Friday, June 3, 2011

Wanita Dan Beg Tangan Tak Boleh Dipisahkan

Bagi kebanyakan wanita mereka boleh jadi histeria bila melihat beg tangan.

Baru2 ini di Jusco ada sale. Emak Adam dan anak dara aku ke bahagian beg tangan. Aku pula selaku ayah mithali menjaga Adam. Mula2 main kat tempat permainan yg free. Puas dia bermain kat situ kami pergi tempat yg bayar. Lebih sejam aku tunggu Adam bermain emak dia masih belum datang berjumpa kami. kopak aku RM8 huhuhu Rupanya dia dok leka memilih beg tangan. Pilih punya pilih sampai rambang mata. Akhirnya tak beli!

Aku pernah dihantar bersama salah seorg staf teknikal aku (perempuan dan belum kahwin ngeee) utk conduct latihan keselamatan di Shell Indonesia. Para peserta terdiri dari kakitangan sykt kami di sana dan juga seorg peserta dari Brunei Shell.

Pada hari terakhir kursus, Pengurus Kejuruteraan dan beberapa org jurutera beliau telah membawa kami ke Bogor utk makan malam sebagai tanda terima kasih. Sebelum ke restoran, kami dibawa ke factory outlet. Sampai di situ staf aku hampir tersembul biji mata dia apabila melihat tas tangan yg begitu banyak di situ. Kalau tak kerana kami sibuk ajak dia pergi makan, aku rasa mahu dia tunggu kat gedung tu sampai tutup kedai utk memilih beg2 tangan. Dia sempat juga sambar 3 buah beg tangan sebelum kami meninggalkan kedai tersebut.

Bila aku dan famili ke Jakarta 4 bulan kemudian, dua pupu aku dan suaminya (ini saudara aku yg tinggal di sana kerana mereka org Indonesia) membawa kami shopping ke Bogor.
Highlight of the trip: Beli beg tangan!

Ini beg tangan anak2 dara aku yg diletakkan di belakang pintu bilik mereka. Aku cilok mengambil gambar ini sementara mereka takde di rumah hari ni.

Aku percaya fenomena ini bukan saja terhad kpd keluarga aku dan staf wanita aku tapi kepada kebanyakan wanita. Apa kata anda?

53 comments:

  1. bini saya ada 2 biji henbeg je pakcik~~satu henbeg time nikah,satu lagi beli kat jusco jugak~~he~~

    ReplyDelete
  2. bujal X,

    Dia kerja tak? Org yg tak kerja tak perlu beg banyak2 hehehe

    Apapun pakcik(?) cadangkan awak belikanlah dia henbeg bila harijadi dia.

    ReplyDelete
  3. aku tak bang. aku jenis pakai 1-1 sampai hancur baru beli lain. tapi aku giler bagpack. apasah ntah. hahaha

    ReplyDelete
  4. bini saya keje~~cuma dia tak gila sangat kat henbeg~~

    *jangan terasa ha pakcik~~asala tua sikit je dari saya memang saya panggil, pakcik punya~~daddy ziyyad pun sama~~haha~~

    ReplyDelete
  5. lalala~

    *saya baru plan nak shopping kasut dan beg tgn ni~

    ReplyDelete
  6. Wahhhhhhh banyak tuuuu .... sib baik jijah tak terbabit sama .. heheh ada laa satu dua je .. tapi tak pakai pun .. sbb kebanyakan masa memang pakai back pack jer .. hmmm semua leh sumbat .... takde la rebeh bahu sebelah pikul hand bag ;)

    ReplyDelete
  7. saya takde handbag.. sy melenggang kangkung letak segala kunci dan wallet dalam pencil case.. haha..

    ReplyDelete
  8. sikit ler tu............


    hahahhaa.... kadang bukan perlu beli pun.. sekadar belek2 jer dah cukup

    ReplyDelete
  9. beli handbag yg murah jer...
    paling mahal beli rm300 kot,(beli dengan harga tu 15thn lepas) ..tu pun tak pakai dah...suami bising..beli mahal2 pakai sekejap jer...
    last2 skrg beli yg murah jer2

    ReplyDelete
  10. Alah mmbeli mng memakai..Braun Buffel

    ReplyDelete
  11. Paman,

    memang kebanyakan wanita memang gitu.. tapi takleh laa kata 100% kan..

    Ina ni sama leer dgn kak Tijah tu.. pakai 1-1.. dah dekat nak hancur baru terhegeh2 nak beli lain.. itupun kalau Hefni tak ingatkan, takde de nak belinya.. bukan apa, kalau byk2.. tak pakai is one thing.. kalau pakai pun, maknanya kena tukar2.. leceh laa nak tukar2.. takut nanti kunci tertinggal laa.. purse tertinggal laa.. so better stick to one..

    p/s: dah laa kalau boleh si Hefni tu semua bende dia minta saya bawak.. pen laa.. payung laa.. ubat laa..

    ReplyDelete
  12. saya beli beg tangan murah-murah je, pakaila sampai koyak rabak, baru beli baru... :D

    ReplyDelete
  13. YB..memang pun akak pun sama..kalau pi shopping complex..tempat pertama dituju..bahagian begtangan

    ReplyDelete
  14. handbag tu aksesori wajib..
    lelaki lain la,ade poket suar utk letak barang2...huhuh

    ReplyDelete
  15. kakngah pakai beg kain yg adeeb dapat masa dia masuk kem bistari solat 2009 kehkehkeh!!

    ReplyDelete
  16. Tijah,

    Cepatlah ko kaya mcm tu hehehe.

    Aku tahu apasal ko suka backpack. Senang ko nak campakkan barang2 ko termasuk lappy kecik ko tu. Kalau guna henbeg belum tentu muat benda tu

    ngeeee

    ReplyDelete
  17. Bujal X,

    itu sudah bagus. Isteri awak guna beg yg sama setiap hari mcm org kerja askar atau polis ngeee

    Saya tak kisah org panggil pakcik. Yang panggil atuk pun ada hehehe

    ReplyDelete
  18. gadisBunga,

    awak nak pergi shopping esok ke? Datanglah ke Jusco AU2. Ada rumah kaca. Tapi yg penting dekat dgn rumah saya. Senang kalau nak jumpa awak kat situ ahaks

    ReplyDelete
  19. Jijahh @ f.k,

    Anak dara saya yg dua orang tu belum kerja lagi tu. Dah lebih sedozen beg tangan mereka.

    Kalau Jijahh cuma ada 1-2 tu kira wajarlah. Pakai backpack mmg lebih selesa w/p nampak brutal sikit bagi wanita hehehe

    ReplyDelete
  20. -GC-,

    Awak tu memang. Dahlah make up pun tak pakai hehehe.

    Nanti bila ada anak botol susu nak letak mana?

    ReplyDelete
  21. zonaku,

    perli nampak. Nanti mereka beli lagi banyak tak muat pulak belakang pintu tu.

    Org perempuan mmg suka belek2. Bukan setakat henbeg, nak beli pakaian pun macam tu. Sabar aje le

    ReplyDelete
  22. kaklong,

    RM300 tu kira mahallah tu kalau standard kami. Mesti cantik. Kenapa tak pakai selalu?

    Emak dan kakak adam beli yg lebih murah dari itu. Kadang tak sampai seratus hinggit pun.

    Para suami mmg konfius bila lihat isteri tak gunakan barang yg telah dibeli mahal2 huhuhu

    ReplyDelete
  23. Sally,

    Tak habis2 dgn Braun Buffel awak tu hehehe

    Hari tu dah beli ke belum? Saya suruh beli kat Rantau Panjang awak tak nak. Nak yg ori aje ngeee

    ReplyDelete
  24. Ina,

    Sifat wanita tu ada dalam diri Ina tapi Ina cuba jadi seorg yg praktikal. Syabas. Ramai org skrg yg mcm tu. Org pompuan guna backpack instead of handbag kerana ia lebih selesa w/p kurang bergaya hehehe.

    Beritahu Hefni henbeg Ina bukan mcm poket Doraemon. Kalau dia nak mcm2 suruh dia aje yg bawa sendiri. Baru dia pakai seluar yg banyak poket mcm seluar mekanik tu hahaha

    ReplyDelete
  25. saya pun jenis pakai satu sampai buang tapi poe soping komplek tetap ke bahagian henbeg jugak.. belek je beli lom tentu

    tak suka tukar ikut tema baju... beli warna yg selamat je... putih, hitam atau coklat

    ReplyDelete
  26. hehehehehe...
    saya jenis suka beli banyak-banyak.maksud saya beli beg baju semua banyak-banyak then tak pakai...


    sekadar nak puas hati nak memiliki je...T_T

    sekarang belajar kawal diri dah.sob3~

    ReplyDelete
  27. syah,

    beg yg murah ni kadang tu cepat koyak terutama bila bawa barang tak hingat dunia. Semua mahu kasi masuk situ terutama bila pergi rumah pengantin. Door gift, bunga telur semua masuk. Itu belum lagi botol susu anak.

    Tapi kalau murah, boleh beli lagi kannn

    ReplyDelete
  28. Setuju sangat dengan statement tu..Orang perempuan ni macam2 nk sumbat dalam beg tangan..Pulak tu kalau berjalan mesti nk tukar2 fesyen..Jadi memang tak dapat dipisahkan..koleksi kene banyak..he he

    ReplyDelete
  29. YB...setuju sgt dengan kenyataan... wanita dengan beg tangan tak boleh dipisahkan... kalau kak anie ni pegi shopping... ada duit ke idak... mesti ke bahagian beg tangan... memula window shopping next time dtg mesti sambar punya...hahahaha

    ReplyDelete
  30. Acik Erna,

    Bolehlah geng akak dgn emak Adam.

    ReplyDelete
  31. Cik SHiNJU,

    Org perempuan mcm2 aksesorinya. Kalau ada yg wajib (mcm beg tangan tu) mesti ada yg sunat hehehe.

    Lagipun org perempuan bawa mcm2 bila keluar rumah. Org lelaki poket seluar pun tak penuh

    ReplyDelete
  32. kakngah,

    Pandai betul kakngah berjimat. Untunglah abem.

    Sebelum 2009 kakngah pakai beg apa? hehehe

    ReplyDelete
  33. ibuintan,

    Oh sama mcm emak Adam. Kalau boleh mesti nak tengok semasa pergi shopping kompleks. Beli ke tidak itu perkara kedua. Biasanya tak beli pun.

    Wanita baya ibuintan dan emak Adam suka pilih warna yg selamat. Sesuai dgn baju warna apa pun.

    ReplyDelete
  34. nora,

    takpelah. Janji puas hati. Bukan minta duit org pun. Org yg hisap rokok tu lagi banyak habis duit utk benda tak berfaedah. Sekurang2nya beg ini ada juga kegunaannya. (ayat bagus punya utk menghasut hehehe)


    Tapi kalau dapat kontrol diri lagilah baik.

    ReplyDelete
  35. Nur_cahayamatuku,

    terima kasih bersetuju. Sekurang2nya awak ikhlas mengaku. Perkara yg betul apa salahnya mengaku.

    Memang saya perhatikan ada wanita yg warna pakaian mesti nak disesuaikan dgn warna beg tangan. Jadi kalau kerja 20 hari seminggu kena ada 20 pasang pakaian dan 20 buah beg tangan hehehe

    ReplyDelete
  36. aNIe,

    Tabiklah kak aNIe ni. Siap pergi riki dulu. Kalau nak murah belilah masa sale. Emak Adam pergi riki masa ada sale. Dah puas riki masih juga tak beli w/p pergi semula ke shopping complex tu huhuhu

    Buatlah apa saja asalkan bahagia wahai kaum wanita!

    ReplyDelete
  37. aku pun tak.
    selagi tak hancur.
    tak tukar.




    .

    ReplyDelete
  38. Kak Long kalau dah suka kat satu-satu beg tangan tu. memang saya pakai sampai rasa dah malu nak pakai lagi. Tapi kalau bab membeli ni, saya tetap membeli, konon-konon nak sama baju itu, nak sama baju ini. Lepas tu simpan dalam almari sampai naik cendawan. Yang satu tu jugalah saya bawa ke hulu ke hilir.

    ReplyDelete
  39. saye suke henbeg. tapi pakai sampai ranap baru beli baru. sebab susah nak jumpa yang berkenan di hati.

    terbaru-->JU-ON BERTUNANGGG??????? -->BUSUKNYA HATI KAU!!!

    ReplyDelete
  40. tasek,

    Kalau semua org mcm ko, tutuplah kilang beg tangan hehehe

    ReplyDelete
  41. Kak Long Mawar Merah,

    Ramai org perempuan yg macam tu. Beli beg tangan banyak tapi yg dipakai biasa satu tu ajelah. Yg lain tu entah bila nak pakai. Kalau pakaipun cuma sekali dua aje

    Emak Adam pun ada ciri2 tu. Itu sebab saya tahu hehehe

    ReplyDelete
  42. Peah Becok,

    Eh baguslah mcm tu. Tak rugi beli kalau pakai sampai ranap. Sebab ada org beli jarang dipakai. Last2 bercendawan sebab disimpan begitu aje

    huhuhu

    ReplyDelete
  43. takde ke hnd bag yang siap dengan pepperspray, siren,rasanya zaman ni perlu...

    ReplyDelete
  44. belum tgok beg tangan saya lagi...hehehee
    hubby saya cakap, kalau saya tak beli beg2 tu dah boleh beli tanah dah..

    ReplyDelete
  45. AZANI,

    Rasanya takde lagi tapi memandangkan banyak beg tangan yg besar2, takde masalah nak masukkan pepperspray atau siren ke dalamnya

    ngeee

    ReplyDelete
  46. hani@debumelukut,

    Kalau mcm tu saya nak tengoklah. Cubalah tunjukkan kat blog hani. Mungkin gambar2nya aje tak cukup 20 keping dgn setiap keping gambar ada 10 beg

    hehehe

    ReplyDelete
  47. aku kt blkg pintu pon ade penyangkut cemni. tp bukan gantung henbeg. tp penuh dgn seluar2 recycle...hehehe

    ReplyDelete
  48. chekgu BaniHassim,

    Bilik bujang mcm tu lah. Mana dapat tempat utk sangkut seluar, korang sangkut.

    Jangan pakai berhari2 tak basuh sudahlah ngeeee

    ReplyDelete
  49. saya tak ada beg tangan!

    sebab itu saya kena pakai jeans ..
    sebab ada empat poket!

    ReplyDelete
  50. DrSinga,

    Masa awak kerja boleh pakai jean ke?

    ReplyDelete
  51. bolehhhhhhhh.....
    heh heh hehhhhhh...

    ReplyDelete
  52. DrSinga,

    Tak perasan pulak masa jumpa awak kat klinik hari tu samada awak pakai jean atau tidak

    ngeee

    ReplyDelete
  53. Saya penah kerja dengan retail company. Masa keje dulu pagi masuk keje dh meronda kat warehouse tgk new arrival yg bebudak warehse nak distribute ke butik. Beg free pun byk company bag setiap kali annual dinner atau masa event tertentu. Now dh jadi full time hsewife minat pd beg masih ada cuma jumlahnya terkawal.

    Beg yang terpakai kalau dijaga dengan baik dan bersih masih boleh dijual. Saya berjaya menjual hampir keseluruhan beg terpakai dan gift items saya secara online.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails