Tuesday, June 28, 2011

Gigih

5 orang ibubapa sedang menunggu giliran bertemu guru kelas anak2 mereka

Hari ini SMK tempat Haizam belajar mengadakan Hari Akademik di mana ibubapa diminta berjumpa dan berbincang dgn guru kelas anak masing2 utk membincangkan prestasi mereka. Dalam bahasa mudah pergi ambil kad laporan.

Perjumpaan bermula pukul 8:30 pagi. Pukul 8:20 aku dah sampai. Cikgu pun belum masuk kelas lagi tapi dah ada 6 org ibubapa yg datang sebelum aku. Gigih betul mereka ni. Maklumlah anak2 di kelas atas.

Pelajar2 yg pandai ni telah dikumpulkan di satu kelas dan semua 40 org diharap dan telah dilatih utk skor 8A dlm PMR tahun ini.

Bila Haizam beritahu aku ttg perkara ini tak lama dulu aku kata, "alaa 40 org aje yg ditarget dapat 8A? Sekolah kakak2 kau hampir 90 peratus dapat straight A!" (ayat yg boleh mematikan semangat kata emak Adam)

Aku tahu kata2 aku tu tak memberi semangat kpd Haizam kerana sekolah dia cuma sekolah harian sedangkan kakak2nya belajar di MRSM.

Tapi Haizam yg pilih utk bersekolah di sini kerana dekat dgn rumah. Tak payah basuh dan gosok pakaian sekolah sendiri. Makan best2 setiap hari sbb emak yg masak. Dan yg dia paling dia suka boleh main game setiap hari w/p PMR tak lama lagi.

Memang gigih betul dia main bola kat komputer tu. Kalau ada abgnya, dia main dgn abgnya. Kadang2 dia ajak kawan2 singgah ke rumah bila balik sekolah utk main game bola tu. Kalau takde kawan, sorang2 pun jadi.

Harap2 keputusan PMRnya dapat mengekalkan pencapaian kakak2nya.

(Inilah tekanan kalau abg dan kakak terer. Mujur aku anak sulung hehehe)
Sent via BlackBerry from Maxis

31 comments:

  1. eh eh eh.. betullah. tak sangka dpt 1st lagi.

    kena blanja aku donat atas usaha gigih aku ni, tauuuu.

    ReplyDelete
  2. haizam yg amik PMR kan? kenapa plak nak kekalkan pencapaian kakaknya?

    :D



    good luck haizam. semoga banyak skor masa main game bola tu

    ahahaha

    ReplyDelete
  3. dan good luck masa PMR nanti.


    .
    .

    4 lagi. wuuuuu

    ReplyDelete
  4. tak apa, lelaki ni akal dia hebat, walau pun nampak tak belajar tp sebenarnya ia sedang belajar
    harap dia berjaya dengan cemerlangnya.

    ReplyDelete
  5. kts no 2,

    Memang betul. Awak no 1 lagi pagi ni. Tahniah!

    Biasanya lepas dapat no 1 tiga kali berturut2 baru saya beri hadiah. Tapi memandangkan yg dulu pun awak belum tuntut saya belanjalah awak. Bila nak pergi makan donut tu? Petang ni nak? Habis kerja, saya singgah ambil awak. Balik rumah tengahari ni awak minta izin bapak dulu.

    Ada berani? hehehe

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. kts no 3,

    Ha'ah Haizam yg nak ambil PMR. Haikal yg Darjah 4. Nama nak dekat sama - Hai Hai hehehe.

    Kena kekalkan pencapaian kakaknya sebab maksima boleh dapat ialah 8A. Haizam tak ambil 9 subjek. Kakak2nya semua dpt 8A. Abgnya yg belajar di sekolah yg sama dgn Haizam pun dapat 7A masa PMR.

    ReplyDelete
  8. kts no 4,

    Terima kasih bagi pihak Haizam.

    Penuhi kuota lagi ke?

    Nak pergi balas komen2 lain pulak. Semalam sempat balas komen awak aje tau.

    ReplyDelete
  9. Satu cabaran untuk dia untuk lebih baik dari kakak-kakaknya atau sekurangnya sama dengan kakak kakaknnya

    ReplyDelete
  10. Eja,

    Harapnya mcm tu lah. Tadi dia dapat no 5. Yg dapat no 1 dan 2 pelajar perempuan.

    Haizam selamba aje cakap nak dapat 8A bukan mesti yg no 1

    ReplyDelete
  11. mOnAlEa,

    Yang tak bestnya Haizam tak minat nak menyahut cabaran tu. Masa UPSR pun dia sengaja tak elakkan dapat 5A sebab tak nak masuk asrama.

    Kami kata takpe tak masuk asrama janji cuba dapatkan 5A. Alhamdulillah dia dapat 5A masa tu mcm kakak2nya.

    ReplyDelete
  12. yang penting bukan nombor...bila keputusan keluar,dikira berapa A yg dapat..kannn...tahniah haizam...

    ReplyDelete
  13. Tahniah Haizam !




    *Cikgu kata Angah main aje dalam kelas. Along pulak diam aje. Faham ke tak pun tak tanya...

    Risau jugak dibuatnya..

    ReplyDelete
  14. elehhhhhh.....
    beza beberapa minit je dengan adik awak!!!

    ReplyDelete
  15. Sila jangan compare sekolah harian biasa dengan sekolah berasrama penuh. Itu tidak adil. Sekian.
    :P

    ReplyDelete
  16. Saya anak keempat dr lima badik.. (ade org tanye ker? ;p )

    Memang tertekan nak celen kakak2..
    Tp alhamdulillah,saya dpt tempat kedua dr 5 badik..heheh (kembang idong)

    Skolah kat mane2 pun sama,asalkan ade keinginan utk berjaya..chayok Haizam!!

    ReplyDelete
  17. bapa borek anak rintik..

    kakak@abang terer adik hebat

    ReplyDelete
  18. takpe..jgn pressure Haizam byk byk...

    nanti time SPM score gila gila...:)

    ReplyDelete
  19. sempat jugak curik ambik gambar tu..YB saya nampak empat orang je, mana orang yang ke lima tu?

    ReplyDelete
  20. Ayah mmg suka lah buat ayat yang meng'down'kn orang. Haha kesian ijam.

    ReplyDelete
  21. kaklong,

    Haizam kata no 5 dapat 5A. Kalau no 1 dapat 1A aje.

    Boleh pakai ke logik dia tu? huhuhu

    ReplyDelete
  22. a.z.r.i.n.a,

    Terima kasih b/p Haizam.

    Main atau diam aje kalau pelajaran bagus takpe.

    Haizam tak boleh nak main sangat sebab dia pengawas.

    ReplyDelete
  23. DrSinga,

    Beberapa minit pun tetap saya abang hehehe

    ReplyDelete
  24. Sally,

    Tak kira nak compare jugak. Bukan pencapaian sekolah tu per se tapi nak bandingkan pencapaian Haizam dan kakak2 serta abg nya dulu.

    Dia boleh belajar di sekolah harian tapi bila PMR kena cuba dptkan 8A.

    Amacam? Ok tak?

    ReplyDelete
  25. Cik SHiNJU,

    Terima kasih berkongsi maklumat. Nak citer lagi panjang pun saya lagi suka.

    Mmg ibubapa mengharapkan anak2 terutama yg adik2 mengikut jejak langkah abg dan kakak mereka yg berjaya. Bukan bermakna ibubapa menekan tapi harapan. Kalau anak2 rasa tertekan tu nasiblah hahaha.

    Tahniahlah Yun dpt tempat ke2. Nape tak cuba dptkan tempat pertama?

    Kemahuan utk berjaya dgn cemerlang kurang dlm diri Haizam. Bukan nak ke tusyen dsb. Harapkan apa yg cikgu ajar ajelah. Skrg ni saya dah belikan dia pakej Skor A yg abg dia jual. Kalau rajin buat latihan tu insyaAllah akan membantu juga.

    ReplyDelete
  26. ikan emas,

    bapa dia dulu biasa2 aje. Sekolah pun sekolah harian aje.


    Alhamdulillah anak2 dapat masuk IPTA. Mereka tahu kalau tak cemerlang dan masuk IPTS, ayah mereka mungkin tak larat nak tanggung huhuhu

    ReplyDelete
  27. Daddy Ziyyad,

    Anak2 saya ni dah biasa kena tekanan mcm tu. Dah immune pun.

    Dari skrglah kena skor. SPM kena lagi skor sebab nak masuk IPTA.

    ReplyDelete
  28. ibuintan,

    Sementara cikgu belum datang sempat ambik gambar. Mereka pun tak perasan sebab saya guna BB.

    Cekap mata ibuintan! Org kelima duduk di belakang saya. Salah seorg perempuan tu isteri dia.

    ReplyDelete
  29. Nurafifah,

    Bukan tak biasa! Nanti puji lebih2 naik tocang pulak ngeee


    psst - dgn anak sendiri aje. Dgn anak org lain pujiiii hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails