Aku tolong kacau bumbu rendang ayam utk majlis tahlil mlm nanti
Sehari selepas jasad abah (FIL aku) disemadikan, anak cucu masih lagi di rumah kampung peninggalan abah. Tambahan hari ini Sabtu - kebanyakan tak bekerja atau bersekolah. Cuma Kak Ngah sekeluarga yg sudah balik selepas tahlil mlm tadi kerana ada urusan. Dia berniaga kedai makan.
Aku juga ada beberapa perkara berkaitan kerja yg perlu aku tangani hari ini tapi dgn hanya beberapa panggilan tepon kerja boleh diteruskan oleh mereka yg berkaitan. Isnin nanti baru aku turun padang semula. Utk 2-3 hari ni biarlah kami di kampung bersama ipar duai memberikan semangat kpd MIL aku.
Malam ni selepas terawih kami akan adakan majlis tahlil lagi. Hanya doa yg dapat kami titipkan kpd abah utk bekal abah di sana.
Seperti biasa sejak pagi lagi jiran2 mertua aku dah datang membantu menyediakan apa yg patut utk hidangan mereka yg dtg bertahlil mlm ni. Memandangkan ini bulan puasa dan org dah kenyang masa berbuka, kami menyediakan nasi himpit segera, rendang ayam dan sambal kacang utk menu malam ni. Bolehlah mereka bawa balik buat sahur.
Esok pagi aku sekeluarga akan balik ke KL. Aku kena menghantar Afifah balik ke London oops maksud aku Londang. Mungkin aku pergi seorang kerana emak Adam sudah tentu banyak urusan rumah yg hendak dilakukan setelah 3 hari 3 malam ditinggalkan. Anak2 akupun bukan nak ikut kalau setakat London, Melaka ni. Aku harap aku sempat balik berbuka di rumah ptg esok.
Kalau ada kengkawan di Melaka nak ajak berbuka esok, terima kasih ajelah. Raya kalau sempat aku singgah w/p raya tahun ini kami masih di dlm kesedihan.
Sent via BlackBerry from Maxis
salam takziah.
ReplyDeletewalau sekadar tahlil, sekawah juga ya....... bagusla berkumpul ramai2
Ya..hidup perlu d teruskan, moga MIL dan seluruh keluarga nenek Adam tabah n redha dgn pemergian arwah...
ReplyDeleteTerkejut aihhhh ingatnye nak mai Lundang, KB..
kat kampung masih di amalkan gotong royong bila ada kenduri kendara atau apa2 majlis sekali pun..seronok hingga penat tak terasa..menu tahlil dah mcm menu raya.
ReplyDeleteTentu nenek Adam rs kesunyian bila semua anak cucu kembali ke tempat masing2..moga beliau semakin tabah dan kuat..
ReplyDeletealfatihah untuk arwah dan takziah untuk yb sekeluarga. pastinya raya tahun ini tak sama.
ReplyDeleteMengacau rendang ayam sambil berzikir :).
ReplyDeleteSalam takziah.
ReplyDeleteSemoga dengan kehadiran anak menantu dan cucu, semangat MIL itu dapat dibantu dan tabah menghadapi hari mendatang.
Ramadhan: Ucapan dan Kad Raya...
Salam takziah YB
ReplyDeletesalam takziah.
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah bapa mertua YB ye..
semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 beriman...amin
Kepada semua,
ReplyDeleteTerima kasih di atas ucapan takziah dan doa kalian. Kalau sempat, saya akan balas komen kalian satu persatu.
yb, salam takziah ye walauun dah terlambat.
ReplyDelete