Saturday, October 15, 2011

Jurang Generasi

"Ayah cepat bangun sarapan dah siap," kata Haikal pagi tadi.

Dalam hati aku tertanya2 juga. Cepat pulak isteri aku menyediakan sarapan pagi ni. Tambahan hujung minggu mcm ni selalunya kami brunch aje.

"Kakak Tikah beli McD," kata dia penuh teruja.

Apabila aku sampai di dapur aku tengok beberapa jenis sarapan omputih telah terhidang di atas meja. Atikah beli satu Box A dan satu Box B. Ada mcm2 jenis sarapan. Kopaklah RM48.25.

Aku makan muffin dgn telur dadar dan minum kopi premium. Anak2 aku ada yg makan hash brown, pancake dgn madu dan entah apa lagi. Sedap aje aku tengok mereka makan.

Emak Adam tak berapa seronok nak makan benda2 ni.

"Beli nasi lemak lagi bagus tadi," katanya seperti merungut.

Itulah beza org dulu dan kanak2 hari ni.



22 comments:

  1. haritu kuar... bebudak sibuk nak mekD. makbudak meroyan nak nasik gak! bebudak taknak makan nasik. makbudak taknak mengalah. kehkehkeh!!
    las-las..
    pakbudak tapau mekD makan kt kedai nasik.
    setel!
    semua puas hati.

    ReplyDelete
  2. abg pun berkongsi sentimen dengan emak haikal .. sori adam ya !

    ReplyDelete
  3. Mama Iman n Sophie bila datang angin omputih dia akan melahap Box A dan Box B dengan jayanya..hiksss

    ReplyDelete
  4. Bubuq nasik MekDi jgn lupa tau!

    ReplyDelete
  5. YB.. samalah tekak kita ni dgn mak adam tu... mcm tak syok aje bersarapan mcd...hehehe...dpt nasi lemak bungkus daun pisang lagi sodap...

    ReplyDelete
  6. Kita pun tekak melayu juga, dua lagi anak kita tekak melayu juga cuma anak bongsu je suka makanan omputeh, sampai pergi warung pun dia mintak makanan omputeh, abah nya kenkadang menyinga.

    ReplyDelete
  7. kakngah,

    tepuk 3x utk pakbudak.

    Nasib baik kedai nasik tu boleh bawak makanan luar. Kalau kedai mamak tak kasi mereka tu mcm airasia aje

    hehehe

    ReplyDelete
  8. al-lavendari,

    itu yg saya katakan jurang generasi. Mereka yg lahir di abad ke 20 berbeza citarasanya dgn mereka yg lahir di abad ini.

    Tak perlu sori kat Adam. Dia mmg tak suka makan baik nasik lemak ataupun mekdi huhuhu

    ReplyDelete
  9. Sally,

    Wah itu bukan setakat angin omputih tapi ribut omputih. Dua beranak boleh habiskan Box A dan Box B! hehehe

    Kat rumah ada lagi yg tak habis dimakan pagi tadi.

    ReplyDelete
  10. Sally lagi,

    bubuq nasik mekdi tu makanan ruji Adam. Kalau dia tak nak makan makanan lain atau kami travel itulah makanan dia. Bekas kecik plain RM3.30.

    ReplyDelete
  11. aNIe,

    Saya pun sama mcm Kak aNIe dan emak Adam jugak. Tapi pagi tadi anak2 dah belikan mekdi terima ajelah. Nanti mereka ingat tak bersyukur pulak huhuhu

    ReplyDelete
  12. sharifah rosidah,

    layan ajelah. Kan dia anak bongsu. Dia suka makanan omputih aje ke atau makanan Jepun jugak?

    Anak2 saya makanan Jepun pun mereka suka. Entah apa2 dan harganya pun bukan murah huhuhu

    ReplyDelete
  13. hee btul. lagi sedap beli nasi lemak sambal sotong sambal udang telo goreng bilis lebih...

    ReplyDelete
  14. Pastu kalu beli lak Nasi Lemak tu, Mak Adam akan kata lak, “masak sendiri lagi bagus.”

    heheeh jangan marah eh Mak Adam.

    ReplyDelete
  15. sebab mak adam masak lagi sedap hehe

    ReplyDelete
  16. YB, sarapan MCD?????? hhu.. tak masuk dalam senarai langsung!!!!!

    ReplyDelete
  17. mdfaizal,

    itu mmg citarasa kita tekak Melayu. Ada yg suka sambal kerang.

    ReplyDelete
  18. azieazah,

    biasanya kalau beli nasi lemak di tempat yg emak Adam suka dia tak komplen. Kalau tak, memanglah dia kata sambal kawan tu pedas sangatlah dsb sebab emak Adam buat nasi lemak mmg best. Sambal dia pun tak pedas sgt sebab anak2 dan saya tak kuat makan pedas.

    ReplyDelete
  19. zino,

    sekali sekala nak jugak tukar selera. Tapi sarapan McD mmg bukan citarasa dia huhuhu

    ReplyDelete
  20. nurazzah8,

    bukan saya yg beli tapi anak saya yg belajar di U Azzah tu yg bawa adik2nya pergi beli mekdi tu.

    Kalau ikutkan saya dan emak Adam mmg tak masuk senarai

    ReplyDelete
  21. makan nasi lemak lagi betul2 kenyang yb. mkn mcd pepagi mcm kenyang tak puas je

    ReplyDelete
  22. mMoOnN aAlLeEaA,

    Makan nasi lemak mmglah kenyang terutama yg buat sendiri. Boleh tambah ikut suka.

    Makan mcd ni mcm makan main2. Budak2 aje yg suka benda tu. Kita yg dewasa ni mmg tak puas huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails