Monday, July 15, 2013

Panduan ABC Untuk Mengadakan Majlis Kenduri Kahwin

Dah dekat dua minggu aku tak update status sejak kisah kacang pol Larkin. Sebenarnya aku sibuk tahap gaban beberapa minggu lepas ni kerana urusan majlis walimatul urus perkahwinan anak sulung kami. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar pada 6hb Julai yg lepas. Semuanya dengan izinNya jua. Kami hanya mampu merancang tapi hasilnya terserah kepada Yang Maha Kuasa.

Ramai tetamu yang datang dari jauh dan dekat. Kepada rakan2 blogger dan/atau fb yang sudi hadir, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Bagi yang tak dapat hadir atas apa2 sebab termasuk lupa, jangan risau sebab anak kami ada 5 orang lagi yang belum kahwin. Bagi mereka yang tak terjemput, aku minta maaf banyak2.

Memandangkan ini adalah kali pertama kami mengadakan majlis perkahwinan anak, banyaklah perkara yang kami kena belajar daripada orang yang dah berpengalaman di dalam hal ini. Sekarang setelah mengalaminya sendiri, banyak perkara yang boleh kami kongsikan dengan orang lain yang berhasrat nak buat majlis serupa. Rasa2nya kalau aku buat Panduan ABC untuk mengadakan majlis kenduri kahwin ni ada tak yang nak baca?

Sementara itu biarlah aku tempekkan beberapa keping gambar pada majlis tempoh hari. Gambar2 ini aku cilok daripada fb jiran dan sedara yang ada ambil gambar pada hari tersebut. Aku sebagai tuanrumah takkanlah nak sibuk ambil gambar pulak kan?


Inilah anak teruna kami (dah tak teruna kot sekarang .... ngeee) bersama menantu kami yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka


Sebahagian daripada khemah yang digunakan untuk majlis tersebut. Majlis dibuat di padang permainan taman perumahan kami


Untuk sajian utama kami menggunakan khidmat sykt katering. Namun jiran2 dan saudara mara ada menyumbangkan makanan tambahan (mcm program kat sekolah pula) maksud aku hidangan sampingan seperti :


Rojak buah


kuih muih seperti karipap, samosa dan jeli kelapa serta teh tarik dan kopi O Che Nah yang dibawa khas dari Perak




Selain itu kami menjemput khas Abg Ahmad Jais dari Kapar, Klang dengan van laksa dan cendolnya.  Ramai orang memuji kesedapan laksa dia


Para penanggah disediakan dengan button badge yang siap ada nama masing2. Susah sikit nak mengular ..... hahaha


Di antara rakan blogger yang turut memeriahkan majlis tersebut:



Abah Zino dan Amigo


SuziLAWAti @ CikPuanLawa dan Fadzilah Omar @ GadisBunga yang datang dari JB turut memeriahkan majlis


Abang Hamzah al-lavendari (gambar dicilok dari fb beliau)

Ada lagi kawan2 lain tapi samada tak sempat bergambar atau aku tak download dari fb mereka.

22 comments:

  1. mana gambo kite orang.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu ada nampak gambo CPL dan GB kat fb CPL. Tapi bila saya nak cilok, dah tak jumpa pulak gambar tu ..... huhu

      Delete
  2. Kami tunggu majlis yang lagi 5 tu, kalau tak jemput kami tolong ingatkan nanti...ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah tunggu. Majlis kedua pun rasanya lama lagi sebab anak saya yg kedua hingga ke 5 masih belajar. Yang ke 6 (Adam) pula baru di tadika .... hehe

      Delete
  3. besar majlisnya kalau tengok pada khemah .hehe
    takpelah sy tunggu jemputan anak yang lain
    sempat lg kot ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sederhana saja majlisnya. Kami sediakan khemah yg agak banyak sebab tak nak tetamu berdiri lama menunggu kerusi kosong utk duduk makan. Di samping itu ada khemah santai utk tetamu terutama yg datang dari jauh lepak2 makan laksa dan kuih muih selepas mereka makan nasi.

      Tunggulah jemputan yg akan datang insya Allah.

      Delete
  4. tanpa undangan diriku kau lupakan
    ku tak percaya dirimu tega, sob! sob!

    tak dapat naik camry
    naik crv pun ok juga


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini tende putih dihiasi bukannya dgn janor kuing tapi dgn renda warna emas.

      Mesti juliet biasa menyanyikan lagu ni di karok.

      Apalah sangat pada crv kalau awak dah ada ferrari ..... huhu

      psst - cuba tanya kts tentang jemputan tu ..... ngeeee

      Delete
  5. kenapa berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku jek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berdiri senget org kata kaki pendek sebelah pulak karang .... huhu

      Delete
  6. Selamat Pengantin Baru
    Belum terlambat lagikan? sob! sob!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah sebab belum sebulan pun lagi mereka kahwin.

      Bila pula saya boleh merasa nasi minyak juliet?

      Delete
  7. oh Yb tepek gambar yang berdiri mcm budak sekolah tu... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar itu aje yang ada di fb Abg Hamzah. Kalau saya pilih gambar lain, takde pulak muka Pakngah nanti ..... hehe

      Delete
  8. tahniah dapat menantu! tatau la plak ade kenduri hehehehe

    dapat org melaka, untung laa. ommelaka lawa2 semenye (nak jugak menumpang wakakakaakaa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas ucapan tahniah awak tu.

      Tak tau sebab tak diberitau .... hehehe

      Kalau mcm tu yg untung abang adam sebab dapat org Melaka. Saya dapat org selangor pun lawa jugak ..... hehehe

      Delete
  9. maap bapak Perantin!!
    saya kerja Sabtu ituuu.. :(

    dah berkirim salam melalui CPL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih susah payah mengirim. Ada CPL sampaikan. Awak adalah di antara mereka yg membuat saya terharu ..... huhu

      Delete
    2. Apa pulak nak dimalukan .... huhu

      Delete
  10. ..anak teruna yang mungkin dah tak teruna..

    ..hadui...pecah perut baca. mintak maaf la tak dapat menghadirkan diri di hari terbabit. tapi dah hadir membantu malam sebelumnya menggantung banner....mintak maaf banyak ya uncle..terpaksa ke bali honeymoon.

    ..nanti di perkahwinan hazwan yang lain akan zaren hadiri..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam2 buta jangan gelak kuat sangat. Nanti terkejut makcik sebelah ..... hehehe

      Maaf diterima w/pun ada rasa terkilan uncle sebab Zaren tak dapat datang pada hari sebenarnya tu.

      Mau melompat isteri Hazwan kalau baca ayat yg last tu. Nanti adik2 Hazwan kahwin jemputlah datang. Kalau rajin boleh tolong pasang banner lagi ..... ngeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails