Sunday, September 25, 2011

Entri Kat Blog Aku Ni Boleh Dijadikan Memoir Ke?

Malam tadi aku mendapat satu sms dari kawan yg baru aku kenali dalam 2-3 bulan ni. Dia dulu adalah pembaca senyap blog aku. Skrg masih senyap kecualilah satu n3 aku baru2 ini di mana dia ada memberi sedikit komen.

Dalam sms tu dia tulis : "Today 2 org adik sy baca blog abg dr awal sampai terkini. dia ckp blog paling sempoiii"

Aku terharu ada org yg sanggup baca semua n3 aku dari awal hingga yg terkini. Lebih dari 1000 n3 tu yg melangkau jangka masa melebihi 3 tahun. Dah yg membuat aku lebih terharu mereka kata blog aku ni sempoi.

Dulu pernah ada beberapa org termasuk seorg dari Sarawak dan seorg dari Kelantan yg juga membaca blog aku ni sehingga habis. Ini yg aku tahu.

Kebelakangan ini mood aku nak menulis di blog ini mmg merudum kerana sibuk dgn urusan lain dan juga banyak masa aku dihabiskan di fb. Tetapi bila aku mengetahui ada pengikut yg tetap membaca blog aku ni (masih ramai yg membacanya setiap hari w/p aku tak update) aku rasa bersalah utk meninggalkan blog ini bersawang lama2. Aku akan berusaha mengemaskinikan blog ini dari masa ke semasa jika ada n3 yg aku rasa berbaloi utk dikongsi.

Oh ya. Korang rasa kalau aku bukukan blog aku ni ok tak? Sudah tentu aku kena sunting dan tapis n3 yg merapu. Cuma yg aku risau selepas aku tapis takde lagi yg tinggal sebab kebanyakan n3 aku adalah merapu.

20 comments:

  1. Ehem..saya la tu dr Klantan tuh..

    ReplyDelete
  2. Sally,

    eh awak pun pernah baca sampai habis ke entri2 di blog saya? Saya tak tahu pun. Yg dari Kelantan yg saya maksudkan tu org lain ngeee

    ReplyDelete
  3. Sally lagi,

    cayalah Jaja!

    Org lain baca aje tapi tak komen hari ni.

    Ada yg komen guna sms tadi hehehe

    ps - Ahad depan amacam? On tau.

    ReplyDelete
  4. nak bukukan??
    ok jugak... mmg dah ada blogger bukukan tulisan di blog mereka.

    http://ceritakosong.blogspot.com/2011/02/temui-mak-su-di-blook.html

    kakngah dah ada senaskah.
    happening!

    kalau YB nak bukukan blog YB, jangan lupa senaskah utk kakngah yer... nk yg ada otograf.. kehkehkeh!!!

    ReplyDelete
  5. merapu-merapu pun orang lain baca jugak...!

    ReplyDelete
  6. sya pun suka semak en3 yg lepas lepas
    kadang kita ni tak ada masa jugak nak melepak dkt blog sendiri kan?

    ReplyDelete
  7. Saya tgh baca tapi tak habis lagi..bagilah kredit sket :P

    ReplyDelete
  8. kalo bukukan, dan kalo free saya mau sekopi... kalo kena bayo, tamau... hihi..

    ReplyDelete
  9. kakngah,

    Memang ada blogger yg dah bukukan blog mereka mcm maksu tu. Dia kerja dgn penerbit buku. Jadi senang sikit kot nak buat mcm tu.

    Saya ni siapalah yg nak buatkan huhuhu

    Kalau jadi, no problem bagi kakngah senaskah. Siap otograf lagi. Barulah terasa glamer hehehe

    ReplyDelete
  10. kaklong,

    itu yg saya semakin kurang update sebab terasa bersalah pula 'menarik' org membaca apa yg saya merapu ni. Nak tulis yg serius, saya tak pandai

    Kaklong ajarlah saya ngeeee

    ReplyDelete
  11. kasihibu,

    rajin juga awak baca n3 yg lepas2.

    Saya ni sekali sekala aje buat mcm tu. Itupun tajuk yg berkaitan dgn apa yg sedang terjadi skrg atau yg saya nak tulis.

    ps - kadang saya pun tak perasan saya pernah tulis mcm tu hahaha

    ReplyDelete
  12. Tie-Ibu wawanisolehah,

    eh ya ke? Terima kasihlah Tie. Kalau ada komen boleh tulis kat n3 terkini. Takut kalau letak kat n3 lama, saya tak perasan dan tak terbaca.

    Lepas habis baca nanti, Tie akan kenal kami sekeluarga mcm saudara Tie.

    ReplyDelete
  13. Anaa,

    Awak dah ada niat nak senaskah dan nak baca tu pun saya dah berbesar hati.

    Kalau ada penaja bolehlah kasi free hehehe

    ReplyDelete
  14. Saya pun dulu pembaca senyap yb, cuma sekarang je jarang2 baca sebab sibuk ikut cik abang kehulu kehilir. Tapi kenkadang curi2 baca tapi tak sempat komen sebab baca 4-5 blog sekali harung, hehehe.

    ReplyDelete
  15. sharifah rosidah,

    saya sedar ramai juga pembaca senyap blog saya ni kerana komen yg saya terima adalah sebahagian kecil saja dari jumlah pelawat. Baca tak sempat komen pun takpe. Tapi kalau dpt berinteraksi lagi bagus.

    Sibuk awak tu ada faedahnya. Semoga bisnes cik abang bertambah maju.

    Rajin sungguh awak baca 4-5 blog sekali harung.

    ReplyDelete
  16. YB boleh edit sendiri pastu leh novelkan...

    saya pasti sambutannya pasti sehangat Hot FM tau huhuhhhhh

    ReplyDelete
  17. sahrom,

    Takde masa dan minat nak edit sendiri tu huhuhu

    Iyake sampai sehangat Hot FM? Jangan mcm Klasik FM sudahlah. Org tua2 aje yg minat hahaha

    ReplyDelete
  18. baru jer me bukukan blog me yg lama tuuu.. ekeke

    dan terimakaseh yo kang susah susah waie telepon haku tadik.. ekeke..

    ReplyDelete
  19. en_me,

    Awak ramai pengikut dan n3 awak berkualiti. Tak mcm n3 saya yg banyak merapu. Tahniahlah kerana berjaya membukukan blog yg lama tu.

    Small matter aje tu. Selamat menunaikan ibadah haji dan semoga mendapat haji yg mabrur.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails