Monday, January 2, 2012

Antara Habib Jewel, Jakel dan Ariani

Pengaruh iklan dalam kehidupan kita memang besar. Kalau dah setiap hari disogokkan dgn iklan yang serupa lambat laun ada juga yg termakan oleh iklan tersebut.

Pagi tadi semasa aku dan emak Adam menonton MHI setelah selesai menonton Tanyalah Ustaz, keluar iklan Jualan Cuci Gudang oleh Habib Jewel. Apa kena mengena mereka cuci gudang dgn potongan harga barang kemas aku pun tak pasti. Lepas iklan Habib tu keluar pula iklan jualan hujung tahun Jakel.

Kedua2 jualan murah tersebut berakhir 2hb Januari. Hari inilah tu.

Emak Adam pun tanya kpd aku, "Kena pergi ni sebab hari ni hari terakhir. Kita nak pergi yg mana satu?"

Soalan cepumas. Nasib baik aku tak lemas.

"Alaaa jualan tu selalu ada. Nak raya cina nanti adalah lagi jualan tu," jawab aku cuba mengelak.

Emak Adam tak berkata apa dan terus masuk ke bilik. Nak solat Dhuha rasanya. Eloklah tu. InsyaAllah antara fadilat solat Dhuha ialah Allah akan murahkan rezeki kita.

Sementara itu aku terus menyambung menonton MHI. Tak lama lepas tu ada lagi beberapa iklan. Antaranya ialah jualan tudung di Ariani. Wardina yg menjadi duta Ariani kata semua tudung diberi potongan 50% sehingga 29/1/12.

Semasa emak Adam keluar dari bilik aku beritahu dia tentang perkara ini.

"Eh elok jugak tu," kata emak Adam.
"Petang ni bolehlah kita pergi ke sana lepas Tikah balik," sambungnya. (Atikah tinggal satu malam lagi di Melaka selepas kami sekeluarga balik ke KL. Siang tadi baru dia balik)

Kalau emak Adam nak pergi shopping di ketiga2 tempat mahu pengsan aku. Kalau setakat Jakel dan Ariani boleh tahan lagi.

Petang tadi selepas solat Asar, kami ke Jalan Masjid India untuk mencari barang2 utk persekolahan Haikal yg masih belum dibeli. Di sana ada gedung Jakel dan Ariani. nasib baik takde gedung Habib .

Setelah selesai membeli barang2 di Mydin, emak Adam kata dia nak ke Ariani.

Aku dan Haikal tak masuk ke dalam kedai tudung tu. Biarlah emak Adam dan Atikah saja yg memilih tudung yg berkenan. Kalau aku masuk mesti dia akan bertanya pendapat aku tudung mana yg cantik w/p dia dah buat keputusan. Bila aku 'salah' cakap yg mana lebih cantik, emak Adam mesti cuba menyakinkan aku yg pilihan dia lebih sesuai. Kalau mcm tu, tak payah tanya aku lagi bagus hehehe

Memandangkan hari nak hujan, aku dan Haikal pergi ke kereta yg kami parkir agak jauh.

Setelah menunggu lebih kurang setengah jam emak Adam pun sampai ke kereta dgn hasil tangkapan pilihannya. Empat helai tudung yg dibeli dgn separuh harga.

Phewwww. Nasib baik dia pilih tudung aje hari ni.

Esok jualan Habib dan Jakel dan tamat. Selamat aku ..... (buat kali ini)

9 comments:

  1. nasib baik aku tak minat ketiga2 sale tersebut. tapi aku akan heret carlos masuk showroom kereta. kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Tijah,

    itu lagi dasyat. Bila ko nak heret carlos tu? Kalau dia baru dapat bonus lebih baik ko cepat2 heret dia. Nanti habis pulak duit bonus dia tu ... hehehe

    ReplyDelete
  3. Beli barang Habib - Value Appreciate yang lain2 depreciate...hahahahaha
    Belilah YB utk Mak Adam kalau ada sales lagi.

    ReplyDelete
  4. Marina Monroe,

    Memang emas mungkin akan appreciate w/p tak mustahil ianya boleh depreciate. Kalau pakaian dan tudung memanglah akan susut nilai. Yang penting, dibelikan dgn kasih sayang kerana itu tak ternilai ... ngeeee


    Bukan tak nak belikan tapi saya nak gunakan wang utk projek yg akan berjalan tak lama lagi. Nanti kalau dapat untung bolehlah dipertimbangkan sewajarnya.

    ReplyDelete
  5. wah kak tijah dasat!!!!

    mana2 pun ok la.... x berapa gemar la ngan sale2 ni.. sesak, mood nk pilih pun x best!

    ReplyDelete
  6. zonaku,

    tijah nak usha fairlady sebijik. Semoga dia berjaya mengayat carlos. Nanti bolehlah saya tumpang kereta baru dia tu ... ngeee

    Biasanya sale ni memang ramai org sehingga sesak tapi di Ariani semalam taklah ramai sangat pembeli.

    ReplyDelete
  7. YB, lain kali masa iklan emas permata/kain tudung/pinggan mangkuk kat TV atau radio, YB tukar channel nya...ekekekeke

    ReplyDelete
  8. Daddy Ziyyad,

    Cadangan yg baik tapi pagi tu saya tak sempat nak tukar ke channel lain ... huhuhu

    Satu lagi cabaran iklan2 ni bukan saja di tv dan radio tapi mereka hantar flyer ke rumah.

    ReplyDelete
  9. Yb emak adam pun pandai berbelanja, tak kan lah dia nak beli barang2 kemas pada masa anak2 nak memulakan persekolahan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails