Tuesday, October 18, 2011

Macamana Seekor Lembu Nak Naik 7 Orang?

Tak lama lagi dah nak raya haji. Masjid2 dan surau2 di seluruh negara dah berkempen utk para jemaah dan anak kariah menjalankan ibadah korban anjuran pihak masjid dan surau.

Di surau kat taman perumahan aku ni pihak surau telah menetapkan satu syer lembu sebanyak RM420 berbanding dgn RM370 tahun lepas. Maklumlah skrg semua barang naik harga. Ayampun dah RM9 sekilo. Inikan pula lembu. Tentulah harganya pun naik.

Tahun lepas aku tengok lembu yg jadi korban kat surau kami tu taklah besar mana. Seekor lembu dapatlah dalam 60 - 70kg daging selepas dilapah. Kalau kekalkan harga tahun lepas, makin dapat lembu yg lebih kecil. Aku harap dgn harga baru ni boleh dapat lembu yg besar macam lembu matador tu. Org yg berkorban nak naik di akhirat esokpun sedaplah sikit.

Kain rentang utk korban telah dinaikkan di jalan2 masuk ke taman kami. Pihak surau telah menyatakan kesanggupan utk mengerjakan sehingga 8 ekor lembu jika ada permintaan dari penduduk setempat. Seingat aku sebelum ni paling banyak pun 4 ekor lembu aje setiap tahun. Takpelah jika jawatankuasa yg sediada ini bersemangat membantu anak kariah menjalankan ibadah korban.

Semasa terbaca iklan korban di kain rentang dua hari lepas, Atikah bertanya kepada aku macamana 7 orang yg berkorban seekor lembu nak naik binatang itu di akhirat nanti? kena pula rakan kongsi korban tu badan semangat2 belaka

Soalan cepumas.

Nasib baik aku dah dengar jawapan dari ustaz pengerusi surau kami jawapannya.

Dia kata, "tak semestinya kita semua naik di atas belakang lembu tu. Mungkin disediakan kereta yg ditarik oleh lembu tu. Jadi bolehlah 7 orang naik."

Amacam? Boleh terima tak hujah ustaz tu?

Apa yg penting keikhlasan kita berkorban.

14 comments:

  1. kadang aku tgok korban kat msia ni..yelah..mmg ikut ikhlas kita korban..tp agihan tu kadang byk sgt org korban kan...berlebih2 satu rumah tu dapat smpi last2 bazir camtu je

    aku terpk nk wat korban yg anta ke kemboja or negara2 yang depa masak and pergi kaw pdlmn tu...

    hmmmm..apa kata YB?

    ReplyDelete
  2. kalau dah diagih dengan baik... alhamdulillah.. ada yang terjadi, kes tidak amanah. lagi sedih......


    kalau yang hantar kemboja or negara miskin tu, memang sampai ke? aku risau separuh jalan saja... kalau sampai alhamdulillah...... kalau tidak, kesiannya...

    ReplyDelete
  3. terima kasih berkongsi jawapn YB. back up bila anak2 tanya nanati... :P

    ReplyDelete
  4. insyaallah kat surat kecil abg ni dah confirm 5 ekor, tapi ada permintaan untuk sampai 8 ekor. tahun lepas 5 ekor pun, pukul 1 ptg belum selesai .. nanti nak bincang dengan ajk surau.

    ReplyDelete
  5. HEMY,

    Memanglah bergantung kpd keikhlasan kita buat korban tu. Nak buat di tempat sendiri atau di tempat org Islam yg lebih memerlukan terpulanglah kpd kita sendiri.

    Dua tahun lepas pihak surau tempat kami mengadakan korban di Kemboja. Kami menghantar dua org wakil utk pergi ke sana menyerahkan sendiri lembu2 korban itu. Ada 10 ekor dan diagihkan kpd 5 buah kampung. Wakil kami sempat melihat sendiri majlis korban di 2 buah kampung. Yang 3 lagi itu cuma serahkan lembu. Dari cerita dan gambar2 yg dibawa balik, mmg keadaan mereka di sana sgt daif. Dapat makan daging itu sesuatu yg sgt nikmat bagi mereka.

    Personally, korban tahun tersebut lebih memberi erti kpd saya.

    Wallahu alam.

    ReplyDelete
  6. zonaku,

    biasanya ada sistem pengagihan daging korban ini samada menggunakan kupon atau sebagainya. Tapi kalau dah banyak sangat korban di satu2 tempat tu, mmg lah ada yg dapat sampai 3-4 bungkus dan mereka ini bukanlah org susah.

    Kalau korban di negara lain spt Kemboja kita boleh melalui saluran spt yg di iklankan di leaflet yg terdapat di masjid atau surau. Kalau nak puas hati hantarlah wakil mcm yg pernah surau kami lakukan.

    ReplyDelete
  7. kakngah,

    Sama2.

    Tapi janganlah bayangkan mcm kereta lembu kat Melaka tu. Ini pastinya lebih cantik dari jet eksekutif hehehe

    ReplyDelete
  8. al-lavendari,

    8 ekor tu banyak bang. Daging tu diagih2kan ke mana?

    Ada sebahagian surau mengagihkan daging korban kpd penduduk taman perumahan yg rata2 agak berkemampuan. Tak sampai pun kpd fakir miskin kerana tiada golongan tersebut di taman mereka.

    ReplyDelete
  9. tahun lepas abg saya buat $300(1bhgn),lembu pun besar. Tapi tahun dia kata mmg takleh nak buat $300...paling murah pun boleh buat $360 1bhgn. Takpelah bahagian disana tu yang kita nak pun kan?

    ReplyDelete
  10. selalu kalo raya haji, saya bagi kupon kat jiran.. pasalnya selalu raya kat umah parents.. untung jiran saya, dapat ler 2 bahagian..

    ReplyDelete
  11. shaliza,

    Harga lembu di Kelantan memang lebih murah jika dibandingkan dgn di KL. Itu sebab satu bahagian boleh dapat RM300. Tahun ni naik mungkin sebab Thailand banjir kot.

    Betul tu. Kalau nak berkorban jgn kira sangat harga. Yang penting ikhlas dan semoga mendapat keredhaan Allah.

    ReplyDelete
  12. Anaa,

    awak jiran yg baik hati.

    Ada jiran yg bagi kupon kpd jirannya kalau dia balik kampung tapi minta jiran tu tolong ambilkan daging tu. Maknanya dia naklah juga daging tu hehehe

    ReplyDelete
  13. Tahun ini kami berkorban seekor lembu dan adik ipar pun berkorban seekor lembu. Kami tak buat di Masjid tapi kami buat dirumah pusaka mertua.

    ReplyDelete
  14. sharifah rosidah,

    Alhamdulillah murah rezeki tahun ni sehingga mampu utk buat korban utk keluarga. Semoga pengorbanan itu diberkati dan diterima Allah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails