Friday, October 21, 2011

Sibuk Cari Makan Sampai Tak Sempat Makan

Semalam aku agak sibuk. Sebelah pagi aku ke tapak projek yg terletak tak jauh dari rumah aku ni. Kerja2 dah siap tapi ada sedikit kerja yg nak dibaiki.

Tengahari aku balik rumah kejap.

Aku beritahu emak Adam aku nak solat berjemaah dgn dia di rumah saja kerana aku nak cepat. Biasanya aku akan ke surau utk berjemaah Zohor. Aku ada kick off meeting di sebuah lagi tapak projek di Subang Interchange. Mesyuarat bermula pukul 2:00 ptg.


Usai solat aku cakap kat emak Adam aku akan makan selepas habis mesyuarat. Kalau dia dan emak aku nak makan dulu, go ahead. Tak payah tunggu aku.

Memandangkan cuaca yg sering hujan seminggu ni, jalan ke tapak hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda. Konsultan dan pengurus projek telah masuk dulu dgn salah seorg kontraktor yg ada 4wd. Aku terpaksa tunggu klein kerana mereka dtg dgn kereta biasa. Masa dah sampai dekat dgn site, keadaan di situ mcm bubur. Akhirnya CRV aku melekat dalam lumpur. Nasib baik kontraktor menyuruh pekerja2 dia tolong keluarkan kereta aku semasa kami meeting.

Di tempat traktor Case inilah CRV aku sangkut

Ini pemandangan tapak projek

Ini adalah projek pembinaan stesen yg ketiga tahun ini yg sykt kami terlibat menguruskan. Dua buah stesen yg dibina tahun lepas telah dibuka awal tahun ini iaitu di Bukit Kemuning dan di Tapah, Perak. Sebuah lagi akan dibuka tak lama lagi manakala sebuah lagi masih dalam pembinaan.

Stesen yg ini dijangka siap dalam masa 3 bulan.

Bila dah sibuk cari rezeki ini kadang2 takde masa nak makan.

18 comments:

  1. habis berlumpur crv YB...

    ala.. org sibuk adap blog & FB pn kdg2 takde masa nak makan kehkehkeh!!!

    selamat bekerja!

    ReplyDelete
  2. Smoga terus dimurahkan rezki....

    ReplyDelete
  3. kakngah,

    Balik semalam saya pancut crv tu. Nak hantar cuci takut mengamuk Bangla tu sbb mmg berlumpur habis.

    Saya ni lagi teruk kakngah. Kerja sibuk2 pun masih nak blogging dan fb. Inilah jadinya huhuhu

    Hari ini tak keluar pergi site. Kerja dari rumah aje. Petang ni ada perbincangan dgn rakan kongsi.

    ReplyDelete
  4. oo kat bukit kemuning dah bukak ye? tak persan... lama tak lalu situ... hehe :D

    ReplyDelete
  5. jedi,

    terima kasih.

    Mungkin dah tak berapa lama lagi aje sykt kami buat project management utk sykt kulit kerang ni. Sedang berunding dgn sykt2 dan bakal2 klien lain.

    ReplyDelete
  6. syah shah,

    Dah buka awal tahun ni lagi. Yg kat R&R Tapah arah utara pun dah buka. Kalau syah balik Baling bolehlah singgah situ utk isi minyak.

    ReplyDelete
  7. Yb sibuk sebab cari rezeki alhmadulillah syukur jangan sibuk mencari tapi rezeki tak dapat dapat lagi poning kepala tau.

    ReplyDelete
  8. Itu maknanya, YB kena beli sebijik Mitsubishi Triton.barulah tak sangkut dlm lecak..:P

    ReplyDelete
  9. Tu namanya makan angin YB... hehehe...

    ReplyDelete
  10. Mg project berjalan dengan lancar dan duit pun mengalir masuk.

    ReplyDelete
  11. bila tengok gambar tu den agak kat tepi jalan lebuhraya persekutuan tu sebelah stesyen kommuter tu kan.. (seberang jalan la..) betul tak?

    ReplyDelete
  12. sharifah rosidah,

    Tak semua rezeki yg dicari tu dapat. Macam juga nelayan. Kita hanya berusaha dan berdoa. Rezeki itu Allah yg tentukan.

    ReplyDelete
  13. Daddy Ziyyad,

    Tak berbaloi pula nak beli Triton sebuah sebab projek tu dalam masa 3 bulan lagi dah nak siap. Kalau duit dah tak tahu apa nak digunakan bolehlah. Masa tu jgn kan Triton, heli pun boleh beli sebijik hehehe

    ReplyDelete
  14. ~Cik Azz~

    makan angin mcm ni yg boleh kembung perut huhuhu

    ReplyDelete
  15. Ann Huda,

    Alhamdulillah projek yg kami tolong uruskan banyak yg berjalan lancar. Tapi tak lama lagi habislah kontrak kami.

    Kena cari kontrak atau pelanggan baru.

    ReplyDelete
  16. zino,

    Memang tepat sekali. Tepi saja dari federal highway nak ke PJ/Subang tapi tak boleh masuk dari highway buat masa ini kerana ada laluan motorsikal. Bila dah siap esok barulah senang nak masuk dari highway.

    ReplyDelete
  17. Tie,

    taklah besar mana sangat. Cuma membina sebuah stesen minyak aje .... hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails