Monday, December 23, 2013

Kisah Di Sini Pula

Sudah seminggu aku dok bercerita pasal lawatan kami ke HCMC. Kalau ikutkan ada lagi kisah yang nak aku kongsikan tetapi nanti ada pula yang cakap pergi 4H/3M tapi bercerita sampai dua minggu. Macamlah orang minat sangat nak baca kisah kami di sana tu …… hu hu hu

Jadi hari ni biarlah aku bercerita pasal aktiviti kami petang dan malam semalam. 

Petang semalam kami ke Kedai Pakaian Hari-Hari untuk mencari pakaian sekolah Haikal yang akan masuk ke Tingkatan Satu. Kami terpaksa belikan dia baju dan seluar baru sebab tak sama warna dgn yang dipakai di Darjah 6. Nak gunakan seluar abangnya, pinggang Haikal lebih besar daripada pinggang Haizam. Untuk baju memang tak boleh diturunkan kepada adiknya sebab abangnya dulu pengawas sekolah dan memakai baju biru.

Semasa di Kedai Pakaian tu aku lihat memang ramai ibubapa bersama anak masing. Biasalah bila nak buka sekolah ni. Minggu depan aku rasa lebih ramai lagi kerana ada yang akan dapat gaji minggu depan. Yang dah dapat gaji awal pun ada yang tunggu minggu depan kerana dah jadi budaya orang Malaysia suka buat kerja last minute.


Kalau minggu depan nak bergerak dalam kedai pun susah. Saiz pun mungkin dah banyak yang habis

Selepas membeli pakaian kami ke Bata pula untuk membeli kasut Haikal. Aku ingat lagi dulu lagu iklan Bata yang berbunyi, "Mula-mula ke Bata kemudian ke sekolah. Bergayalah dgn kasut ….. BATA!"

Pada sebelah malam pula kami keluar makan. Mula-mula tu bercadang nak bawa keluarga aku ke D'Rimba tapi punyalah ramai orang sampai tempat parking dan meja makan semuanya penuh. Kami pun ke Medan Selera AU2 Taman Keramat dan pergi ke gerai yang nampak paling ramai dikunjungi pelanggan. Orang kata kalau ramai pelanggan tu masakannya sedap …… hehehe.

Belum sempat aku dapat tempat duduk aku ternampak dua pupu aku dgn suami dan salah seorang anak mereka. Mereka ini dari Bangi tapi datang makan ke situ sebab hujung minggu mereka menziarahi anak mereka yang sedang belajar medic di HKL.

Emak Adam rancak berbual dgn dua pupu aku tu sementara aku dan anak2 order makanan. Masakannya taklah sesedap mana …… hu hu hu


Ramainya orang Melayu di kedai makan ni. Dah macam kat Ho Chi Minh pula rasanya …….. ngeeee

Selepas makan kami ke Look Out Point di Ampang. Atikah sibuk beritahu ramai yang kena cekup oleh pencegah maksiat kerana beromen di tempat tu.


Panorama KL yang sangat menarik. Kalau di luar negara seperti di Hong Kong, tempat ini mesti dah lama dimajukan untuk menarik pelancong

28 comments:

  1. My 1st pair of kasut sekolah pun bata.. Sekolah menengah pakai kasut hitam, utk Student Rep Council kena pakai hi-heel kulit pula.. Huhu.. Kasut prep and utk dipakai di kaw sekolah pula sandal bertali belakang.. Itu tak termasuk sport shoe and toilet slipper..
    Kesian Ayah Hj & Mak Hjh, itu baru seorang anak yg masuk asrama of masa tu..

    Sy boikot Kedai mkn tu !

    - m3 (kena letak initial skrg)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira beruntunglah kasut awak yg mula2 dari jenis Bata. Kami yg kurang mampu ni cuma guna kasut Fung Keong. Budak sekarang tak tahu kasut jenama itu agaknya.

      Pelajar asrama memang perlu banyak jenis kasut. Bagi pelajar sekolah harian yg tak mampu seperti saya adik beradik ni kasut cuma ada sepasang saja. Dibasuh dan dikapur hanya pada hujung minggu. Pada hari biasa guna kapur papan hitam utk putihkan bahagian yg dah kotor. Cara paling cepat utk melakukannya ialah ketuk pemadam papan hitam yang baru digunakan utk memadamkan papan hitam ke kasut kami. Itu sebab kami suka bila ditugaskan memadamkan papan hitam w/pun kami ni pendek ….. hehehe

      Anak yg baik akan rasa kesian kpd ibu ayah kerana terpaksa mengeluarkan belanja sekolah utk anak2 mereka. Anak yg lebih baik ialah mereka yg mencari sendiri belanja sekolah kerana tahu ibubapa mereka tak mampu nak tanggung perbelanjaan tersebut ….

      Terpulanglah kalau nak boikot kedai makan tersebut. Ada banyak lagi kedai di KL ni ….. hikkssss

      m3 tak mengapa. Jangan letak MP3 …… ngeeeee

      Delete
  2. Encik YB..biasa tempat tu..tmpat mat rempit je.. dan...dan jugak....langsuir je kot.. hee..dulu meriah dgn org meniaga..kekadang mcm pesta ..tp skrg ni..mcm sunyi je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yg sebelah atas tu memang dah sunyi sekarang sejak tanah runtuh tak lama dulu. Tapi para peniaga sekarang dah berpindah ke sebelah bawah sikit sebelum sampai ke kemuncak tu. Tempat tu penuh dgn pengunjung terutama penunggang2 motor malam semalam semasa kami ke sana.

      Kereta pun ada banyak sepanjang jalan tu sehingga nak parking pun susah

      Delete
  3. YB, tempat yang gambar last tu mmg menjadi tarikan pelancong pun. Pelancong dalam negara la tapi nya. Lagi² waktu malam. Memang meriah. Jika 50 orang yang datang melawat, mereka boleh buat magik menjadi 25 aje.

    Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh t.a.t.a pun biasa ke tempat tu ek. Jangan awak pun jadi salah seorang daripada yg buat magik tu sudahlah …… hehehe


      larikksss

      Delete
    2. Ini yg buat saya nak korek rahsia awak tambah berkobar2 …… hehe

      Delete
  4. skang ni mmg ssh nak carik kedai mkn yg rege berpatutan tp rasa dia sedap. byk rs dia so so je la.kita ni mkn just tuk ilangkan lapo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kadang2 tu orang lain rekemen bukan main lagi kata tempat tu sedap. Bila kita cuba sendiri, so so aje. Harganya pulak bukan main lagi kalah hotel 5 bintang ….. hu hu hu

      Delete
  5. masa tadika kawan eja, BATA tapi sebut KASUT, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapalah agaknya kawan juliet tu? Bukan KTS kan? …… hehehe

      Lama dia menghilang. Apa khabar dia sekarang?

      Delete
  6. salam YB, sudah siap kelengkapan sekolah utk anak2 macam lega sikit rasanya...dan bolehla beli utk ibunya plak.... baju bapaknya takpe , tak kisah pon...lain tahun pon boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam PakciLie,

      Kita yang dewasa ni biasalah mengalah kepade keperluan anak2. Kalau ada wang lebih baru beli utk isteri pula. Untuk diri sendiri pakai apa yg ada. Kita org lelaki ni biasanya sempoi aje sehinggakan ada masa isteri membelikan pakaian utk kita kerana tak sampai hati melihat kita pakai baju dan seluar lama

      Delete
  7. Aina dah selesai urusan baju dan alat tulis 2 minggu lepas, tinggal buku2 je belum beli lagi. Dulu2 masa zaman sekolah kasut saya tak ada jenama pon...ehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tak Aina belanja utk beli buku2 anak? Saya kena > RM400 utk beli buku di kedai buku sekolah anak saya yg masuk Tingkatan 1 semasa hari orientasi hari tu. Nasib baik hanya seorang yg sekolah tahun ni

      Delete
  8. untuk elakkan orang beromen kat situ kene la tambah aktiviti yang boleh tarik semua jenis lapisan pengunjung. biar takde ruang untuk diorang buat tak senonoh. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kang YB seng ganteng kuwi., dulu ade restoran kt atas ampg lookout point tu tp dh kena tutup sbb xde permit

      Delete
    2. xde permit MPAJ katernyer., kalo buat tempat pelancongan pon nnti kena roboh gak sbb xde permit jugakks.., baek tempat beromennns jeer sbb xperlu permit ghituuu.. uhhHhuu

      Delete
    3. GB,

      Cadangan yg bagus tu. Selain itu kena pasang lebih banyak lampu biar terang sikit tempat tu. Bila gelap mcm skrg ni senang aje org nak beromen dlm kereta ….. huhu

      Delete
    4. Wak Gelas,

      Waalaikum salam. Memang dulu ada restoran. Saya tak dan nak cuba makanan di situ sambil menikmati pemandangan KL. Tahu2 dah tutup sebab takde permit … huhu

      Delete
  9. Kalau makanan nya tak sesedap mana, apasal ramai orang ke D'Rimba tu YB? Ambience nya best ke? atau yg ramai2 tu, terpedaya ikut formula " ramai orang mesti sedap" macam YB terkena tu? hahahaha

    Saya dah lama nak ke Ampang Look Out Point tu..kalau dari De Palma Ampang tu, dah dekat ke YB? Jalannya nak cari kena tgk arah ke mana ya?

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah sy pun dah siap beli baju sekolah Abdullah Zaki..org pun tak seramai yg YB tunjukkan tu..taklah beratur lama masa nk bayar.

    ReplyDelete
  11. gaji dulu bajet pergi melancong sbb tu baru nak beli baju sekolah....saya lah tu.... hahaa

    ReplyDelete
  12. mula2 ke bata, kemudian ke skolah, semua riang gembira, pakai kasut....BATA! haha iklan suatu waktu dulu...they shud bring hat one back.

    ReplyDelete
  13. ..salam..

    bertuah budak2 dapat baju baru. takpe. tu pun satu bentuk galakan.

    Selamat tahun baru uncle.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails