Biasanya aku memang takde update blog ini semasa weekend sebab aku nak memberi lebih tumpuan kepada keluarga selain pembacanya pun kurang. kalau hari biasa sambil 'buat kerja' bolehlah aku update blog. Hari cuti nampak sangat mana ada kerja
Weekend baru ni pun aku tak update blog aku. Selain sebab di atas kali ini sebab aku batuk dan demam. Malam tadi demam aku panas sekali. Tak dapat tidur lena. Masa tertidur tu pula mimpi yang berat-berat. Langsung takde mimpi yang best.
Masa aku terjaga tengah malam tadi aku teringat arwah Azli Paat. Beliau diserang demam panas lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku dgn beliau tu tak jauh beza umur.
Pagi ini bila aku beritahu anak2 dan emak Adam tentang perkara itu, emak Adam cakap jangan nak raih simpati ….. huhu.
Tadi aku ke klinik. Doktor check aku kata demam aku tinggi padahal siang ni aku rasa dah jauh kurangnya dibandingkan dgn malam tadi.
Doktor beri aku MC!
Oklah aku nak solat Zohor sebelum sambung berehat …...
kerja sendiri pon mau MC jugak kaaa!!??
ReplyDelete:P
Mana boleh main ponteng2 mcm tu aje ….. hehe
Deletebaru nak sound... akak dah sound dulu... wahahahaaaa.....
ReplyDeletesama aje dua orang ni….. nyampess
Deletesakit, salam pertama tu
ReplyDeleteitulah ….. peringatan yang kita boleh dijemput pada bila-bila masa.
Deleteselamat berehat YB..semoga cepat baik..
ReplyDeleteacik rasa..mungkin YB tak sihat atau pun sibuk sangat
sebab tak nampak status diFB
Ini baru bangun sebab tidur lama2 pun boleh tambah sakit.
DeleteSaya dah 2 minggu batuk. Hari tu ingat dah nak baik tapi batuk tu datang balik sampai demam2 saya dibuatnya. Doktor kata ada jangkitan di kerongkong saya dan dia dah bagi antibiotik.
Ada juga status saya kat fb. Cuma ada yg saya tak dapat nak balas komen sebab tak sihat ni.
kerja sendiri mana payah ambik mc....cam dlm drama...
ReplyDelete"helo ina (seketerilahhh), harini i demam sikit, tak gi kerja...cancel semua temujanji harini ye..." tak ke gitu YB?
Ini nak tunjuk sakit saya agak serius sehingga doktor bagi MC. Bolehlah nak manja lebih sikit dgn emak Adam ….. hehehe
DeleteDemam macam ni kalau jumpa Daddy Ziyyad pun memang confirm dapat MC kan?
ReplyDeleteemak Adam dah kucup dahi bagi demam tu kebah?
Daddy Ziyyad bukan suka bagi MC. Nanti dia buat entri pulak pasal saya ….. huhu
DeleteOh kucup dahi utk kebah demam ek? Kalau kucup tempat lain mcmana? … hehe
kucup tempat lain boleh. tapi diam-diam sudah la. hahaha
DeleteKucup tempat lain takut melarat pulak nanti ….. huhu
DeleteYB punya pasal...saya issue 3 hari straight MC ! hahahaha
DeleteRaja adil raja disembah
DeleteRaja zalim raja disanggah
Doc, diskriminasi tu doc. hahaha
Daddy Ziyyad - nanti Xmas saya nak minta MC 3 hari straight. Kalau dapat 4 hari lagi bagus sebab boleh terus sampai tahun baru
Deletet.a.t.a kenalah pandai mengayat …… hahaha
Deletehai doc, lelaki ayat pun boleh cair ke? haha
Deletet.a.t.a - awak cubalah ayat doc. Tengok dia cair ke tidak …. hehe
Deletesaya tak pandai mengayat. saya tak pandai memujuk. rugi kan?
Deleteawak tunggu ajelah org ayat atau pujuk awak ….
Deletetengok nama klinik tu khairat, terus teringat yuran khairat kematian yg ayah bayar tiap2 bulan,kikikiki
ReplyDeleteBaguslah ayah juliet masuk khairat kematian. Nanti kalau berlaku kematian ada orang yg akan uruskan semuanya.
DeleteSedih pula part baca arwah Azli Paat tu. Saya kenal lama dengan beliau. Malam beliau meninggal, saya pegi ke rumah arwah. Entri tentang itu, menjadi entri paling ramai dklik, kerana arwah merupakan orang Melayu berjaya dalam bidang internet nih...
ReplyDeleteKita kehilangan seorang ahli atau pakar di dalam bidang ICT bila beliau meninggal dunia secara mengejut. Saya tak mcm azie yg kenal arwah secara langsung. Saya hanya kenal beliau melalui media terutama radio kerana saya sering mengikuti rancangannya. Ada seorang pendengar pernah berkata Azli Paat di antara 4 Jawa Creatures yang dikaguminya.
DeleteAllah lebih menyayanginya dan meminjamkannya sekejap saja kpd kita.
Al-Fatihah