Jika pada hari Sabtu lepas aku ke Melaka dan hari Ahad ke Bukit Mertajam, semalam (Isnin) aku ke Johor Bahru pula. Tidak seperti trip hujung minggu yang lebih kepada urusan keluarga, trip semalam adalah kerana urusan kerja.
Kawan aku meminta aku menolong dia mendapatkan surat sokongan dan kelulusan2 berkaitan untuk pelanggannya mengeksport durian ke Singapura. Biasanya kami tak buat kerja2 seumpama ini tapi kawan punya pasal aku tolong jugalah.
Semalam aku ke Balai Bomba Larkin untuk bertanyakan surat sokongan daripada Bomba untuk premis memproses durian tersebut. Pemeriksaan telah dijalankan pada 6hb Jun tempoh hari tapi sehingga semalam surat sokongan belum dikeluarkan. Semasa aku di pejabat Balai Bomba itu datang seorang lelaki Cina yang juga 'mengejar' surat sokongan Bomba. Premis dia telah diperiksa pada bulan Mei tapi masih belum mendapat surat sokongan. Kes dia lebih parah rupanya ...... hehehe
Habis urusan aku di Bomba aku pergi solat di Masjid Jamek Kebun Teh. Bukan takde masjid sebelah Balai Bomba Larkin tu tapi sengaja aku nak tambah koleksi masjid. Tahun ni baru dapat 6 buah masjid baru dalam koleksi .... huhu
Bukti aku dah sampai dan solat di masjid ini. Mungkin di Akhirat esok gambar ini akan ditunjukkan semula ....
Usai solat aku ke gerai di Larkin untuk berjumpa kawan lama. Sambil berborak2 itu aku pun pekena kacang pol Larkin yang femes ames tu. Di bawah gambar kacang pol tu. Sikit aje satu mangkuk. Ianya diletak cili hijau potong, bawang besar potong dan limau kasturi serta telur mata sebiji. Juga dihidangkan bersama dengan roti bakar. Harga : RM4
Rasanya memang sedap. Aku pernah makan kacang pol yang di Jalan Yahya Awal dulu tapi rasanya biasa2 aje.
Kalau korang ke JB jangan lupa mencuba kacang pol di Larkin ini.
Bila la nak pi makan sekali. Masa MAHA hari tu ada gak kacang pool larkin momba nih.
ReplyDeleteKenalah try sekali .... pasti nak lagi.
DeleteSemalam bila dah balik saya rasa menyesal pulak makan satu mangkuk aje sebab sikit sangat rasanya ..... ngeeeee
koleksi masjid tak pe ... koleksi bina masjid hermmmmm.....
ReplyDeleteKoleksi bina masjid besar pahalanya tu ..... hehe
Deletesalam ziarah YB
ReplyDeleteWsalam Ayah Zain.
DeleteTerima kasih sudi ziarah dan meninggalkan jejak serta add blog saya ini.
Harap Tuan rajin2lah menjenguk ke mari ....
Sangat sedaaaaaap !!! Alhamdulillah..
ReplyDeletePerah limau rasa masam2 sikit, lagi kick !
Saya tak sempat nak perah limau tu dah habis.
DeleteBila kita nak pergi lagi?
saya x penah makan kacang pool lagi..
ReplyDeleteKalau belum pernah kenalah cuba.
DeleteNanti kalau ke JB minta GB bawa ke tempat ni.
Sebut je jalan larkin ni, terus teringat zaman sekolah. Dulu jalan larkin sempoi je. Sekarang nak cari sekolah aku dulu pun sesat barat. Sedap ek kacang pool tu. Nantilah nak terai kalau terkesitu.
ReplyDeleteSTF tu ada lagi kat situ Kakpah. Cuma kawasan sekelilingnya dah banyak membangun. Jalan pun dah bertingkat2. Kalau tak betul2 memang boleh sesat.
DeleteYang saya makan tu memang sedap. Berbaloi. Cubalah bila ke sana lain kali.
salam YB,,, 2-3 kali tgk pic msjid baru nmpk orgnya huhu...
ReplyDeleteWsalam NL,
DeleteGambar masjid tanpa nampak orgnya itu saya pergi berseorangan. Jadi takde siapa nak tolong ambilkan gambar. Tapi semasa ke JB minggu lepas saya ada kawan yg ikut sama .... ngeee
posing maut tu :P
ReplyDeleteAlaaa awak bukan tak biasa tengok posing saya yg macam tu ..... hahaha
DeleteTak pernah lagi makan kacang pol
ReplyDeleteKena cuba Lea.
DeleteMacamlah kalau ke Sarawak pada bulan puasa tak makan bubur pedas, tak sah ..... ngeee
SY X DPT MMBYANGKAN RASA KACANG POOL TU
ReplyDeleteCUMA SY MERASAKAN IA PASTI SEDAP SBB RAMAI YG KATA MCM TU ;)
Memang kena merasanya utk menikmati kesedapannya. Nak bayangkan memang tak boleh ..... huhu
DeleteMemang tempat ni jadi tumpuan ramai.
ReplyDeleteSaya sukakan ABC special dan lamb chop di situ.. Sedap sangat.. Kena dengan selera saya..
Tempat tu memang dah terkenal sejak dulu lagi w/pun agak tersorok sikit dari jalan besar sebab ianya ke bawah.
DeleteOh lamb chop di situ sedap ya? Semasa kami makan di situ ada pelanggan yang order steak. Nampak memang menyelerakan. Insya Allah kalau ke situ lagi lain kali saya nak order western food juga selain kacang pol.
Terima kasih memberitahu.
Lain kali kalu pi lagi toling tanya depa tu boleh tak freeze itu kacang pol n pos mai penang....teringin nak rasa....tapi tak lah mengidammm. :))
ReplyDeleteRasanya depa tak koser tak freeze kan kacang pol tu. Tapi kalau ada kawan yang duduk JB seperti GB boleh cuba minta tolong dia beli dan bekukan sebelum hantar kpd makcikkantin.
DeleteCuba2lah ayat GB tu ...... ngeeeee