Thursday, August 1, 2013

Dah Kurang Dua Orang

Malam tadi aku membayar zakat fitrah kepada amil di surau kami. Kalau di tahun-tahun lepas aku membayar zakat fitrah untuk 9 orang iaitu untuk diri aku, emak Adam, 6 orang anak dan emak aku, tapi kali ini hanya untuk 7 orang.

Anak sulung aku dah habis belajar dan kerja sendiri. Bahkan dia dah kahwin pun. Jadi fitrahnya dia kenalah bayar sendiri.

Emak aku pula telah pergi meninggalkan kami buat selama2nya pada 26 Ramadan tahun lepas iaitu sehari selepas aku membayar zakat fitrah tahun lepas. Sayu aku semasa nak membayar zakat malam tadi bila terkenangkan arwah emak. Terasa macam baru semalam dia pergi ....

Ramadan tahun ini aku cuba untuk khatam Al-Quran dua kali serentak. Sekali khatam bersama kumpulan tadarus di surau pada setiap malam. Alhamdulillah malam tadi kami dah masuk Juzuk ke 27. Majlis khatam akan diadakan pada malam 27 Ramadan akan datang.

Sekali khatam lagi aku baca di rumah secara bersendirian. Yang ini aku niatkan pahalanya untuk arwah emak dan abah aku. Ini aje antara yang anakmu lakukan. Semoga Allah menerima amalan ini .....

18 comments:

  1. YB...
    semalam saya pon bayar Zakat fitrah ...
    ermmm... tetiba sayu... :( kBai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CPL bayar fitrah kat mana?

      Nanti kongsi kesayuan tu dgn saya ya ...

      Delete
  2. aminnn.... sy tunggu org byrkan la.... entah bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah tiba masanya tibalah orang itu ....

      Delete
    2. saya pun bayar sendiri aje.

      Delete
    3. Tak lama lagi tu adalah yang nak tolong bayarkan .... ngeeee

      Delete
  3. insya Allah

    doa anak yang soleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.

      Saya cuba menjadi anak yg soleh tapi tentu saja tak dapat nak membalas segala jasa2 ibubapa saya kpd saya....

      Delete
  4. hebat dapat khatam dua kali tu, walaupun giat berfesbuk dan berblog. tahniah.

    semoga roh orang yang tersayang ditempatkanNya bersama-sama para solihin dan mukhlisin. insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakanlah saya sempat khatam. Yang di surau tu insya Allah akan khatam seperti yg dirancangkan sebab setiap malam kami tadarus minima satu juzuk w/pun terpaksa sampai selepas tengah malam.

      Yang mengaji sendiri tu yg masih tak tahu sempat habis ke tidak. Bila nak baca aje mulalah rasa mengantuk. Masa berfesbuk dan berblog tu tak pulak ngantuk .... huhu

      Amin. Terima kasih mendoakan utk org2 tersayang

      Delete
  5. Syukur alhamdulillah. Tabiklah YB dapat khatam dua kali. Sebagai anak kasih sayang kita tetap bersama mereka tak kira dimana mereka berada. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai lagi yg lebih hebat daripada saya. Ramai yang kata daripada khatam saja lebih baik kita baca terjemahan dan tafsirannya utk memahami Al-Quran. Tapi buat masa ini, ini saja yg termampu.

      Di surau tadi pun kami habis tadarus pukul 12:15 tghmlm sebab bermula lewat. Kami ada tazkirah oleh Ustaz dari luar selepas solat terawih.

      Kalau bukan kita sebagai anak yg hendak mengingati ibubapa siapa lagi. Bila kita ingat, maka paling tidak kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.

      Delete
  6. tak sempat khatam bulan ramadan boleh bawak ke bulan syawal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Al-Quran bukan utk dibaca di bulan Ramadan saja.

      Saya ingin menjemput juliet ke majlis khatam Al-Quran di surau kami pada hari Ahad malam Isnin ini. Jemputlah datang.

      Delete
  7. Tetiba saya teringin nak jadi anak Abang YB...! hehehe

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum YB,

    Alhamdulillah. Tahniah.. Pembacaan AlQuran sentiasa berterusan dalam hidup kita hendaknya.
    Suami akak pun dah selesai membayar Fitrah untuk keluarga kami. Serupa lah anak-anak yang dah berkahwin telah menunaikan tanggung jawab masing-masing. Anak-anak bujang akak yang dua orang tu masih ditanggung abahnya. InsyaAllah tahun depan, rasanya akan boleh bayar Fitrah sendiri kot.

    Salam Ramadan dan selamat Hari raya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails