Wednesday, August 10, 2011

Kad Raya Yang Penuh Makna (kisah sepenuhnya)

Biar aku tulis kisah ini cepat2 sebab aku sedang menunggu seorg pembekal nak menghantar barang ke tapak projek. Takut nanti tak sempat lagi citer mcm malam tadi.

Dah datang pun supplier tu. Tak sempat aku nak tulis pagi tadi. Skrg dah pukul 3 ptg. Biar aku cuba tulis citer tu sambil aku buat kerja lain.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Semalam semasa aku baru keluar dari tapak projek anak aku Haikal tepon.

"Ayah nak pergi pasar Ramadan kan?" tanyanya walaupun baru sebentar sebelum tu aku tepon emak Adam bertanya kalau dia nak pesan apa2 dari param.

"Ha'ah. Ada nak kirim apa2 ke?' balas aku.

"Nak kirim air soya panas," jawab Haikal.

Budak ni dari dalam perut lagi asyik minum soya. Patutlah kulit dia cerah jika dibandingkan dgn adik beradik yg lain. Skrg ni dia minum dah takde kesan rasanya.

"Oh ya emak kata ada kad raya utk ayah. Dari King Koil," sambung Haikal.

"Nanti balik ayah tengok," kata aku acuh tak acuh lalu memutuskan panggilan tersebut.

Sampai di rumah petang semalam dan usai solat Asar berjemaah dgn anak2 dan isteri aku (aku tak ke surau sebab hujan ngeee) kami pun mengaji al-Quran. Lepas mengaji tu baru Haikal menghulur kpd aku kad hari raya dari King Koil. Aku baca di sampul dan tertulis: YB Dato Yunus Badawi serta alamat rumah aku. Pandai nak bodek panggil aku Dato.

Bila aku buka, ada sekeping kad berwarna hitam. Kad yg ada tingkap. Bila aku buka tingkap tu ada sekeping kertas. Oopss dua keping sebenarnya. Aku pun buka kertas yg berlipat tu. Aku terkejut tapi tak lah sampai tahap beruk atau badak.

Nak tahu apa sebenarnya kertas tu?


^
*
^
*
^
*

Rupa2nya kertas itu adalah inbois dari King Koil.

Pada invois itu ditulis perincian barang2 gantian yg dihantar ke Gemas baru2 ini. Ironinya pada bahagian harga ditulis FOC. Mentang2lah aku masih berhutang dgn mereka utk tilam dan ranjang Projek Gemas.

Nasib baik pagi semalam aku telah membayar sebahagian besar hutang sykt aku kpd mereka. Banyak juga jumlahnya sehingga mencapai enam angka.

Aku harap tiada lagi kad dari pembekal2 lain yg seperti ini. Boleh luruh jantung aku kalau ramai yg hantar kad seperti ini.

Silap2 haribulan hari raya tahun ini tiada lontong, rendang, laksa dan kuih muih di rumah aku kalau semua pembekal ini menuntut bayaran mereka.

Kalau korang datang, aku hidangkan apam polkadot ajelah hehehe

12 comments:

  1. nasib lepas mengaji........


    kalau sebelum, mau baca pun x betul

    ReplyDelete
  2. sebbaik dah lunaskan hutang.. kalau tak, makan dalam jugak dpt kad raya gitu ruper.

    apam pokadot pun.. apam la.. janji datang raya.. hihihi!!

    ReplyDelete
  3. zonaku,

    Ngaji petang sikit aje - dalam 3 - 4 muka utk habiskan juz hari tersebut.

    Ish takkan sampai mcm tu sekali huhuhu

    ReplyDelete
  4. kakngah,

    Belum lunas sepenuhnya sebenarnya tapi sebahagian besar hutang tu dah dibayar pagi semalam selepas cek dari main contractor clear ngeee

    Datang jangan tak datang. Tahun lepas Reen dah datang. Tahun ni bolehlah buat rombongan cik kiah dgn Reen dan kaklong hehehe

    ReplyDelete
  5. hihi.. pembekal yang makin kreatip menuntut utang...

    apam polka dot yang tak tahan tu..ni sure jumpa banyak apam ni kat param.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. ...agak2 tahun ni smpi tak ke box sy kad raya dari KL...lalalaaa..

    ReplyDelete
  7. ibu_suri dapat juga kadraya. Dari Kedai Emas Wah Chan. Bagai nak luruh juga jantung IM bila nak bukakan untuk ibu_suri. Dalamnya ada kertas.... offer barang emas.

    IM sorok kertas iklan tu..

    ReplyDelete
  8. Aisehhh...

    Baru je nak mintak duit raya, dah cerita pasal bayar hutang...

    Nampak gayanya takde lagi la duit raya tahun ni... huhuhu..

    ReplyDelete
  9. king koil itu pun mau raya juga maaa..

    skang ramai klien ramai sakit kepala proses claim sebelum raya.

    ReplyDelete
  10. yb kalau ke Telok Panglima Garang sila sila lah kerumah saya, tapi kami akan berada dirumah pada hari raya ke 5 sebab hari raya 1-4 beraya diJB disini kedua mertua sudah tiada tapi diJB Saya masih ada emak.

    ReplyDelete
  11. semalam terima kad raya dari tesco.penuh sesak dlm pos box.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails