Minggu lepas dan minggu ini anak2 aku yg di IPTA sedang exam. Sebagai ibubapa, aku dan emak Adam berdoa agar mereka dapat menjawab dgn yg terbaik dan mendapat keputusan yg cemerlang.
Atikah sudah habis examnya semalam. Dah balik ke rumah pun petang semalam.
Hazwan pula masih exam di UIAM. Dia tak duduk di kampus kerana dia nak berniaga dan buat urusan lain. Duduk di rumah senang sikit utk semua urusan itu. Dia ini dari kecil minat berniaga dan tak minat sangat nak belajar. Nak masuk universiti ni pun letih aku dan emaknya bagi nasihat. Bagi dia ramai org yg berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dan Lim Goh Tong tak belajar tinggi pun. Dia rasa pergi belajar utk dapatkan ijazah tu hanya membuang 4-5 tahun saja. Kalau mula berniaga lepas SPM dah boleh headstart berbanding rakan sebaya yg ke menara gading. Anak .... anak. Aku harap dia tamatkanlah pelajarannya sebelum berkecimpung dlm dunia perniagaan.
Anak aku yg ketiga sedang ambil kursus matrikulasi di KMM, London oopss Londang. Hari ni last paper. Pagi ni kertas Chemistry.
Setiap hari dia akan hantar sms minta aku dan emaknya mendoakan kejayaannya.
Berikut adalah petikan sms dia dan balasan dari aku semalam. Yang pink sms dia dan yg biru dari aku.
Salam. Ayah. Kita dah nak pergi dewan. Doakan kita dapat jawab kertas biology hari ni dengan betul & cemerlang. Terima kasih. I love you!
Baru bacakan Yasin. Emak pula sdg bacakan Yasin. Semoga dapat 98% dlm biologi Dr Afifah.
Hahahaha mana hilang 2% tu?
Bagi chance buat 1 silly mistake hehehe
Hari ini Afifah tukar strategi. Dia hantar sms seolah2 aku mendoakan dia dengan kata2 berikut:
Ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kau kuatkan daya ingatan dan tajamkan akal fikiran anakku, Nurafifah Huda baginya menjawab exam hari ini. Kurniakanlah dia idea-idea yang bernas dan petunjuk di waktu sukar. Amin amin ya rabbal al amin. 4 flat hendaknya! Mmuuahh.
coppp..dulu baru baca!!! ;p
ReplyDeletebila anak2 exam.. kita mak pak yg over nebes...
ReplyDeletekakngah tumpang amin doa Afifah.
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn........
semoga mereka semua berjaya...
ReplyDeleteInsya'allah berkat doa restu dari ayah dan mak anak2 YB pasti berjaya dengan cemerlang.
amin
ReplyDeletekasihibu,
ReplyDeleteNasib baik cop cepat. Kalau tak kalah dgn kakngah ... hehehe
macam2 gelagat anak2 kan...semoga anak2 YB berjaya semuanya.
ReplyDeletekakngah,
ReplyDeleteMasa anak baru sorang dulu, adalah nervous sikit. Sekarang dah biasa dah anak2 ambil exam. Dah tak nervous lagi cuma berharap yg terbaik utk mereka.
Terima kasih tumpang aminkan.
kasihibu,
ReplyDeleteamin. Terima kasih mendoakan kejayaan cemerlang mereka. Nak bagi harta mungkin kita tak mampu tapi pelajaran ni lah yg akan membantu mereka bila dewasa.
pB,
ReplyDeleteterima kasih.
Balik KB ke raya haji ni?
shaliza,
ReplyDeleteyg Afifah ni nakal sikit. Dia ni kira pandai juga tapi malas nak ulangkaji... huhuhu
Baca N3 ni teringat anak sedara Ate yg sulung (lelaki). Tiap kali nak exam dia pun rajin sms umi, abah, Ate, uda (2 mak sedara yg menjaga dia) dan nenek untuk doakan dia. Setiap kali tu hati Ate tersentuh.
ReplyDeleteYb, anak kita yang diUIAM kuantan pun baru habis exam hari ni dia ada last paper lepas habis terus beli tiket untuk balik rumah. Punya lah tak sabar dia ambik tiket pukul 6 petang mungkin sampai dalam pukul 10 - 11 malam adoi terpaksa lah kita orang lepak2 kat kl sementara tunggu dia dah lah sekarang ni musim hujan! . Anak kita yang sorang ni tinggi sangat cita2 berangan nak jadi macam Zetty akhtar governor bank negara tu, hrrrrmm ye lah nak suka hati kau lah.
ReplyDeletedah tua upanya YB ye.. kene panggil pakcik YB ni. maaf ye pakcik.. saye tumpang lalu...
ReplyDeleteyb dulu masa exam ada debar2 tak? :D
ReplyDelete4flat afifah, aminnnnnn.
Ate,
ReplyDeletesetelah dia berusaha, apa lagi yg boleh diharapkan selain doanya dan doa dari mereka yg tersayang. Semoga dia berjaya dgn cemerlang.
sharifah rosidah,
ReplyDeletekalau kami ada di rumah semalam bolehlah ajak awak singgah sementara nak tunggu anak sampai dari Kuantan. Kami sampai rumah pun dah pukul 11:30 lebih semalam.
Pukul berapa anak awak tu sampai KL?
Eloklah ada cita2 tinggi mcm tu. Sekurang2nya boleh menjadi pendorong utk dia berjaya dgn cemerlang.
Masy,
ReplyDeleteNyampahlah awak ni. Kan awak dah tengok2 anak2 saya masa raya tahun lepas..... ngeeee
juliet,
ReplyDeletetak debar sangat sbb saya jenis rilek....
Yalah 4 flat tu. Belajar pun tak rajin ... huhuhu