Thursday, July 26, 2012

Siapa Nak Bonus?

Nampaknya orang kerja gomen ada yg akan raya sakan sebab dapat setengah bulan bonus.  Dalam keadaan ekonomi tak menentu ini, jumlah tersebut boleh dikatakan agak bagus w/p pada mulanya ada pihak yg meminta bonus sehingga 3 bulan gaji.

Sementara nak tunggu duit bonus tu masuk pada 9hb Ogos nanti bolehlah berkira2 untuk apa duit itu nak digunakan.  Kepada rakan2 kita yg menjadi kakitangan awam, selamat bergumbira.

Bagi mereka yg kerja dgn swasta atau bekerja sendiri, harapan nak dapat bonus utk raya ni samar-samar.  Ada yg terus tak nampak bayang.

Kalau syarikat itu majikannya orang Islam dan pekerjanya juga kebanyakan beragama Islam harapan itu adalah juga.

Syarikat aku mungkin hanya akan memberi duit raya.  Nak bagi bonus tak mampu kerana kedudukan kewangan yg kurang memberangsangkan disebabkan pelanggan masih ramai yg belum membayar kerja-kerja yg telah kami siapkan w/p ada yg dah setahun lebih.  Dengan duit raya tu diharap dapatlah menceriakan mereka yg bakal menerimanya.  Gaji bulan depan pun kena bayar awal.  Baru ada makna.

Bagi mereka yang tak mendapat bonus termasuk aku ni, jom kita pakat pergi pasaraya.  Kat sana ada jual air soya BONUS! Belilah berapa banyak yg kita mahu..... huhuhu

( entri nak sedapkan hati sebab tak dapat bonus tahun ni)

24 comments:

  1. Takperla YB..bulan ni kita dapat bonus jugak..bonus akhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bonus yg takde bandingannya. Jom kita cuba dapatkan sebanyak mungkin bonus akhirat tu.

      Delete
  2. company saya dah bagi bonus bulan lepas lagi.. dikira sebagai interim bonus.. tapinya saya tak dapat bonus tahun ni sebab baru join..huwaaaaaaaa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal company bagi bonus. Adakah itu bonus tahunan utk pencapaian tahun lepas? Dulu masa saya kerja sykt kulit kerang bonus dibayar pada bulan April.

      Ciannya awak tak dapat. Sepatutnya bagilah secara pro rata. Apapun mungkin hujung tahun nanti ada lagi bonus yg lebih banyak sbb yg ini pun katanya interim bonus.

      Delete
  3. sepanjang sya kerja swasta ni memang takda dapat bonus. tapi redha la sebab dok mencuba mintak kerja gomen pun tak penah dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin belum rezeki lagilah tu Umi. Semoga hujung tahun ni dapat bonus yg org lain pun meleleh air liur bila dengar .... hehehe

      Delete
  4. salam YB,

    duit bonus Ai nak simpan buat bayar yuran pengajian master (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh yuran tu gomen tak bayarkan ke?

      Kalau ada lebih tu bolehlah buatkan saya Totti Frutti bila kami datang beraya ke Melaka nanti.

      Delete
  5. boleh tahan gak bonus tu... bukan sepon dua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minimum RM500. Kalau yg gaji RM10K dapat RM5K. Katanya kerajaan kena keluar RM2.2 Billion .... ngeeee

      Delete
  6. skang ni..motor nama bonus pun ada.. mungkin nama tersebut terhasil sebab x dapat bonus kut..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi kemungkinan ialah bonus ini utk mereka yg tak belum mampu nak beli Ducati .... huhuhu

      Delete
  7. haah......


    mana la ada bonus.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja swasta mcm tulah. Kena pulak tempat kita kerja tu tak ramai org Islam .... huhuhu

      Delete
  8. saya pun dah lama x dapat bonus,,, igt tahun ni nakpi raya umah YB mna tahu dapat duit raya durian runtuh ... nggeeEEEEeeeEe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat awak kerja tu tak bagi bonus ke? Untung setiap tahun bertambah. Kedekut jugak Dato awak tu.

      Dari mana pulak datangnya duit raya durian runtuh tu? Bukan saya ada kebun durian.... huhuhu

      Delete
  9. tak dapat bonus dari bos, dapat duit raya dari yb pun ok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemputlah datang ke rumah raya pertama nanti kalau nak duit raya. Serius menjemput ni. Juliet pun raya kat KL aje kan? Ajak KTS juga utk buat teman.

      Delete
  10. *melihat dari kejauhan telatah gembira mereka yang mendapat bonus sambil lap2 tepi mata* ...neee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni semakin terserlah telatah gembira mereka yg dipamerkan di tempat2 membeli belah spt di Jalan Masjid India..... ngeeee

      Delete
  11. kalau yb bagi duit raya saje kat saye pun saye terima... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. duti raya utk staf saya aje. Nak offer GB kerja dgn kami pun GB dah hepi di JB ..... huhuhu

      Delete
  12. Bonus? Alahai sendiri bagi untuk diri sendiri je lah nampak nya. Malas dah nak pikir2 lagi kita buat kerja sampai tak rehat tapi orang lain yang dapat nama dan dapat untung hasil dari usaha kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh bagi utk diri sendiri lagi bagus. Tak perlu mengharap ehsan org lain.

      Tak perlu nak fikir2 sgt perkara mcm ni pada usia seperti kita ni. Buat ulcer aje. Lebih baik fikir perkara2 lain yg lebih penting utk kehidupan kita di dunia dan akhirat.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails