Tuesday, December 20, 2011

Dari RM30 Boleh Jadi RM300K

Dah lebih seminggu jam tangan aku mati kerana habis bateri. Jam ini hadiah dari emak Adam. Itu sebab aku suka pakai jam ini w/p ada jam2 tangan yg lain. Pernah juga emak Adam suruh aku gunakan jam yg lain tu kerana jam yg lain tu berjenama (Tag ada, Rado ada) tapi bagi aku nilai jam bukan terletak pada harga tapi lebih kpd siapa yg memberikannya .... cewah (jiwang). Harap jangan muntah dulu sebab cerita baru nak mula ni

Tadi aku singgah ke kedai utk tukar bateri jam tu. Sementara org kedai tu nak tukar bateri, aku minta diri ke kedai gunting rambut yg tak jauh dari situ.

Masa rambut aku digunting aku bercerita dgn pakcik tukang gunting tu. Dia jenis rajin bercerita dan aku pula jenis peramah. Ngamlah tu.

Mula2 dia citer pasal rumahnya di Putra Perdana. Masa dia beli utk dia tinggal bersama keluarganya dia ingat rumah tu cepat siap. Tapi seperti ada di antara kita tahu, projek tersebut hampir2 menjadi projek terbengkalai. Sementara menunggu rumah tersebut siap, tukang gunting ini telah membina rumah di atas tapak rumah yg dibelinya di Ampang. Tanahnya besar - 150 kaki x 80 kaki. Dia buat rumah yg agak besar kerana keluarganya yg ramai. Pakcik tukang gunting tu beritahu aku dia menggunakan simpanannya utk membina rumah tersebut. Bank mesti tak bagi pinjaman utk org kerja sendiri lebih2 lagi mcm dia yg hanya seorang tukang gunting.

Mengimbau masa dia mula2 datang ke KL dari Perak selepas Tragedi 13 Mei 1969 di usia 20 tahun dia hanya ada RM30 saja di dalam sakunya. Bila sampai di KL dia pun menjadi tukang gunting kerana itulah satu2nya kemahiran yg dia ada. Di kampung dia biasa menggunting rambut teman2nya di sebuah kedai gunting di sana. Itupun sewaktu tauke kedai itu balik utk makan tengahari.

Hasil dari menjadi tukang gunting di KL ini dia mengumpul wang sikit demi sikit sehinggalah apabila dia hendak membina rumah di Ampang dia sudah ada simpanan sebanyak RM300,000!

Sekarang pakcik ini masih menjadi tukang gunting dan aku adalah di antara pelanggan tetapnya. Bayaran yg dikenakan pun sangat berpatutan. Cuma RM6.00.

Inilah agaknya yg dinamakan rezeki yg berkat.

20 comments:

  1. bersyukur atas nikmat yang di beri oleh ALLAH SWT....
    mungkin itu salah satu sebab,mengapa dia berjaya...



    rm6!
    murah tuuuu..
    kat sini,kalau kanak2 rm6
    dewasa rm8-rm10...

    ReplyDelete
  2. rm6 jek? murah sungguh!

    kat rawang-bukitsentosa-bukit beruntung memang pakat takdela harga camtu..

    mesti orang pun tak sangka kan kalau dia ada simpanan sebanyak tu.. kagum!

    ReplyDelete
  3. Di sini setiap kali si ayah dan si anak bergunting rambut, tukang gunting tu hya kenakan 10 hengget sejak dulu kini dan selamanya mungkin.

    ReplyDelete
  4. murah ...hanrganya dan murah rezekinya.

    ReplyDelete
  5. kaklong,

    Saya pun rasa mcm tu juga. Di samping itu dia ni nampaknya seorg yg pandai berjimat.
    Bukan mcm budak2 skrg - utk bil hp aje dah habis beratus setiap bulan. Anak2 sayalah tu ... huhuhu


    Ha'ah RM6 utk dewasa dan RM5 utk kanak2.
    Kat Kajang org kaya2 kot. Itu sebab mahal sikit ... hehehe

    ReplyDelete
  6. tuah ayam nampak di kaki
    tuah pakcik nampak gunting di jari

    ReplyDelete
  7. ~mrs azmi~,

    RM6 tu día rasa dah berbaloi. Tak banyak tempat di KL yg harga mcm tu.

    Kat sana harga tinggi sebab ada air cond kot ... hehehe


    Kalau dia tak citer tadi saya pun tak sangka dia ada simpanan sebanyak itu. Dia pun dah pergi menunaikan haji beberapa tahun yg lepas.

    ReplyDelete
  8. PelangiPagi,

    Adakah itu antara sebab Jaja tak nak pindah? hehehe

    Kat sini lebih seringgit aje kalau ayah dan anak gunting rambut. Kalau nak cari tempat kerja yg baru, bolehlah timbangkan ke mari ...

    ReplyDelete
  9. AZANI,

    Sikit2 lama2 jadi bukit.

    w/p murah dia cas tapi jika dikumpulkan bertahun2 jadi banyak juga.

    ReplyDelete
  10. kakngah,

    dah lama ke main laga ayam ni? hehehe


    Kat jari pakcik tu saya tak nampak tuah dia sehingga dia buka citer tadi .... ngeeee

    ReplyDelete
  11. mMoOnN aAlLeEaA,

    Itulah kan. Siapa sangka gunting rambut pun boleh mengumpul wang sebanyak tu.

    Anak2 dia pun dah berjaya. Ramai yg masuk U.

    ReplyDelete
  12. sapa mauk jadik pelanggan saya? hehehe

    ReplyDelete
  13. YB, arwah abah saya juga seorang tukang gunting rambut yang terkenal diJb kebanyak kan pelanggan dia dulu pegawai kerajaan yang berpangkat Dato2 dan dia juga mengajar belia di jb, semenjak dia dah meninggal 18 tahun dulu tak ada seorang pun adik beradik saya yang berminat menyambung kerjaya tersebut. Saya masih ingat lagi kedai arwah abah terletak di block b flat lumba kuda yamg berdepan dengan stesyen keretapi jb sekarang flat dah diroboh kan dan dibuat tempat keluar masuk kesingapura.

    ReplyDelete
  14. Salam YB..,

    Memang keberkatan rezeki itu yg susah hendak mendapatkannya... Allahua`lam..

    ReplyDelete
  15. Mak Su,

    InsyaAllah ramai yg nak jadi pelanggan maksu. Kena hebatkan marketing.

    ReplyDelete
  16. sharifah rosidah,

    Ini menarik kisah arwah abah awak tu. Boleh dibukukan utk tatapan anak cucu. Sebahagian pelanggan dia mungkin dah tiada lagi di dunia ni juga.


    Saya ingat lagi flat kat Jalan Lumba Kuda tu. Masa saya mula2 ke JB ada lagi flat tu.

    ReplyDelete
  17. azmnor,

    Wsalam Bro.

    Rezeki yg sikit tapi berkat lebih baik dari rezeki yg banyak tapi tak berkat.

    Pakcik tu beritahu dia tak pernah bermimpi boleh memberi rumah (yg di Saujana Putra) kpd salah seorg anaknya utk didiami kerana arwah bapaknya tak ada memberi apa2 kpd dia semasa dia muda dulu.

    ReplyDelete
  18. serius berkat.. zaman skang gaji 3K pun lom tentu boleh simpan sampai 300K .. orang dulu2 memang cermat..

    RM6 sebab sikit je kot kawasan yang dipotong.. banyak kawasan dah terang secara semulajadi.. kehkeh..

    ReplyDelete
  19. Anaa,

    Zaman skrg gaji 3K setakat cukup makan pakai aje kalau duduk kat KL ni. Tambah kalau anak ramai. Pakcik ni anak dia ramai tapi masih boleh menyimpan sampai sebanyak itu. Memang tabik.

    RM6 tu harga gunting utk dewasa. Tak kira kawasan dah terang atau hutan belantara .... hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails