Thursday, March 8, 2012

Meeting Dan Makan (Hanya di Malaysia)

Malam tadi semasa aku menonton Nightline ada berita tentang satu rombongan perniagaan dari Jepun datang berjumpa dgn PM kita.  Apa yg menarik perhatian aku ialah semasa mereka berbincang, penuh meja dengan makanan dan minuman.  Setiap seorang ada satu piring berisi kuih muih.  Aku rasa bukan piring tapi pinggan mini sebab piring biasanya kecil tapi yg ini besar lagi.

Orang2 Jepun itu mesti terkejut kalau ini pertama kali mereka datang meeting di Malaysia sebab setahu aku kalau meeting di negara mereka, paling kuat dapat air mineral sebotol kecil.

 Mungkin tujuan memberi kuih muih itu sebagai tanda ramah mesra kita menyambut tetamu.    

Tapi di Malaysia ini setiap kali ada meeting, biasanya ada macam2 makanan.  Kalau aku pergi meeting dgn pegawai2 kerajaan, memang kenyang.

Baru2 ni aku ada meeting dgn pegawai kerajaan pada petang Jumaat.  Selepas solat Jumaat baru aku sempat makan tengahari sebab sebelum itu aku pergi mengambil Atikah di Shah Alam.  Meeting pula pukul 3:00 ptg.  Aku makan pun tak khusyuk.  Habis makan aku pun berdesup ke tempat mesyuarat.

Sampai di sana aku terkejut  beruk  bila melihat di atas meja ada bermacam2 makanan.  Ada mee goreng, ayam goreng seketul dan kuih dua jenis (8 biji).  Setiap 2 tempat duduk disediakan satu pinggan kuih.  Maknanya seorang dibajet 4 biji kuih. Air pula ada pilihan antara teh tarik dan nescafe.

Kalau tak caya tengok gambar di bawah ni



Kalau tahu, tak perlulah aku kelam kabut makan sebelum meeting tu



Lain kali aku citer meeting dan makan di opis sykt swasta pula.

27 comments:

  1. Replies
    1. Bacalah dulu sebelum cop tempat.

      Tengahari ni yg lain sibuk masak atau lunch. Jangan risau.

      Delete
  2. tapi biasnaya nescafe masa meeting sedap! heheh!

    ReplyDelete
  3. Assalam,

    Di Corporate office kalau meeting kecil sekurang2nya 3 macam kuih, kalau ada board meeting dari pagi sampai kepetang ada lunch di boardroom tuh.

    Lunch yang amat mewah makanan nye.. begitu juga kalau meeting AGM every month..
    saya akan represent for my department..memang kenyang and happy walaupun kena
    'bambu' dan kena 'hentak' hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam Kak,

      Sampai mcm tu punya mewah? Seronoklah yg masuk meeting tu dan juga yg jadi supplier makanan .... hehehe.

      Ada kawan2 saya dulu kalau meeting dgn big bos takde selera nak makan sampai selesai meeting. Kalau tak kena bambu, bos keluar aje sapu licin makanan yg ada .... hahaha

      Delete
  4. Mentality YB..mentality. Makan nombor satu, meeting nombor dua! hahaha..Dulu masa saya join kejap as trainee lecturer kat Faculty Medic UiTM, kalau ada faculty meeting, kitaorang yg trainee ni mmg suka..pasal makanan melambak! hahahaha..prof2 tu semua mana lah nak makan sangat...kitaorang siap tapau bawak balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada mentality yg meeting masih nombor satu tapi makan tu manafaat sampingan.

      Trainee mmg sukalah kalau ada makanan banyak. Boleh jimat duit. Masa saya kerja dgn sykt swasta dulu pun kalau ada makanan tak habis selepas meeting, saya panggil staff2 sokongan utk makan.

      Delete
  5. YB... tulah... pegawai2 kerajaan kalau pergi kursus.. makan je 6 kali... pagi2 sarapan... kemudian jam 10 lebih... mkn tengahari... ada pulak minum ptg... makan malam... last sekali makan tghmalam...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi kursus bukan saja pegawai kerajaan tapi pihak swasta pun macam tu. Makan sampai 5 - 6 kali sampai tak larat.

      Kalau selalu pergi kursus memang tak akan kurus.... hehehe

      Delete
  6. Kadang2 makanan tu tak habis lalu diagih2kan kepada staff yang tak masuk meeting. Malang juga, bila semuanya dah sejuk, tiada yang berselera untuk menjamah. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu kena ada microwave oven kat opis skrg ni .... hehehe

      Delete
  7. Jabatan mana tu.... mewahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak manis jika saya beritahu nama Jabatannya. Tapi pada keseluruhannya, kebanyakan Jabatan yg saya berususan agak mewah tentang makan masa meeting ni.

      Delete
  8. memang benar, kalau mtg di pej kerajaan ada disediakan makan dan minum, tak kira mtg dalaman atau dgn org luar; sbb tu lambang murah rezeki; well, mtg is mtg dan makan is makan;in a way, makan tu jadi motivasi kpd mtg (wlpun "kena" dlm mtg tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau tak sempat makan sebelum meeting jangan risau kerana masa meeting atau selepas meeting tu boleh makan puas2.

      Bagus juga makan jadi motivasi kpd meeting. Kalau tak ada yg fobia bila nak meeting terutama yg tak siap homework.

      Delete
  9. kalau di sydney dulu time conference, paling koman biskut kering yg mereka serve, kalau 'up' sket ada la wraps atau muffins...mmg tak kenyang. tapi kalu conference kat msia, memang suka hati sgt sbb kompem takkan kebulur! hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omputih makan ala kadar aje sebab kedekut. Org kita suka layan tetamu. Itu sebab tak berkira kalau nak kasi makan ... hehehe

      Delete
  10. Salam,

    betul kata DZ dulu sy praktikal kat jbtn kerajaan mmg kenyang..sentiasa ada mknan..skrg bkerja swasta air pun takda..hihi..

    tp xde la kisah sgt..meeting nama pun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah kerja swasta tapi taklah kemut sangat tentang makanan masa meeting sampai air pun takde. Habis koman air dan satu dua ketul kuih.

      Sykt tempat awak tu mungkin nak org hanya fokus kpd mtg tu dan bukan kpd makanan.... hehehe

      Delete
  11. setuju...siap boleh bagi menu lagi.
    yang tak masuk meting pun dapat share makan sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sampai bagi menu tu memang ganaslah. Saya pun pernah ke mtg jabatan yg tanya saya nak makan apa mtg yg akan datang. Antara pilihan utk makanan yg heavy (sarapan pagi) ialah lontong atau nasi lemak sambal sotong. Setiap minggu mtg dgn mereka pun ok kalau mcm tu.

      Agak2 kalau saya ke opis IE dapat tak makan yg best2?

      Delete
  12. salam...sbg salah seorg yg seringkali jd penempah makanan utk meeting, saya amat sokong entry ini. Kadang2 yg berlaku ialah ada 3 big bos yg akan masuk meeting makanya 3 tekak la yg perlu dipenuhi seleranya. Yg utk org jd ahli meeting. Sendawa tak putus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Terima kasih di atas sokongan itu. Saya percaya ramai lagi yg menyokong terutama yg mendapat menafaat dari makanan dan minuman yg disediakan semasa mtg tu. Tidak terkecuali mereka yg dapat makan w/p tak masuk mtg ... hehehe

      Delete
  13. Yb semasa suami jadi setiausaha sulit di MOF, dulu setiap kali mesyuarat perut kenyang, saya selalu datang melepak dengan PA kat pantry, di pejabat menteri kalau mesyuarat memang ada caterer yang siapkan semua tu makanan memang mewah sebab tu jadi orang kerajaan perlu bersyukur, walau gaji tak besar macam2 kemudahan mereka dapat tapi masih ada yang tak bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang mesyuarat dgn pegawai biasapun dah macam2 makanan inikan pula dgn menteri. Itulah rahmat hidup di Malaysia ni.

      Tak boleh nak kata gaji kerja gomen tak besar. Banyak lagi kerja yg gajinya kecil dan kemudahan lain tak setara dgn yg diberi oleh gomen.

      Apa2pun yg penting kita mesti ikhlas dan berdedikasi dlm menjalankan tugas kita dan bersyukur dgn apa yg kita dapat.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails