Hari ni Hari Bapa. Bagi diriku tiada sambutan yg istimewa. Bapa aku telah lama pergi. Lelaki yg telah bersusah payah membesarkan aku dan adik aku hanya sempat menumpang kesenangan kami buat seketika. Mungkin dia tak sehebat sesetengah bapa lain yg mempunyai pelajaran yg melangit atau jawatan tinggi. Jauh sekali utk mendapat anugerah Bapa Mithali. Tapi bagi aku dialah bapa sejati. Walaupun hidupnya tidak kaya, tetapi dia telah berjaya memberi pelajaran kepada kami berdua sehingga kami ke menara gading. Aku masih ingat mcmana dia begitu berat hendak melepaskan kami dua beradik keluar negeri utk menyambung pelajaran kerana kami tiada adik beradik lain. Emak aku beritahu yg bapa aku mcm ayam berak kapur beberapa bulan setelah kami keluar negeri. Macam Anjang Aki yg menunggu anaknya di jeti di dalam drama di tv masa itu. Bapa aku juga yg tak benarkan kami belajar di sekolah berasrama selepas kami tamat sekolah rendah.
Kini semuanya tinggal kenangan. Hanya doa dan Al-Fatihah yg dapat anakmu ini kirimkan setiap lepas solat.
Sempena Hari Bapa hari ni Afifah dan Atikah telah menghantar MMS ucapan Hari Bapa kpd aku. So sweet. Anak2 perempuan lebih peka perkara2 seperti ini. Anak2 lelaki aku buat dek aje. Mungkin mereka lupa atau tak ambil berat. Orang2 lelaki mmg macam tu. Aku faham sebab aku juga laki2.
Ada anak2 terutama yg dah bekerja yg membawa bapa2 mereka utk makan di luar hari ni. Anak aku belum bekerja. Tak bawa aku makan diluar takpe. Aku tak kisah. Hari ni aku belikan nasi ayam utk santapan tengahari kami sekeluarga. Emak dan bapa mertua aku suka nasi ayam di tempat kami ni. Sebelum mereka balik ke kampung sekejap lagi eloklah rasanya mereka merasa nasi ayam itu.
Macamana sambutan Hari Bapa kalian?
Bagi aku setiap hari adalah hari bapa dan aku mesti memikul tanggungjawab sebagai seorg bapa dgn sebaik mungkin.

selamat hari bapa
ReplyDeleteapa pun bapa kita memang yg terhebat kan?
ReplyDeletemana boleh di tukar ganti bapa kan?
Eja no 1,
ReplyDeleteTerima kasih. Slmt hari bapa kpd enpakwe awak juga.
Eja no 2,
ReplyDeleteBapa kita telah membuat yg terbaik utk kita. Keadaan dulu dan skrg berbeza.
I love my dad.
abang pun tak tahu hari ini hari bapa sebab dah lebih 30 dah menjadi bapa tak pernah letak jawatan. hehe
ReplyDeleteWajarlah dihargai walaupun dgn cara yang sangat simple.
ReplyDeleteSelamat Hari Bapa YB.
“Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...
salam YB,
ReplyDeleteselamat hari bapa.
dan Ai juga sms pada enJekjek selamat hari bapa.
(^_^)
sunyai je....
ReplyDeleteKami sekeluarga tak pernah celebrate lah YB..
ReplyDelete*walaupun arwah ayah banyak tinggalkan kenangan yg pahit untuk saya kenang, saya berbangga menjadi anaknya sekarang. Mungkin itu cara arwah membesarkan anak-anak.
Nasi ayam pun dah best tu..
ReplyDeleteTak teringat pun semalam. Saya masak macam biasa. Sibuk mengemas lagi.
hehe..
kaklong tak sambut..sebab tak punya ayah lagi,dah 17thn dia pergi....
ReplyDeletesambut mcm biasa shj degan papa budak2 ni...masak yg sedap2...heheheh!!!
hilang di mata di hati jangan :P
ReplyDeleteselamat hari bapa.
al-lavendari,
ReplyDeleteBoleh ke letak jawatan bang? Saya tak nak letak jawatan cuma nak pencen. Boleh dapat duit tanpa kerja kalau pencen hehehe
azieazah,
ReplyDeleteYang penting ialah ingatan dan rasa hormat terhadap bapa. Sambutan ni lebih kpd cara org barat.
AiTotYati,
ReplyDeleteWsalam.
Terima kasih di atas ucapan Yati tu.
So sweet awak beri ucapan kpd EnJekjek. Semoga tahun depan ucapan itu lebih bermakna.
zino,
ReplyDeleteHari Bapa tak sehebat Hari Ibu. Bapa2 control macho kalau takde sambutan pun. Mungkin sebab itu sunyi aje hehehe
Azrina,
ReplyDeleteMungkin bukan budaya org kita. Itu sebab tak ramai yg sibuk nak sambut hari bapa ni.
Dulu2 lagilah takde sambutan ini.
Arwah bapa2 kita telah lakukan yg terbaik yg mereka tahu. Dulu mana ada seminar parenting skill dsbnya.
Marilah kita hargai pengorbanan mereka.
Azrina no 2,
ReplyDeleteSekali sekala makan nasi ayam mmg sedap. Kena pulak yg kat pasar keramat tu. Perghhh.
Dah bersihlah rumah Reen skrg. Senanglah bila puasa nanti tak letih nak kemas utk raya hehehe
kaklong,
ReplyDeleteSamalah kita. Bapa saya dah 18 tahun pergi meninggalkan kami.
Sempat juga kaklong masak sedap2. Kira oklah tu.
juliet,
ReplyDeleteBetul tu. Jasa bapa tak terbalas.
Untung juga kubur bapa saya di Datuk Keramat tu. Setiap kali kami lalu kami akan sedekahkan Al-Fatihah.
awak dua beradik aje??
ReplyDeletebosan tak...??
DrSinga,
ReplyDeleteTak bosan sebab kami sebaya. hehehe
betul kata yb anak perempuan memang hantar bbm kat bapanya ucapkan macm macam hari lah tak kira hari bapa ke birthday ke tapi anak lelaki buat dek je.
ReplyDeleteabahnya kalau dapat bbm dari anak perempuan tersenyum senyum je suka dia baca ucapan anak dara dia tu, maklumlah kami cuma ada seorang je anak perempuan.