Tuesday, March 27, 2012

Melancong Nak Habiskan Duit Simpanan

"Kalau sepuluh bath ni berapa ringgit duit kita?" tanya emak Adam pagi ni sambil dia membelek2 dompet duit.

"Dalam seringgit aje duit kita tu," jawab aku sambil menuju ke tandas.

"Kalau 700 bath?" tanya emak Adam lagi.

"70 ringgitlah duit kita.  Nak senang kira bagi aje duit Siam tu dgn 10.  Dapatlah nilai duit kita," terang aku yg terbantut nak masuk tandas.

"Ini hah.  Balance duit Siam dulu.  Duit rupiahpun banyak ni," jelas emak Adam kenapa dia tanya tentang tukaran wang asing pagi2 begini.

"Kalau macam tu kita kena pergi Thailand dan Indonesialah utk habiskan duit tu.  Abang pun ada lagi duit sana.  Duit dari China pun ada lagi semasa ke Guangzhou hari tu," balas aku.

Emak Adam diam saja tak membalas kata2 aku tu.

Kata orang, diamnya orang perempuan ni tanda setuju.... hehehe

Nasib baik aku tak sebut tentang duit US yg masih aku simpan sejak habis belajar dulu tu!

18 comments:

  1. Paman,

    Ina masih simpan coins Bahrain (fils).. nak habiskan, ntah bila dapat peluang nak ke sana lagi.. jadi simpan lah buat kenang-kenangan.. kalau masih ada notes, sayang sbb 1 bahrain dinar dekat rm10.. sbb tu tak simpan duit kertas diaorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan coins takpe. Lama2 nanti naik harganya. Kalau tak naikpun taklah rugi sangat sebab harganya tak mahal sgt. Kalau simpan note dinar mmg terasalah rugi duit tu jika tak digunakan.

      Nanti bolehlah KAB buat trip ke Timur Tengah termasuk Bahrain.

      Delete
    2. Paman,

      Bahrain tak dak apa laaa.. tapi bila dapat peluang ke sana memang takkan lepaskan laa.. sbb ada beberapa kawan kat sana dan muruku kat sana saangaaaat laaa sedap.. kalau balik dari training, ina angkut 6-7 kgs balik malaysia.. ahaks.. nasib baik laa tak kena excess luggage.. hehhee..

      Delete
    3. Oh training kat sana ke? Dah berapa kali Ina pergi sana tu?

      Kalau pergi sana lagi Paman kirim muruku yg sangaaaat sedap tu. Ada letak ganja ke yg membuatnya rasa sangaaaat sedap? hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. masuk ikut pintu

      keluar ikut tingkap .... hehehe

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Orang laki2 ni memang tak aci lah ada simpan duit US pun sembunyi dari pengefahuan isteri, tapi orang perempuan ni rasa tak seronok kalau kita simpan apa2 tanpa pengetahuan suami tau, tapi paga hakikatnya saya pun sembunyi simpanan ASB saya yang saya simpan sejak ASB diperkenalkan memang tak akan diberitahu sampai bila2, lalalalaaaalaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish mana ada saya rahsiakan duit US tu. Emak Adam tahu saya ada duit tu dari dulu lagi. Setiap tahun bayar zakat sebab ada beratus2 dollar.

      Kalau tak nak bagi tahu berapa ada dalam simpanan di ASB tu biasanya dah maksimalah tu .... hehehe

      psst - cik abg awak baca tak blog saya ni? Nanti dia tahu awak ada simpanan di ASB ...ngeeee

      Delete
  5. hebat tu!! YB simpan lagi duit US Dollar zaman study..laku lagi ke not tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya simpan setiap denomination tu sekurang2nya satu. Saya pernah belanjakan di Manila beberapa tahun lepas utk belikan perhiasan mutiara utk emak Adam. Jadi dah kuranglah sikit simpanan dolar saya. Rasanya tetap laku duit dolar tu sebab duit US ni laku di hampir seluruh dunia.

      Delete
  6. jalan jalan cari makan le apalagi yb

    hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kumpulkan semua anak2 sebelum keluar negara agak sukar sebab cuti sekolah dgn cuti IPTA tak sama .... huhuhu

      JJCM dlm negara ajelah nampaknya.

      Hujung minggu ni kami ingat nak ke Melaka. Yati ada ke?

      Delete
  7. Hehehe....kalau tak ke US lah sekeluarga ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat beberapa ratus dollar tu kat sini pun boleh ditukarkan kpd ringgit..... hehehe


      (jawapan org yg tak cukup bajet nak ke USA ... huhuhu)

      Delete
  8. Masa saya komen ni saya senyap2 je tak baca atau tunjuk kat dia, jangan cerita dengan dia tau.


    Hahaha yb macam tau2 je ya, kalau saya post kat sini kebanyak kan nya dia baca, sebab saya lebih suka macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcmana nak citer dgn dia sebab saya takde no hp dia pun .... huhuhu

      Saya tahu sebab org yg senyap2 ni biasanya dah sampai tahap maksima. Duit lebih yg dah tak boleh masuk ASB tu bolehlah laburkan di tempat lain. Kalau dapat masuk Bank Rakyat lagilah best .... ngeeeee

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails