Monday, August 5, 2013

Ada Yang Tak Best Beraya Di Kampung .....


Ini kali ini aku kopipes dari status di fesbuk aku petang ni. Mungkin korang ada pandangan tentang perkara ini seperti yang dikongsi oleh rakan2 fb aku di bawah tu .....

Bila nak raya ni ramai yang seronok nak balik kampung. Tapi sebenarnya ada yang tak berapa best di kampung sebab di sana takde:

1) internet
2) astro
3) air cond
4) water heater utk mandi pagi

Ini yang buat budak2 tak boleh tinggal lama di kampung.

Beruntunglah sesiapa yang kampungnya ada semua kemudahan ini ...... huhu
Like ·  · Unfollow Post ·  · Promote

6 comments:

  1. Itulah yang membezakan bandar dan kampung. Kalau bandar dan kampung sama aje semuanya, apa lagi yang dapat membezakan mereka? Sudah tiada identiti sendiri. Dah jadi tak best dah kan?

    Water heater nak mandi pagi? Apa barang? Best apa mandi air sejuk. Kalau nak mandi air panas, pi la jerang air satu cerek besar. Pastu mandi air panas. Pastu keluar bilik air, kena udara pagi, haa menggigil balik. So serupa tak yah mandi air panas kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu. Kenalah ada perbezaan. Baru ada kelainan.

      Pagi raya nak mandi sunat raya. Pagi raya kedua tu pagi jemahat. Faham2 ajelah. Sejuk air kampung lain macam. Menusuk ke tulang hitam. Bila dah ramai yg nak mandi mana cukup satu cerek besar. Mahu kena masak air satu tempayan ..... hehehe

      Delete
  2. Selamat Hari Raya kpd YB n family.
    Rina (yr silent reader)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya kepada Rina n family juga.

      Terima kasih menjadi silent reader saya selama ini dan terima kasih di atas ucapan raya ini. Selepas ini kalau rajin, bolehlah tinggalkan jejak.

      Delete
  3. salam bro
    maaf zahir batin dari nor.

    la..apa nak heater air panas ni? org tua kena ada sbb mereka makin kevut dan low.metabolism.
    yg lajn muda muda nak mandi takleh air kolah ke ?
    tak elok mandi air panas.
    kita kat. sini summer mandi air sejuk je. autumn wintrr baru start balik.
    benda lain tu agak agak la..kalau bebudak nak tenet 24jam bukannya keje pon.
    salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam nor. Selamat Hari Raya.

      Maaf lambat balas. Terima kasih memberi komen.

      Inilah bila budak2 dah terbiasa dgn kemewahan. Air kolah kat kampung sejuk. Tapi skrg kolah di kampung emak adam dah tak digunakan sebab takut jadi tempat pembiakan nyamuk. Jadi guna air paip yg diisikan ke dalam besen besar aje.

      Nor duduk di luar negara ke? Di sana summer mandi air sejuk memang best.

      Budak2 bukanlah nak tenet 24 jam tapi kalau langsung takde line memang bising sebab mcm terputus hubungan dgn dunia luar.



      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails