Monday, May 12, 2008

The Atria Shopping Centre




Sempena Hari Ibu, saya dan anak2 mengambil kesempatan untuk membawa isteri saya yg juga ibu kepada 5 orang anak kami makan tengahari di luar. Jadi tak payahlah beliau masak – boleh rehat utk hri ini. Kami telah ke Penang Cravings di Atria, Damansara Jaya kerana menurut beberapa org rakan, makanan di sana sedap.

Kami telah memesan beberapa signature dishes mereka. Antara yang menjadi pilihan kami ialah Prawn with Petai Fried Rice, Penang Hor Fun Keoy Teow with Egg, Heh-Bee Butter Prawn, serta beberapa menu lain. Ternyata hidangan di situ sungguh enak!



Setelah makan kami meluangkan masa bersama-sama dengan menyertai ‘Wheel of Fortune’ yang diadakan khas sempena Hari Ibu dan kemudiannya berjalan-jalan di dalam Atria Shopping Centre.

Thursday, May 8, 2008

Majlis Tahlil & Doa Selamat Ulangtahun

Alhamdulillah satu majlis tahlil dan bacaan Yasin bagi memperingati 15 tahun kepulangan ke rahmatullah ayahanda Badawi bin Hj Abdul Rahim telah diadakan di Surau Al-Ittifaq, Taman Keramat Permai malam ini. Pahala bacaan juga ditujukan kepada arwah datuk2, nenek2 dan Cik Jumal di samping arwah2 dari keluarga Mak Enon dan Hjh Munirah/Hj Zakaria.

Bacaan doa selamat juga ditujukan kepada Muhammad Haikal sempena ulangtahunnya yg ke7 dan Hj Zakaria yg genap 53 tahun hari ini.

Terima kasih kami kepada jiran2 yg telah meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini lebih2 lagi kepada yg telah bersusah payah menolong menyediakan juadah yg enak.

Menu malam ini termasuk sup tulang, ikan bakar dengan cicahnya sekali, sambal goreng jering, ulam2 dan rendang ayam yang dimakan dgn pulut kuning.

Turut tidak lupa kami mengucapkan terima kasih kpd yg telah membantu mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk.

Lagi gambar2 di Flickr saya (klik sini).

Wednesday, May 7, 2008

China - an Expensive Experience



Saya berpeluang mengikuti lawatan kerja ke Zhongshan yg terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Guangzhou. Zhongshan mempunyai penduduk lebih kurang 2 juta orang - tak ramailah tu ikut standard China.


Saya tiba di China pada Isnin 5/5/08 dan pulang 7/5/08. Selama di sana saya menginap di Shangrila Hotel. Bayaran satu malam RMB730 ++. (RMB1.0 = RM0.46). Mahallah tu utk pejam mata.


Bandar ini malam cepat sunyi. Yang ada apartment di sekitar pusat bandar dan kilang2 di kawasan pinggir bandar.

Dari Banyou airport ke Guangzhou dan Zhongshan terdapat rangkaian lebuhraya yg elok. Tapi kadar tol ya rabbi - mahal giler.

Kalau rajin cari terdapat juga restoran jual makanan halal. Di Guangzhou saya dan kawan2 makan tengahari di Restoran Indian Chef berhampiran Beijing Street yg terkenal sebagai tempat membeli belah ( ala Petaling Street). Makan tengahari Isnin tu kami seramai 6 orang order naan, ayam tandoori, ikan bakar, itik dan sayur. Bil RMB360. Di Zhongshan hanya ada sebuah restoran halal.

Di sini saya sertakan gambar2 yg sempat dirakam pada trip kali ini. Gambar2 tersebut ada di account flickr saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails