Orang kata kita makan ni utk hidup. Yalah, kalau tak makan tak minum, kita akan mati. Tapi bagi kita yg hidup di Malaysia ni, makan merupakan satu aktiviti harian yg lebih dari sekadar utk hidup.
Sepanjang bulan Syaaban, Ramadan dan Syawal kegiatan makan bertambah dgn mendadak. Mari aku perincikan:
Syaaban
Bulan yg juga dikenali sbg bulan Ruah (mungkin dari perkataan arwah) di kalangan org2 Jawa adalah bulan di mana majlis kenduri tahlil dan menyambut puasa diadakan secara tradisinya oleh bangsa tersebut di Malaysia. Kaum2 Melayu lain pun ada buat majlis seperti ini. Biasanya majlis diadakan selepas solat Maghrib atau Isyak. Tetapi jika dah banyak sangat org yg buat masa itu, tak hairan jika ada majlis dilakukan pada sebelah tengahari atau lepas Asar. Di sesetengah tempat lepas Subuh pada hujung minggu pun ada yg buat.
Baca tahlil sekitar 15 minit. Kalau baca Yasin juga, masa yg diambil adalah dalam 30 minit. Makan paling koman setengah jam. Kalau ada pula kuih2, bubur dan teh tarik mahu jemputan duduk sampai dekat sejam. Sambil makan sambil borak2.
Ramadan
Bulan puasa sepatutnya kita kurang makan. Tapi semua org tahu bulan Ramadanlah ada org yg makan semasa berbuka macam dah tak jumpa makanan seminggu.
Pasar Ramadan terdapat di merata tempat di negara kita. Siapa tak nak buka di rumah, boleh ke masjid atau surau. Tapi yg dah menjadi trend di Malaysia ramai yg buka di hotel2 atau restoran2 mahal. Kebanyakannya makan free sebab dibelanja oleh klien atau tajaan bos di opis.
Semasa aku kerja dgn sykt kulit kerang dulu, bila Ramadan mmg setiap petang hari bekerja aku akan berbuka di hotel atau restoran. Kami entertain pihak berkuasa. Merata aku pergi berbuka - dari JB sampai ke Alor Setar. Pada hari aku tak belanja pihak berkuasa, kontraktor dan pembekal kami pula sibuk nak belanja. Kalau diikutkan, 30 hari mmg tak cukup. Kesian emak Adam yg terpaksa berbuka dgn anak2 di rumah tanpa aku. Bila Ahad aku pastikan aku berbuka di rumah. Sabtu biasanya aku berbuka di surau bersama jiran2.
Syawal
Bulan raya mmg lah makanan melambat2. Pergi rumah mana pun ada makanan. Setahu aku cuma di Malaysia org menyambut Aidil Fitri sampai sebulan. Rumah dan pejabat terbuka hampir setiap hari. Kadang2 Syawal dah habis, majlis rumah terbuka masih ada lagi.
Itulah kisah makan di Malaysia yg seolah2 hidup utk makan. Jangan sampai kita mati pasal makan sudahlah. Nanti malu bila ditanya oleh malaikat huhuhu

lapar ni, baru balik dri sekolah..tunggu hubby sudah solat nak kuar makan..makan jgn tak makan!
ReplyDeleteMakan biar berpada2 kan YB?
ReplyDeleteKawal, kawal, kawal, kawal.
ReplyDeletelapaaaaarrr...
Hehehe saya bergurau.
kat blog pun byk cerita pasal makan....!
ReplyDeletesiap la...
ReplyDelete30 hari ramadhan, 30 n3 juadah berbuka... hihihi!!
saya la.. orang lain tak tau
:P
tulah yb.bulan ramadhanlah semuanya nak dimakan. mcm lea 2 org , mesti ada dua jenis air.makanannya lagi.belum lagi yg jiran2 bagi lagi.
ReplyDeleteaku bukan peminat bazar ramadhan....
ReplyDeleteBila sebut kenduri lepas Subuh, saya teringat. Kami di kampung dulu, masa arwah AYAH ada, kami selalu buat kenduri lepas Subuh. Macam pelik, tapi sebab dah selalu buat, tak rasa pelik pun.
ReplyDeleteMelepak Tanpa Kepak...!
Semoga masih ada kesempatan utk kita bertemu dgn ramadhan.
ReplyDeleteSaya suka makan nasi... hehehe...
ReplyDeletepatutlah badan abang tak surut-surut !
ReplyDeleteMakan, jangan tak makan tapi beringat-ingatlah jangan sampai berlebih2an.
ReplyDeleteMenghitung hari..Moga kita sempat sampai ke bulan Ramadhan.
selamat menyambut ramadhan yb sekeluarga...
ReplyDeletebln ramadhan ialah bulan wa terpaksa makan dan bercakap2 dlm jangka masa yang panjang..lenguh rahang...
ReplyDeletehani@debumelukut,
ReplyDeletemakan kat mana malam tadi? Semalam kenyang tapi pagi ni mesti dah lapar semula. Itulah sebab kita kena makan, makan dan makan
hehehe
AiTotYati,
ReplyDeleteSepatutnya mcm tulah tapi bila rasa sedap susah pula nak berhenti huhuhu
skrg ni minggu org buat macam-macam program..sampai semput nak lunaskan tugasan...makanan pun nampak dah tak sedap dek keletihan !!
ReplyDeletekonon nak selesaikan sebelum puasa tp bulan puasa pun nanti ada banyak program yg menanti...huhuhu
jangan lupa baca bismillah.....
ReplyDeleteSelagi boleh makan kita makanlah YB nanti kalau dah sakit letak badak sumbu sekor pun kita tak lalu. Jadi selagi boleh makan, kita bedal je. Tapi dalam pada makan tu kita kena beringatlah juga jangan sampai makan sampai kita dapat sakit pulak.
ReplyDelete