Wednesday, January 25, 2012

Dengan OKU pun Tak Bagi Peluang Ke?

Semasa aku balik dgn famili aku dari Kuantan pada hari Isnin lepas, kami singgah di layby Lanchang utk solat jamak Zohor/Asar.  Sampai di kawasan parkir, semua tempat letak kereta penuh.  Aku pandu ke parkir utk OKU tetapi ada kereta parking di situ.  Aku lihat tiada sticker OKU pada kenderaan tersebut.  Jadi kereta itu tak sepatutnya diletakkan di situ.  Biasanya aku pun tak gunakan parking lot utk OKU itu sebab aku bukan daripada golongan tersebut.  Tapi hari Isnin tu aku membawa ibu aku yg berkerusi roda.  Kalau dapat parking di petak OKU itu senanglah sikit nak naikkan ibu aku ke atas kerusi rodanya sebab parking tu luas sikit dibandingkan dgn petak biasa.

Aku pun parking tepi jalan susur tu kerana banyak kenderaan lain parking di situ.  Luaslah sikit kalau ibu aku nak turun dari MPV aku dan naik kerusi rodanya.  Tetapi memandangkan jalan susur itu sibuk dgn kenderaan, kami terpaksalah tunggu sehingga kereta agak jauh jaraknya.  Nasib baik ada pemandu yg baik hati memberi peluang utk ibu aku naik kerusi rodanya.  Dia tunggu sehingga kami melintas ke arah bangunan R&R.

Selesai solat, semasa ibu aku nak kembali ke MPV menggunakan ramp ada pula sebuah MPV putih parking betul2 di depan ramp tersebut.  Kawasan itu bukannya petak parking pun.  

Ini dia MPV yg menghadang ramp utk OKU tu

Macamanalah org tua tu nak lalu.  Nasib baik pemandu MPV tu ada di situ.  Dia pun dengan senyum2 malu mengalihkan kenderaannya.   Aku ucapkan terima kasih di atas tindakannya.  Kalau org lain, mahu dimakinya mamat tu kerana meletakkan kenderaan tak kena tempat.

Bila aku lihat ke petak utk OKU aku lihat ada MPV lain pula parking di situ.  Kereta yg parking di situ sebelum ini dah cabut.

Carilah petak parking yg lain brader

Aku lihat pemandu dan penumpang kenderaan2 yg parking di petak OKU tu tiada yg cacat anggota.  Emak aku kata mungkin mereka cacat akal kot .... hehehe

21 comments:

  1. Replies
    1. Mungkin jugalah tu sebab anggota lahiriah yg lain nampak sihat aje .... ngeeee

      Delete
  2. Replies
    1. Tahniah dapat no 1!

      Skrg dah kurang org berebut utk no 1 ni. Mungkin kena adakan semula kontes mcm dulu bilamana seseorg dapat no 1 tiga kali berturut2 ada hadiah misteri.

      Delete
  3. alasan mak YB boleh diguna pakai ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takut ada yg kecil hati kalau mereka rasa akal mereka pun tak cacat apa2. Cuma mementingkan diri aje golongan ni.... huhuhu

      Delete
  4. Replies
    1. Bagi org yg cukup upaya mereka tak merasa susahnya mcmana yg ditanggung oleh OKU ni. Dulu pun saya kurang peka dgn keperluan golongan OKU sehinggalah ibu saya menggunakan kerusi roda utk kemana2.

      Delete
  5. setuju ngan emak YB.. org y sebegini cacat akal sebenarnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akal yg sempurna tapi tak digunakan dgn betul mempunyai ciri2 kecacatan .... ngeeee

      Delete
  6. YB..kena la prihatin kan..acik kalau lot parking di pasaraya pun tak kan masuk ke tempat parking OKU tu walau pun tempat lain penuh..sanggup masuk sorang aje..mintak suami tunggu dalam kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org2 mcm ni cuma pentingkan diri sendiri aje. Tak prihatin dgn keperluan org lain termasuk mereka yg OKU.

      Samalah Acik dgn saya. Kalau cuma ada parking OKU yg kosong di pasaraya, saya sanggup tunggu dlm kereta sementara emak Adam masuk ke dalam. Bila dah dapat parking yg biasa baru saya park dan masuk ke dalam hypermarket mencari emak Adam.

      Delete
  7. biasalah perangai2 mcm ni.. mlm td pon tgk ade mpv beso dok parking baikk punya kat parking OKU kt care4 shah alam. tp takde sape pun yg pegi kunci tayar dia ke ape. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiadanya tindakan tegas dari mereka yg berwajib membuat golongan ini tambah besar kepala .... huhuhu

      Delete
  8. orang2 yang parking tu anggap orang OKU ni tak ramai yang bawa kereta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah org OKU ni tak ramai yg bawa kereta. Itu sebab disediakan satu saja parking lot. Kalau yg satu itupun diambil oleh org yg berkeupayaan, kat mana OKU nak parking ..... huhuhu

      Delete
  9. Sebenarnya ramai yang macam kereta putih tu yb, kadang2 kita duk tenung2 pun diaorang buat muka selamba je, mungkin satu hari nanti dia ada saudara mara yang OKU baru dia orang paham agaknya, nyampah dengan orang yang tak tahu adab ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila belum mengalami memang tak tahu dan tak menghargai. Contohnya ramp utk kerusi roda tu. Bagi org yg sihat, melangkat kerb yg setinggi 150mm tiada masalah. Bagi yg berkerusi roda hatta yg ditolak oleh org yg sihat, 150mm tu tinggi. OKU tu kena turun ... huhuhu

      Delete
  10. kena tambah satu lagi sign tu.. "utk org cacat akal juga" , baru diorang segan.

    p/s : pernah nampak beberapa tempat parking khas tk org cacat tapi saiz ruang parking sama macam parking biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cadangan awak tu. Reverse psaikologi. Kalau tak segan juga, memang cacat akal agaknya.... ngeeeee


      Yang buat parking utk OKU sama saiz dgn parking biasa tu tak habis menuntut kot... hehehe

      Delete
    2. ASK WBT.Utk parking OKU secara SAH perlukan sticker yg boleh didapati dr Majlis Perbandaran, tak semestinya kalau kita bawa org yg berkerusi roda org itu ada hak utk park atau yg ada sticker yg beli di pusat accessories..manusia jenis ini mementingkan diri senderi dan menyusahkan org yg ada hak...berdosa hukumnya..wallahuaklam.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails