga ni? .... hehe

      Delete
    4. Biasanya kiosk sebegini depa bukak dalam kompleks. Macam dalam Metroplek Kajang tuh. Tokeynya pompuan. Kat kampung saya Parit Buntar pun ada kiosk CoolBlog dah.
      Tumpuan pelanggan biasanya tempat yang ada ruang depa lepak, contoh ada cinema or shopping. Remaja suka beli CoolBlog nih...

      Delete
    5. Kat shopping complex memang ban yak dah depa buka. Luas lantai yg diperlukan pun tak banyak. Kawan saya kata 10' x 12' pun dah ok.

      Wah di Parit Buntar pun dah ada Coolblog ni? Di Keramat Permai pun belum ada lagi. Nampaknya sana lebih advance dari sini .... huhu

      Delete
  2. Memang masyukkk tapi saya nak dapat Rm120k tu yg sakittt...sob..sob...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin boleh buat pinjaman. Kalau dapat sampai 12K sebelum sekejap aje dah balik modal tu ...

      Delete
    2. Tapi nak 'berhutang banyak' sebelum berniaga tu, yg ramai takut..Saya pun tak berapa berani...:)

      Delete
    3. Ramai yg terbantut niat nak berniaga sebab modallah. Kalau tak, mesti dah ramai yg berniaga.

      Bagi org kita dengar seratus ribu dan seram sejuk tapi bagi bangsa asing pinjam berjuta2 rilek aje.

      Delete
  3. Setahu saya Cool Blog satu satunya kedai jual ice blended seumpamanya yang dapat taraf HALAL. Ada yang lain?

    Saya suka Cool Blog sebab kaler pink dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan saya pun kata Cool Blog ni yg ada sijil halal. Yang lain tu takde kot.

      Sejujurnya saya tak pernah rasa coolblog ni. Mungkin saya boleh cuba yg pink tu ..... hikksss

      Delete
    2. CoolBlog ni francais macam Ice Room kan? Satu brand, tapi lain lain company yang berniaga. Asal saja bawa jenama yang sama dengan corporate color pink tu.

      Bang YB kena rasa sekali. Memang sedap. Saya suka. Terutama bila ada black pearl tuh. Nyaman, sampai kadang tu beku kepala otak (brain freeze)!

      Delete
    3. Setahu saya Coolblog ni berasal dari Singapura. Tapi skrg dah banyak outletnya di Malaysia. Dah beratus2. Kalau nak buka dia memang guna sistem francais. Kena bayar kepada master kompeni dia francais fee.

      Nanti bolehlah kita pekena coolblog ni sekali gantikan cendol yg tak kunjung menjadi. Betul ke sampai beku kepala otak? Ingatkan minum coconut shake Klebang aje yg boleh beku otak.

      Delete
  4. wow bestnye..nanti YB bukak coolblog roger2 la kitaorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau buka saya buat entri tentang tu biar semua kawan2 blogger tau.

      mai contact no awak kalau nak saya roger2 ..... hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. Rajin memang perlu. Tapi lokasi yg sesuai juga memainkan peranan.

      Jom JV buka kan Batu Caves

      Delete
  6. kalo saya nak nak bukak kios tu canner..?!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah ke laman sesawang coolblog. Ada panduan mcmana nak jadi pelabur.

      Jom kita JV.

      Delete
  7. Jujurnya, tekak saya tak suka rasa Coolblog :P

    Bisnes makan, kalau kena gaya nya, mmg mahsyuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah minum jadi saya tak tahu rasanya mcmana. Nak bisnes ni tak semestinya kita kena suka apa yg kita jual w/pun kalau kita suka itu lebih membantu

      Bisnes makan dan minum ni margin dia handsome.

      Delete
    2. Banyak flavour. Sedap memang sedap, tapi tak boleh selalu. Sebab manis dan sejuk. Ice blended kan. Boleh batuk kalu minum hari-hari.

      Delete
    3. Ada berpuluh2 flavour kalau ikut website depa.

      Skrg ni saya tengah batuk. Dah seminggu .... so tak bolehlah minum coolblog

      Delete
    4. Ada satu kiosk bukak di tepi sekolah. memang target market ia adalah budak sekolah. balik² sekolah aje tengah panas haba singgah minum. memang heaven.

      but as a parent or more to as an orang tua, saya memang tak galakkan nephew saya beli. kalau tengah panas bahang tu seeloknya minum la air kosong. kalau nak dengan ais okay, tapi jangan over sangat. tak elok untuk kesihatan.

      Delete
    5. Org berniaga ni memang cari target yg mcm tu. Soal kesihatan pelanggan termasuk kanak2 sekolah soal no 77 kot. Yang penting masyukkk.

      Awak seorang (tua) yang sangat prihatin. Tahniah!

      Delete
    6. hahaha. kelakar bila baca balik tang tua tu.

      Delete
    7. Orang tua sangatlah tu .... hahaha

      Delete
  8. There's one at Bandar Penawar.. Consider Kemaman blh kot..

    Sy pernah baca ingredients utk buat pearls itu bahaya utk kesihatan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cari tempat sekitar Hai Peng tu.

      Pearls yg bahaya tu katanya dibuat di China atau Taiwan. Yang ini bukan dari sana.

      Delete
    2. Ada pelbagai versi pearl. Kawan Cina saya kata, ada pearl tu yang dibuat dari keladi. Yang biasa biasa tu, orang buat dengan tepung kanji dan 2,3 bahan saja. Tak la sampai bahaya pun.

      Delete
    3. Anon ni tak biasa agaknya dgn pearl. Dia org kampung katanya. Kat Bandar Penawar ada sejenis aje pearl .... hahaha

      ooppsss sorry anon

      Delete
  9. Cari tempat yg ramai golongan muda collage/uni.
    Jiran Makchaq anak & menantu dia, very young couple bukak kat itm puncak alam, memang macam tu la masyuknya.. Sekejap je dah boleh cover loan katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan saya pun cadangkan mcm tu. Cari kawasan kolej/uni sebab golongan ini yg suka membeli minuman mcm ni.

      Wah ni satu lagi success story. Bolehlah makchaq kongsikan di blog makchaq nanti.

      Delete
  10. Dulu masa dengar nama coolblog ni, ingatkan nama sebuah blog.. Rupanya nama aiskrim.. adoyaiii... hehehe...

    Saya kurang suka makan aiskrim.. Saya suka aiskrim potong tu, yang ada perisa kacang merah, durian, jagung, keladi tu.. Yg jenis ni paling peberet.. Maklum la, orang lama... haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa taukenya mesti blogger mcm kita ni. Itu sebab dia bagi nama coolblog. Tapi kiranya kreatif jugalah mamat ni. Dari iceblended tu dia boleh buat francais beratus2. Itu baru di Malaysia dan Singapura. Dengarnya mereka nak kembangkan ke seluruh dunia.

      Saya pun suka makan aiskrim potong tu. Tapi saya suka yg kacang merah tu aje. Yang lain2 perisa tu kureng sikit.

      Delete
  11. Org kg mcm sy tak reti mkn pearls, kami mkn bubur 'telur belukang' (tepung pulut warna warni yg digentel bulat2 kecil) Nyaie panggil..
    Tak pun mkn lobster... Huhu..
    Pearls ni kami tahu perhiasan diri je.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubur tu bukan dipanggil bubur candil ke? Telur belukang dgn telur mayong mana lebih sedap?

      Org kampung Pengerang biasalah makan lobster sehinggakan di tengah pekan Pengerang tu ada seekor lobster gergasi.

      Org kaya saja yg gunakan pearls sebagai perhiasan. Org biasa yg di bandar ni guna emas zhulian ..... huhu

      Delete
  12. coolblog ni kan masih baru di pasaran, so kalau satu hari income RM1K bersih, saya percaya. tapi kalau cendol Borhan tu dok masuk suratkhabar habaq mai satu hari dapat 4K, sebulan dapat 120K, hmm.. something is fishy in there.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut kawan saya tu 1K tu gross sale. Ada hari dapat lebih dari seribu ringgit dan ada juga hari yg tak sampai seribu. Tapi hitung panjang sehari 1K. Untung bersih 40% setelah tolak modal, tolak sewa, bayar gaji pekerja, api air dsbnya.

      Cendol Borhan cakap mcm tu tak lama lagi datanglah pegawai LHDN! ..... hehehe

      Delete
    2. Kitorang cakap apa tau, "Elleh Cencol Borhan tu embah nya aje yang banyak." hahaha

      Delete
    3. Tak dapat tangkap maksud ayat awak tu. Tolong jelaskan. Takut salah anggap pulak nanti.

      Antara Cendol Borhan dan Cendol Bakar siapa yg lebih laku?

      Delete
    4. Itu kata-kata saya tau, bukan saya dengar dari orang lain. ianya pun cuma nak bergurau aje. Embah tu as embah in pelaris la. hehe.

      Saya dah rasa dua-dua nya, and dua-dua nya tak sedap, sebab bagi saya manis sangat, dan kalau tak manis pun rasa mereka biasa-biasa aje. rasa cendol biasa.

      Delete
  13. Oh embah yg itu. Ingatkan embah as in datuk atau nenek .... hehe

    Saya pun dah rasa kedua2nya. Saya setuju dgn awak. Tak sedap mana pun. Cendol lebih kurang aje rasanya.

    ReplyDelete
  14. Berminat juga nk buka bisnes ice blended... coolblog mmg besttt

    ReplyDelete
  15. boleh lulus ke nk buat pinjaman 120k ni..? mesti pelbagai rintangan nak lepas 120k..

    ReplyDelete
  16. pecinta ice blended,

    Kalau tak silap saya minggu lepas pihak pengurusan Coolblog ada membuat iklan mencari pelabur yg ingin membuka kiosk coolblog ini. Bolehlah rujuk ke website mereka atau di akhbar Harian Metro

    ReplyDelete
  17. Unknown,

    Saya tak pasti boleh buat pinjaman sebanyak itu sebab saya tak pernah memohon. Cubalah tanya dgn pihak bank atau agensi kerajaan yg menyediakan pinjaman

    ReplyDelete
  18. saya berminat nak buka kios cool blog...boleh tak en.yunus berkongsi cara untuk mulakan biz ni dari awal sehingga kios beroperasi...saya nak tahu sangat...sbb saya dah baca kat web site cool blog tp tak bape faham...oleh kerana en.yunus ada pengalaman, jd saya nak minta nasihat dr en.yunus

    ReplyDelete
  19. Macam mana bisnes YB sekarang? Last year mmg nak buka satu outlet dgn partner tapi last minute partner tarik diri atas sebab2 peribadi (family nye kurang yakin). Ingat tahun ni nak cuba balik. Modal da naik 128k oleh coolblog :(

    ReplyDelete
  20. tolong share no fon utk kursus cool blog ni...sy minat

    ReplyDelete
  21. Saya ade bisness Coolblog, tapi tak berjalan dengan baik. Sesiapa yang berminat utk take over boleh hubungi saya, Liza di 109 938 7588 atau Radzi di 016 447 4959. Kami cadangkan pemilik baru utk beralih lokasi. Hubungi kami utk keterangan lanjut. Harga boleh runding.

    ReplyDelete
  22. salam tuan, saya ada satu outlet coolblog untuk dilepaskan area nilai
    kepada yang berminat sila hubungi 012-5201514 (firdaus) / 017-4940094 (wan)
    terima kasih

    ReplyDelete
  23. Tumpang Iklan tuan tanah
    Coolblog Bandar Sri Permaisuri, Cheras akan dibuka pada Feb15. Kami memerlukan
    Pembantu Jualan Part Time & Full Time.

    Sekiranya anda seorang yang bertanggungjawab, tidak tinggal solat 5 waktu &
    berminat sila hubungi 019-3356881 (ayu)

    ReplyDelete
  24. Assalam..boleh share cmne cara2 nak buke coolblog?? Emel farahain_08086@yahoo.com.my

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails