Bulan puasa ini banyak cabarannya. Selain perlu menjalankan tugasan seharian seperti pada bulan2 lain, kita juga wajib berpuasa. Bagi para isteri dan kaum ibu, sepanjang bulan Ramadan ini tidur mereka cuma beberapa jam sahaja.
Malam biasanya mereka tidur lewat sebab membaca Al-Quran samada bersama kumpulan tadarus di masjid dan surau atau secara bersendirian di rumah. Awal pagi nak kena bangun pula untuk menyediakan sahur. Kalau tinggal panaskan masakan waktu berbuka boleh tahan juga tapi kena jenis famili yang tak berbuka dgn nasi mcm kami ini, terpaksalah emak Adam masak pagi2 buta tu.
Perkara ini memanglah mencabar. Susah jadi perempuan ni rupanya ..... huhu.
Tapi apa yang aku tengok emak Adam lebih pening ialah ketika memikirkan nak masak apa untuk
1) berbuka
2) bersahur
Dari tengahari dia dah tanya kami nak makan apa petang ini. Jawapan standard yang dia dapat, "masaklah apa-apa."
Aku yakin jawapan itu tidak membantu menyelesaikan persoalan dia w/pun niat kami nak bagi dia senang masak apa saja. Kami akan makan. Kami bukan jenis memilih.
Lepas solat Asar ni aku tengok dia dah terbaring di atas sejadah. Mungkin tengah tunggu ilham ....
Sesiapa ada cadangan menu bolehlah kemukakan kpd kami.
betul. orang lelaki selalu beri jawapan klise "masak la apa apa saja". sampai pening kepala kita yang nak memasak.. hehe
ReplyDeleteNiat orang lelaki tu tak nak susahkan isteri kalau minta isteri masak sesuatu yg spesifik. Itu sebab sebut 'masaklah apa saja".
DeleteSaya kalau emak Adam tanya nak masak apa kadang2 saya jawab, "Rendang daging."
Dia pula balas kata bahan2nya takde.
Kalau ya pun agak2lah kan kata nak makan apa. Rumah kita bukannya restoran ...... hehehe
salam. saya cukup terhibur baca blog yb. maaf saya tetamu x di undang tp izinkan saya btandang selalu di sini!
ReplyDeleteWaalaikum salam. Gembira saya dengar ada org yg terhibur baca blog saya. Di blog ini kisah saya dan keluarga aje yg banyak. Kisah biasa tentang org2 biasa saja.
DeleteJemputlah datang selalu dan tinggalkanlah komen kalau sudi.
yesza ketahuilah para suami bahawa jawapan masaklah apa-apa itu merupakan jawapan yang tidak membantu si isteri.
ReplyDeletekalau Jek yang jawab macam tu, Ai akan respond,
"macam mana ye resepi apa-apa tu?"
Insyaallah akan dapat cadangan lain pula.
Memang para suami pun tahu jawapan itu tak membantu si isteri tapi para suami pun tak tahu apa yg ada di dapur utk mereka memberi jawapan yang tepat. Nanti minta ikan kerapu tiga rasa dikatanya merapu tak tentu masa sebab sekor ikan pun takde dlm peti ais ..... huhu
DeleteJek sekadar memberi cadangan atau turut membantu di dapur?
Kat rumah saya pun jenis tak kisah.. Makan je apa yang ada.. Sebab ada 3 orang je.. Tapi bila orang-orang bandar balik, hmmm je la.. Banyak karenah..
ReplyDeleteJenis tak kisah ni tak banyak kerenah. Janji boleh dimakan dah kira ok.
DeleteSelalu ke org2 bandar tu balik? Lain kali suruhlah mereka bawa apa yg patut kalau nak makan yg sedap2 ..... ngeeee
Suami saya pun sama suka jawab macam tu tp biasanya saya akan masak apa yg dia suka makan sahaja.
ReplyDeleteAina seorang isteri yang memahami kesukaan suami. Cuba satu hari nanti kalau dia kata masaklah apa2 dan Aina masak makanan yang Aina suka tapi dia tak gemar, apalah agaknya reaksi dia ...... ngeeee
Delete