Monday, July 29, 2013

Kerepek Bawang Paling Sedap Di Malaysia

Kalau nak rasa kerepek bawang paling sedap di negara kita pergilah ke Pusat Industri Kerepek Jar's di Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor. Tapi nak raya ni kalau tak tempah dulu susah nak dapat. Permintaan melebihi penawaran. Kalau nak tempah pun nak kena pandai mengayat tuanpunya perusahaan kerepek ini iaitu Puan Siti Jahora Amri.

Ramai orang yang telah merasa kerepek bawang ini mengakui keenakannya. Jiran2 aku yang telah merasai nikmatnya ketika majlis walimatul urus kami tempoh hari telah memesan kerepek bawang ini. Bukan kami saja yang mengatakan kerepek ini sedap tapi kerepek Kak Jahora ini telah muncul johan pertandingan hasil-hasil pertanian di MAHA tahun lepas yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian.


Sebenarnya Puan Jahora ini adalah makcik kpd adik ipar emak Adam.  Jadi bila emak Adam membuat tempahan dapatlah keutamaan.


Puan Jahora (kiri) bersama emak Adam. Sehati sejawa. Dapat harga spesel lagi you ..... hehehe

Industri kerepek Jar's ini telah sering kali masuk media cetak dan elektronik.


Pernah masuk majalah Wanita


Selain kerepek bawang, beliau juga ada membuat kuih lain yang berasaskan tepung.


Baru-baru ini beliau menerima tempahan daripada rangkaian Pasaraya Giant untuk membekalkan 7 tan kuih siput.



Kami beli 6 bundle kerepek bawang semalam untuk dihidangkan di Hari Raya nanti dan juga utk jiran2 dan rakan blog dan fb yang order

34 comments:

  1. simpankan sikit untuk saya raya nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wokey. Tapi jangan lambat sangat datang. Takut stok habis ...... ngeeee

      Delete
  2. 7 tan kuih siput?! pengsan bila cuba membayangkan kuantiti kuih siput sebanyak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terkejut bila fikirkan mcmana nak penuhi tempahan sebanyak itu. Tapi Kak Jahora kata dia agih2kan kepada rakan2 pengusaha kuih siput lain di sekitar kawasan tu. Dia sendiri buat 2.5 tan aje. Baru2 ini 2 lori Giant dah datang ambil kuih siput tu.

      Delete
  3. 7 tan?
    jenuh nak gentel siput tu... fuhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah 7 tan yg Giant pesan untuk dijual di semua pasaraya mereka seluruh negara.

      Kak Jahora tak gentel tapi guna piping utk buat siput tu. Org berniaga ni kena kreatif ...

      Delete
    2. piping bag yg bubuh gula icing tu ka?? atau ada piping bag khas utk kuih siput??

      saya cari kuih siput kat giant kota damansara takda pn...

      Delete
    3. kalau ada skill special buat kuih siput pakai piping bag saya nak belajar.

      reply kat emel saya pn boleh
      emel >>> hazanytalib@gmail.com

      TQ

      Delete
  4. 7 tan??

    Mahsyukkkkkkkkkkkkkk :P

    Usahawanita berjaya ni...inilah impian wife saya..nak berjaya dalam bisnes berasas makanan macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah established. Sebab itu Giant yakin kualiti produknya dan beri big order.

      Saya percaya wife doc pun boleh berjaya mcm Kak Jahora ni. Lebih2 lagi suami dia femes. Boleh tolong promote di blog dan fb selain saluran lain.

      Delete
  5. saya nak makan masa datang raya nanti... walaupon boleh beli sendiri kat kg... hahahahaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama yg kat kg dgn yg saya ada ni. Yang ini dibuat dgn kasih sayang oleh Kak Jahora utk emak Adam. Dia buat khas pagi Ahad tu utk kami kerana semua stoknya dah habis diambil org sebelum itu.

      Nak datang nanti rogerlah dulu.

      Delete
  6. Hantar sini sebungkus.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak beli kerepek kak jahora tapi dah habis stok?yb ada lg ke stok kerepek ni?nak beli untuk majlis akikah

      Delete
  7. ehh, sejak bila blog YB ada lagu..? Baru perasan.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak hari Sabtu lalu. Saja nak ambik mood raya .... hehe

      Delete
  8. Kakak saya pun tiap bulan berulang ke Tg Karang amik stok kerepek. Dari peniaga nama AYU. Saya order berkilo kilo kepek pisang masin.

    BangYB, nanti Raya saya pi berjalan umah abang yaaaaa....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kerepek pisang Jar's ni kurang sikit. Beliau lebih fokus kpd yg dibuat daripada tepung. Kat Tg Karang memang ada beberapa pengusaha orang kerepek.

      Wah dah 2-3 kali kata nak beraya ke sini. Rumah kami ni terbuka kpd sesiapa saja yg sudi nak datang beraya. Nanti rogerlah sebelum datang takut kami keluar beraya.

      Delete
    2. Tengah mencari jugak kerepek pisang masin n manis yg sedap.. Pnh mkn 4 thn lalu yg sdp.. Area Tg Karang jgk org bg.. Tp bla bli lain pulak rasenye.. Tya yg mmberi, dia pn dh x ingat..hu..

      Delete
  9. Oh ya... Raya nanti saya pun akan ada di Tg Karang. InsyaAllah pada Sabtu tu seharian saya akan meronda di sana. Mak mak sedara saya ramai di sana. Mungkin kita boleh jumpa jumpa di sana. Hehehehe... nak jugak tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabtu tu kami bercadang nak ke Banting menziarahi dua pupu saya dan keluarganya yang datang dari Cikarang, Indonesia. Mereka datang sebelum raya dan akan pulang Ahad. Semasa di sini, mereka akan tinggal di rumah Pak Usu saya di Banting. Kalau tak, bolehlah jumpa jumpa Azie di area Tg Karang tu ..... huhu

      Delete
  10. Kakak saya juga pengusaha keropok bawang di Batu Pahat. Memang tak menang tangan kalau musim raya. Senang2 dia boleh untung RM30K.

    http://mymiee.blogspot.com/2011/07/singgah-di-muar.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa nak raya ni memang penjual kuih raya tak menang tangan. Tambahan kalau kuih mereka sedap. Selepas ni kakak Mie bolehlah cuba menembusi pasaraya pula supaya boleh buat kerepek bawang tu sepanjang tahun.

      Kalau sebulan untung RM30K, setahun dah boleh dapat RM365K ..... ngeeee

      Delete
  11. Saya tahu di area Parit Serong ada beberapa orang yang usahakan macam ni, tapi tak perasan pulak JAR, dan saya pun kerap berulang alik ke Parit Serong. Ada family tinggal sana.

    Kecil je bumi Dia ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada famili awak tinggal kat sana ek? Kiranya sekampunglah dgn biras saya. Kat sebelah mana di Parit Serong tu? JAR's ini di Jalan Berlian A iaitu lorong pertama dari jalan besar sebelum sampai ke masjid.

      Lain kali kalau ke Tg Karang mungkin boleh jumpa di Bandau .... ngeeee

      Delete
  12. Replies
    1. Mula-mula memang niat nak buat promo yg lebih teratur tapi semalam saya agak sibuk. Sempat tulis yg ini aje.

      Delete
  13. Replies
    1. Banyak lagi keratan akhbar dan majalah yang ada di sana tapi saya tak sempat nak masukkan semua di dalam entri ini. Bengkel beliau ini pun pernah dikunjungi oleh para wanita pertama dari negara2 Commonwealth semasa CHOGM dulu.

      Kira memang glamerlah.

      Kak Jahora kata sekarang ini ada drama di TV2 setiap pagi Khamis jam 11 - 12 yang shooting di bengkel beliau. Saya ingat nak tengok esok.

      Delete
    2. no yang boleh dihubungi untuk tempahan

      Delete
  14. X sabo nak berkunjung k Jar's.. Baik punye promote.. Mmg mncari2 kerepek bawang sedap.. Pnh rsa yg sdp, tp bla beli lain lak rasanya.. Kne cuba yg Jar's pulak nih.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails