Mula2 aku nak bagi tajuk "Perkara Kecil yang Besar Maknanya." Tapi bila aku fikir2 balik, macam overkill pulak tajuk tu. Jadi aku tukar kpd tajuk seperti yg di atas.
Hari Jumaat lepas emak Adam membaca kertas iklan sebuah hypermarket yg dimasukkan ke dalam peti surat rumah kami. Hypermarket tu buat sale hingga hujung bulan ni. Emak Adam pun semaklah senarai barang2 yg diturunkan harga. Kebanyakan barang yg kami tak perlukan atau tak pernah beli pun. Tapi adalah beberapa barang tu mmg kami sering beli. Antaranya susu bayi utk Adam. Harga turun dgn agak ketara iaitu RM5.60 bagi setiap bungkus sekilo.
Emak Adam pun teruja sebab memang susu Adam dah nak habis. Selalunya kami beli bila balik kampung kerana di kampung harga lebih murah dalam seringgit sebungkus dibandingkan dgn harga di KL. Pernah juga kami beli di Masjid Tanah semasa melawat Afifah di sana kerana harga di Masjid Tanah juga lebih rendah.
Kesian ibubapa di KL yg kena bayar lebih utk susu bayi yg sama. Pekedai ingat org KL ni semua kaya2 ke? Susu bayi ni nak tak nak kena beli. Adam sebelum ni hisap susu ibu utk lebih 2 tahun tapi bila susu ibunya dah berkurangan terpaksa tampung dgn susu botol.
Hari Sabtu pagi kami pun bersiap2 nak ke hypermarket itu utk beli susu. Tapi kami singgah dulu di sebuah lagi hypermarket kerana nak beli lampin pakai buang. Di sini lebih murah dari di hypermarket yg lagi satu tu. Bila kami masuk hypermarket yg jual lampin murah tu, kami dapati harga susu bayi dari jenis yg sama tu pun telah diturunkan harga. Untuk Sabtu dan Ahad saja. Harga cuma lebih 10 sen dari hypermarket yg satu lagi tu. Mereka ni betul2 berlawan2. Bagus utk pengguna.
Aku pun ambil 10 bungkus selain 3 beg lampin pakai buang dari satu jenama dan 3 beg lampin dari jenama lain. Setiap pelanggan cuma boleh beli 3 beg. Susu tu tak pula ditulis hadnya. Itu yg aku pulun ambil sampai 10 bungkus. Benda tak busuk. Dan jimat RM55.
Bila aku nak bayar juruwang tu kata susu tu pun dihadkan 3 bungkus. Ek alah nape tak tulis? Aku pun bayar utk 3 bungkus dan emak Adam pergi bayar di kaunter lain utk 3 bungkus lagi. Lepas aku simpan barang2 yg aku beli ke dalam kereta, aku datang satu pusingan lagi dan beli lagi 3 bungkus susu.
Emak Adam begitu gembira kerana dapat berjimat. Sepanjang jalan sehinggalah sampai rumah dia asyik bercerita tentang penjimatan pada pagi Sabtu tersebut. Sebenarnya yg jimat tu aku sebab yg kena beli susu adalah aku.
Tapi sebagai wanita, emak Adam yg terlebih gembira dibandingkan dgn suaminya.
Itulah perkara tak besar yg tak kecil maknanya kerana bila dia gembira aku juga mendapat tempiasnya.

pon pon
ReplyDeletefuhhh! lama betul tak menduduki 'takhta'
ReplyDelete:D
eh. aku dah baca dulu n3 ni eh baru komen
Itulah perkara tak besar yg tak kecil maknanya kerana bila dia gembira aku juga mendapat tempiasnya.
ReplyDeletetempias apa yg awak dapat?
mohon penjelasan :D
mmg awak dan mak adam pengguna yg bijak
ReplyDeletetahniah!
ok. cukup 4
jenuh nak memahamkan cerita YB ni tauuu..ekekekeke....
ReplyDeleteSaya selalu beli Drypers anak saya di Tesco...mmg murah.Termurah di pasaran.
kts..kau pun dah gila kuasa yer?
ReplyDeletehahahah!!!
eh,betul la DZ..pening sikit nak paham...heheheh!!!
ReplyDeletedah baca dua kali baru paham..heheeheh!!
tapi bila difikir2 kan balik..klu pergi tempat jauh sikit,lebih kurang juga harga nya..kira pulak duit munyak nya..dan klu kena tol lagi..tambah lagi...lebih kurang jer kan....
ReplyDeletetakpaham.. tak pahammmm...
ReplyDeletetempias apa ekk???? ;)
haah kan kaklong, kts gila kuasa..
ReplyDeletetamak!
ahahahaa
Tp kdai kat msjid tanah tu da naikkan harga utk susu aqid.same rate dgn kl lak tu.hish!so skg papa aqid tgu flyers pd setiap hari sabtu before bli susu.
ReplyDeletesaya nak tanya apa tempiasnya .. tapi kts dah tanya dulu.
ReplyDeletetak apa .. saya tunggu penjelasan awak !
emak adam isteri mithali, seorang wanita yang tahu berjimat untuk keluarganya walaupun bukan dia yang bayar.
ReplyDeletesaya pun buat macamtu sbb kalau kita boleh beli sesuatu barang tu dengan harga yang lebih murah dapatlah juga duit yang selebihnya tu kita beli benda lain.
SAYA AKAN GEMBIRA KALAU KOPI-KOPI KEGEMARAN SATA TURUN HARGA DAN ADA FREE GIFT PULAK TU.
ReplyDeletecis. ter big cap. halal lal yer~
ReplyDeletekts no 1,
ReplyDeleteopocot! Hampir tak kenal bunyi hon kete awak. Dah lama tak tengok kete tu ngeeee
kts no 2,
ReplyDeleteselamat kembali menduduki takhta. Agar awak berjaya bertakhta di sini dan di hati hehehe.
Eloklah awak baca dulu sebelum komen. Jgn risau ada org lain komen dulu. Kalau mmg jodoh awak nak jadi yg pertama, tetap akan jadi yg pertama ahaks.
kts,
ReplyDeleteapa perkara yg boleh saya jelaskan dan ada perkara yg tidak. Ini antara perkara yg tak elok utk dikongsi di blog hehehe
psst - nanti malam saya call awak.
kts no 4,
ReplyDeleteTerima kasih di atas pujian. Ramai lagi pengguna yg bijak. Kami hanya cuba memenafaatkan sepenuhnya setiap ringgit yg kami ada. Di samping itu, memberi kegembiraan kpd emak Adam (dan saya juga - tapi tak sehebat emak Adam).
Cukup ke 4? Ini bukan kuota tau.
YB.. rega barang kat kg dan pekan2 kcil kat sini lagi mahal tau...
ReplyDeletekat KL takpe la org key El kan kaya2
dah empat belas tahun tak beli susu budak..eh mana pernah beli pun, sorong susu sendiri je..hehehehe
Bila perbelanjaan rumah dpt dijimatkan...duit tu bolehlah dibelanjakan untuk keperluan orang rumah pulak...hehehe
ReplyDeleteItulah pakatan suami isteri yang sehati sejiwa, bangggg...
ReplyDeletesama-sama berpakat dan sama2 gembira.
Biasanya, selain susu dan diapers, ubat gigi dan minyak masak juga antara barangan yang sering ditawarkan harga menarik, terhad kepada 3 bungkus sahaja. Tu yang selalu orang bawak geng beratur lain lain kaunter tuh. Macam YB dok buat tu la. hehehehe
Gambar Merapu Seorang Menantu...
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteIni kalau hantar ke cikgu BM mesti gagal punya. Saya nak cepat masa buat ni sebab nak pergi meeting di Mindef. Idea tidak diolah dgn sempurna dan berbelit2. Tambahan saya tak gunakan nama sebenar hypermarket2 dan lampin2 tu.
Mungkin lebih mudah faham jika saya sebut Carrefour, Giant, Drypers dan Petpet.
Terima kasih kerana masih sudi nak baca.
Betul ke Drypers kat Tesco murah? Lain kali nak buat perbandingan harga.
kaklong,
ReplyDeleteLama kts tak datang. Bila dapat peluang, mmg dia pulun habis. Hari ni dia buat lagi hehehe
kaklong lagi,
ReplyDeleteTerukkan tulisan kali ni. Minta maaflah. Ada saya cuba terangkan kpd DZ sebabnya.
Lain kali kalau saya nak pergi meeting, buat yg pendek2 aje kot.
kaklong lagi,
ReplyDeletePasaraya Giant yg jual susu dan lampin yg murah tu dekat aje dgn rumah kami. Merangkak pun sampai hehehe
PnConfused,
ReplyDeleteEntri yg mengelirukan. Takpe kalau tak faham
Adalah perkara yg tempias tu. Tak nak bagi tahulah hehehe
zonaku,
ReplyDeleteBukan dia tak biasa buat. Skrg dia dah kembali. Saingan bermula (semula) hehehe
syida,
ReplyDeleteMereka pun ada buat survey agaknya. kalau mcm tu kena tunggu ada salelah kat sini.
Aqid minum susu apa?
al-lavendari,
ReplyDeletepenjelasan saya secara tertutup kpd kts. Kalau abg nak tahu, tanyalah kts
hehehe
sharifah rosidah,
ReplyDeleteNak kata sampai tahap ibu mithali tu tinggi sangat title tu. Tapi emak Adam mmg akan cuba berjimat mana yg patut. Dia tahu bukan senang ayah adam nak cari duit. Yang cari duit seorg, yang makan ramai.
gadisBunga,
ReplyDeleteawak suka minum kopi kopi apa? Milo pun dah naik harga giler2. huhuhu
gadisBunga,
ReplyDeleteIngat awak marah sbb kopi naik harga hehehe
Ok saya halalkan.
ibuintan,
ReplyDeleteMemang ada barang yg lebih mahal harganya di pekan2 kecil ni sebab kos pengangkutan.
Tapi ada juga yg lebih murah drpd di KL sebab sewa kedai dan gaji pekerja lebih murah. Contohnya susu bayi.
Tak semua org KL kaya2. Kami ni antaranya.
aNIe,
ReplyDeleteSetuju betul tu. Bolehlah buat beli beg tangan ke? hahaha
azieazah,
ReplyDeleteSama taktik nampaknya. Nasib baik kami cuma berdua hari tu. Kalau anak2 pun ada sama, harus kami suruh mereka beratur di kaunter yg lain juga.
Minyak sekarang mana2 sama harga. Kalau botol yg 5kg tu harga tak kira cap apa ialah RM13.35 sebab ia barang kawalan. Sama macam gula dan tepung jugak.