Thursday, June 9, 2011

Di Mana Nak Cari Awek-Awek Cun Di Malaysia

Aku ingat nak buat n3 ni siang tadi. Tapi laptop aku kena serang virus HIV pagi tadi. Hari ni aku kerja gunakan iPad dan/atau Blackberry. Oleh kerana tu tak jadilah aku nak update blog aku di samping aku sibuk dgn tugas2 hakiki aku.

Malam ni aku gunakan laptop lama aku utk update blog ini.

Aku nak citer kat mana nak cari awek cun di negara kita ni.

Pada tahun 70an dan 80an kalau nak cari awek-awek cun pergilah ke airport. Kalau ada duit lebih, naik kapalterbang. Pramugari MAS masa tu ramai yg cun.

Pada penghujung tahun 80an dan awal 90an ramai awek cun kerja di BSN. Maka ramailah yg rajin ke bank tersebut w/p setakat menambah RM10 utk Sijil Simpanan Premium.

Pada pertengahan tahun 90an, awek BSN dah kurang cun. Maka org pun kurang menyimpan di BSN kecuali makcik2 dan budak2 sekolah yg belum baligh hehehe.

Masa tu awek cun beralih menjadi toll gate girl terutama di PLUS. Macam2 citer tentang awek cun ni.

Ada seorg daripada mereka yg memang cantik yg bertugas di Plaza Tol UPM sekitar tahun 2000. Akupun selalu melalui tol tersebut kerana aku terlibat membina stesen minyak kulit kerang di Tol Sg Besi. Untuk balik ke opis aku kena buat pusingan di Tol UPM. Pada mulanya aku tak perasan awek ni. Tapi bila aku tengok ada satu lorong tu sentiasa lebih panjang kereta berbaris dari lorong manual yg lain, aku pun naik hairan. Kenapalah pemandu2 ni tak nak guna lorong yg lebih pendek barisannya? Rupanya toll girl yg lorong yg panjang tu awek cun!

Aku pun beritahu bos aku yg kebetulan baru bercerai masa tu. Dia pun teruja nak tengok awek ni. Aku pun pergilah ke tol plaza UPM dgn bos aku tu dan berbaris di lorong yg panjang. Sure enough dia bertugas di lorong tersebut!

Kereta di depan kami dipandu oleh seorg lelaki. Masa dia nak bayar tol, kami lihat dia menghulur bisnes kad dia. Nampak dia cakap2 dgn awek tu. Bos aku dah tak sedap duduk. sabar bos . Semasa tiba giliran kami, bos aku memanjangkan lehernya ke sebelah kanan dan bertanya kpd awek tu apa yg diberi oleh mamat sebelum kami. Minah tol tu segan2 nak jawab.

Menurut kawan aku yg menjadi pengurus seksyen PLUS, sebahagian pekerja tol ini tak kerja lama sebab mereka dilamar oleh pengguna lebuhraya. Kalau dah jodoh apa salahnya kannn

Semalam aku ke salah sebuah kolej kejururawatan di Hulu Langat. Mak ai ramainya awek cun di sana. Bila aku tanya pada salah seorg Pengurus di sana, aku diberitahu ada lebih 12,000 pelajar di situ dan majoritinya adalah pelajar wanita. Di samping itu, terdapat beratus2 pengajar yg sebahagian besarnya adalah wanita.

Sekarang kalau nak cari awek2 cun, pergilah ke situ hehehe

24 comments:

  1. maaf...kaklong bukan jantan...!




    bagi laluan kat yg berjantina lain....


    *bukan hubby kaklong erk...:D

    ReplyDelete
  2. kiranya sekarang ni pramugari, staf BSN n toll girl dah x cun la yer................

    ReplyDelete
  3. so, bos YB yg baru bercerai tu dpt ngurat awek tol tu tak??

    ReplyDelete
  4. rela beratur panjang sebab nak tengok awek cun


    hmmmm

    ReplyDelete
  5. hahahhaa..

    entri YB yang lawak, tapi best!!!

    Benar, nak awek cun sekarang ni, pi kolej kejururawatan...banyak student2 nurse dari pantai timur yg comel lote! ekekeke

    ReplyDelete
  6. ada2x je yb ni.tapi memang tak dinafikan yb.

    ReplyDelete
  7. skrg awek2 cun ada di merata-rata YB..
    tp kat situ..awek cun yang tentu bergaji..hehhe

    ReplyDelete
  8. awek cun maintenance tggi tak?? hehehe

    ReplyDelete
  9. nampaknye peluang cerah buat suami2 nak tambah koata.. :P

    ReplyDelete
  10. assalamuallaikum yb lama dah tak menjengah blog yb, sibuk sikitlah sekarang ni sebab tak lama lagi dalam bulan julai ada lagi satu karnival diPERSADA JB sebelum kita berpuasa lepas tu stop sekejap dan berakhir di SACC Shah Alam kalau tak silap dlm bulan nov atau dec.

    motif asyik cari perempuan yang lawa lawa ni apa? adakah berniat nak menambah satu cawangan lagi. mak adam tak baca ke entry ni?

    ReplyDelete
  11. kaklong,

    n3 ni bukan utk jantina tertentu. Semua org boleh baca.


    Tak perlulah beri laluan ngeeee

    ReplyDelete
  12. zonaku,

    Ada lagi di antara mereka yg cun tapi tak semuanya. Kalau dulu mmg majoriti dari golongan tu cun belaka hehehe

    ReplyDelete
  13. kakngah,

    Dia tak suka nak barsaing dalam bab mencari calon isteri.

    Akhirnya dia berkahwin dgn seorg ibu tunggal!

    ReplyDelete
  14. pB,

    Bila hati sudah suka, beratur panjang tak jadi hal punya

    ReplyDelete
  15. Daddy Ziyyad,

    Terima kasih menyukai n3 ni. Kalau asyik serius aje, nanti org ingat ini ruangan ilmiah hehehe.


    Bukan setakat yg dari Pantai Timur yg comel lote tapi yg dari tempat lain pun ramai yg cun.

    Doc tahu lebih dari saya ngeeee

    ReplyDelete
  16. mOnAlEa,

    Ada2x apa tu? Harap tak keberatan beri penjelasan. Takut saya salah faham.

    ReplyDelete
  17. Rozita,

    Betul tu. Awek cun ada merata2. Tapi kalau nak cari 'gudang' awek cun, pergilah ke kolej kejururawatan.

    ReplyDelete
  18. -GC-,

    Tak tahulah pulak sebab saya tak pernah bela

    wakaka (ambik ko)

    ReplyDelete
  19. makdara TERdiva,

    bagi yg nak tambah mereka ada aje jalannya.

    Bagi yg tak berniat nak tambah, sudah terhidang di depan mata pun tak goyang iman

    cewah

    ReplyDelete
  20. sharifah rosidah,

    Waalaikum salam.

    Tahniahlah U&I semakin maju dan banyak karnival di serata tanahair. Mungkin kalau diadakan di SACC tu, kami akan cuba pergi ke sana. Adam suka tengok U&I ni.

    Harap jangan salah faham dgn motif n3 ni. Ini bukan bermakna saya sibuk mencari awek cun. Ia sekadar cuba menceritakan di mana terdapat awek2 cun dari saya bersekolah lagi dulu sehinggalah hari ini.

    Emak Adam jarang baca blog. Kalau dia baca pun takpe sebab dia faham. Kalau kurang faham, saya boleh terangkan kpd nya.

    ReplyDelete
  21. kat sini pon cun jugak ape? hahahaha. cun muka, cun hati yang penting

    ReplyDelete
  22. Cik Bee,

    oh ya ke? Macamana nak ke sana tu?

    Cun hati mmg penting. Tak guna muka cun kalau hati bacin hehehe

    ReplyDelete
  23. YB dh berkira2 nk cari calun menantu ke?

    buking je dulu..

    ReplyDelete
  24. kak ct lah buat majlis kenduri kahwin dulu sebab anak2 kak ct ramai yg dah kerja.

    Hazwan baru nak habis praktikal petang ni. Lepas tu ada lagi satu semester huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails