Wednesday, June 29, 2011

Ingat Aku Ini GPS?

Kisah #1

Semasa aku sedang sibuk berfb membuat kerja aku pagi tadi, kawan aku dari Kuantan telefon. Aku ingat dia nak bincang pasal projek kami yg sedang berjalan atau nak cakap pasal projek baru yg berjuta-juta.

"YB, awak tahu Sunway Industrial Park kat mana?" tanya dia.

"Sunway ada kat merata tempat kat KL ni. Ini yg kat Damansara tu ke? Awak ada alamat dia?" balas aku.

"Nanti kejap. Saya check," katanya

Terdengar dia menyuruh seorang perempuan mencari alamat. Mungkin pekerja dia atau juga mungkin isterinya yg ikut ke KL.

"OK ni dia. No x, Jalan PJU bla bla bla." dia baca alamat itu kpd aku.

"Betullah tu. Yang di Damansara tu. Kalau awak ikut LDP, korner kiri lepas One Utama. bla bla bla. Ada satu stesen Shell kat sebelah kiri bla bla bla." panjang lebar aku menerangkan.

"Ok ok saya rasa saya boleh cari tempat itu," katanya puas. Aku boleh bayangkan dia senyum.


Kisah #2

"Abang, nak tanya macamana nak ke Bukit Jelutong dari rumah saya?" tiba2 kawan aku telefon suatu hari. Kebetulan aku baru keluar dari surau selepas solat Asar.

"Bila nak pergi?" aku balas dgn pertanyaan.

"Esok tapi ingat petang ni nak cari jalan dulu takut silap," jelasnya.

"Ok. Awak ikut NKVE lagi senang. Lepas tol Duta awak bla bla bla."

"Takde jalan lain ke?" dia tanya.

"Ada tapi inilah yg paling senang dan paling cepat kalau hari Sabtu mcm ni. NKVE pun tak jam. 40 minit dah sampai kalau tak lari laju," sambung aku.

Dia pun ulang mcmana nak ke sana. Takut salah faham.

Esoknya dia beritahu aku dgn bangga dia sampai ke Bukit Jelutong dalam masa tak sampai 30 minit. (kalau aku yg bawa mungkin 25 minit dah sampai sebenarnya). Pasal kali pertama saja aku beri masa lebih sikit.

"Tapi nak balik saya sesat. Tak jumpa jalan nak ke NKVE semula," dia mcm menyalahkan aku.

"Awak tanya saya mcmana nak ke Bukit Jelutong. Saya dah beritahu. Awak tak tanya mcmana nak balik," perli aku.

"Awak jahat," kata dia separuh marah. Merajuklah tu.


Banyak lagi kisah kawan2 call nak tanya jalan dari aku. Mereka tahu aku banyak berjalan. Bukan jalan2 di sekitar Lembah Klang aje. Ada yg tanya aku tempat makan yg best selepas seorg kawan aku membawa rombongan ke Hatyai. Aku pun bagi tahu tempat yg best itu.


Lain kali sesiapa yg takde GPS bolehlah call aku. Khidmat aku ini percuma utk kawan2.

14 comments:

  1. bole laa lps ni menGPSkan YB hahahhahaa

    ReplyDelete
  2. melampau x kalau menGPS kan YB tanya jln di penang?

    ReplyDelete
  3. kalau sesat kat kuching leh tak tanya yb?

    ReplyDelete
  4. yang pegi bukit jelutong tu macam boleh agak siapa... hahahahah :P :P

    ReplyDelete
  5. YB...ikhlas ke tak jadi GPS ni?

    ReplyDelete
  6. Masy,

    Boleh apa salahnya. Selain memberi tunjuk arah saya juga beri anggaran waktu tiba (mcm Google map) hehehe.

    ReplyDelete
  7. zonaku,

    Kalau org luar tanya tentang jalan di Penang tak melampau. Saya biasa juga dgn Penang tu sebab dulu saya selalu ke sana semasa ada projek.

    Tapi kalau org Penang mcm awak yg bertanya, itu kira melampaulah hehehe

    ReplyDelete
  8. mOnAlEa,

    Takkan org Kuching mcm awak sesat kat sana kot? Saja nak menguji saya ni.

    Dah lama saya tak ke Kuching sebenarnya. Kali terakhir saya ke sana penghujung 2007.

    ReplyDelete
  9. syah shah,

    mmg boleh agak sebab 'dia' tu ada buat n3 pasal hal ni di blog dia.

    ReplyDelete
  10. ibuintan,

    mana yg saya boleh bantu jadi jurupandu arah saya akan bantu. Org nak pergi hantar pengantin pun kadang2 tanya saya ngeee

    ReplyDelete
  11. kaklong,

    betul tu. Dan bertanya pada yg tak tahu pun sesat jugak hehehe

    ReplyDelete
  12. saya pun slalu jadi GPS kengkawan...kalau diaorg selamat sampai saya selaku GPS amat vangga...

    ReplyDelete
  13. suhaila-ab,

    wah kiranya awak terer jalan2 di Melakalah. Bolehlah jadi GPS saya kalau saya sesat kat sana.

    Saya nak ke Masjid Tanah Ahad ni ngeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails