Tuesday, June 7, 2011

Besar Besar Belaka

Masa aku tengah mesyuarat pagi tadi, kawan aku tepon kata dia dan seorang yg bergelar Datuk nak jumpa aku. Patutnya kami jumpa semalam tapi dibatalkan di saat akhir sebab Datuk itu dipanggil ke EPU semalam.

Aku beritahu kawan aku tu, dia dan Datuk itu kena tunggu. Tunggu agak lama sebab selepas meeting aku nak ke tapak projek menyelesaikan masalah di sana. Projek mana2 pun biasalah ada masalah sedikit sebanyak. Aku suruh mereka datang dalam masa 45 minit paling cepat. Kalau sejam lagi bagus.

Bukan aku nak balas sebab semalam Datuk tu batalkan pertemuan kami di saat akhir tetapi aku memang ada kerja lain.

Dipendekkan cerita, Datuk tu terpaksa tunggu aku dalam setengah jam jugalah hari ni kerana masalah di tapak lebih besar dari yang aku jangkakan.

Bila aku keluar dari tapak projek aku nampak sebuah kereta Mercs dgn nombor pendaftaran yg cantik. Aku syak mesti inilah kereta Datuk tu w/p aku tak nampak org di dalam kereta tu kerana cerminnya gelap. Kawan aku yg duduk di tempat duduk belakang keluar dari kereta dan meminta aku masuk duduk di belakang dgn Datuk tu. Aku pun masuk dan bersalaman. Aku ajak mereka ke D'Saji Felda untuk makan tengahari sambil berbincang di sana.

Masa kami sampai tempat tu belum penuh lagi sebab kami sampai awal. Memandangkan kami tiada buat tempahan, kami diberi meja di sebelah luar. Tiada air cond. Bayaran tetap sama.

Makan cara buffet. Kami mulakan dgn mushroom soup. Nak ikut mcm mat salleh lah tu.

Masa kami makan, org ramai mula datang. Aku lihat kebanyakan yg datang tu badan mereka besar-besar. Bukan mat salleh. Bukan benggali. Tapi org Melayu. Yang perempuan pun ramai yg berbadan besar.

Apahal pula hari ni ramai org berbadan besar? Mungkinkah kerana mereka sering makan di Felda Villa dan restoran2 mahal yg lain (dgn ditaja oleh pihak syarikat atau kontraktor) sehingga badan mereka membesar.

Sementara itu aku dan Datuk rancak berbual sambil kami makan. Dia cerita tentang projek yang besar-besar. Bukan setakat juta-juta ringgit tapi berbillion. Dia mewakili sebuah syarikat luar negeri yg modal mereka sangat besar - beratus billion dollar.

Dia mahu bekerjasama dengan sykt aku. Ini yg buat aku rasa besar hati.

Petang ini aku ada satu lagi pertemuan dgn seorang lagi Dato'.

Nampaknya hari ini semuanya besar-besar belaka. Harap tiada yg jadi besar kepala hehehe

41 comments:

  1. Kalau makan free selalu memang boleh jadi besar... hehe

    ReplyDelete
  2. bab size besar tu terasa pulak I.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...

    byk rezeki besar menanti YB....

    ReplyDelete
  4. BESAR harapan saya bila YB dah berjaya dapat bisnes BESAR ni, YB belanja lah saya makan BESAR....ngeeeeeeeeeeee..

    ReplyDelete
  5. wang besar, wang besar.

    atikah dah buleh pilih swift kaler apa yg dia suka nampaknya :P

    ReplyDelete
  6. Sallam YB,

    Saya Doakan
    Semuga dapat projek besar,
    dan untung besar.
    Saya pun nak tumpang
    makan besar..hehe..

    ReplyDelete
  7. Kalau selalu berjumpa dgn orang besar2 ni memang lah asyik bercerita pasal projek besar2... makan2 besar... duit besar2...heheheh

    ReplyDelete
  8. haih... ada orang mimpi ikana la lagi lepas ni..
    hihihihi!!!!
    rezeki.. rezeki..

    ReplyDelete
  9. moga2 bisnes YB bertambah BESAR.. ^_^

    ReplyDelete
  10. Semoga yb bole dpt projek besar
    I pun bole submit resume kat u.huhuhu

    ReplyDelete
  11. syukur makin besar projek YB.. moga rezeki besar menanti, jangan lupa ajak sekali bila makan besar nanti..

    ReplyDelete
  12. kita suka merc besar tp xsuka badan besar..

    ReplyDelete
  13. masyuk la YB...
    moga doa YB dlu pasal kalau bisnes makin maju akan dpt ditunaikan...
    mudah2an.. :)

    ReplyDelete
  14. wah.. makan besarlah ekau ek..

    ReplyDelete
  15. besarrr punyaaa...!!!!


    teringat kat iklan tu!

    ReplyDelete
  16. Mie,
    Kalau makan selalu wp tak free memang akan membesar hehehe

    ReplyDelete
  17. Hani,

    Oopps tak bermaksud nak tujukan kpd awak

    Hehehe

    ReplyDelete
  18. zonaku,

    Amin. Harapnya mcm itulah.

    Tapi hakikatnya, ianya tak semudah itu. Banyak lagi yg perlu saya lakukan.

    ReplyDelete
  19. Daddy Ziyyad,

    InsyaAllah takde masalah.

    Sebelum tu kalau pekena teh tarik pun takde hal. Roger saya kalau Doc dtg KL.

    ReplyDelete
  20. Allah selamatkan YB!!!

    boleh le saya apply mintak keje dgn YB. mueheheh~

    ReplyDelete
  21. juliet,

    Belum lagilah. Baru peringkat awal. Entah bila boleh jadi projek ni dan kalau nak tunggu wang besar mungkin lagi lama.

    Lawit atikah kena guna dana dari sumber lainlah nampaknya ngeee

    ReplyDelete
  22. LIPISLADY,

    Wsalam kak.

    Terima kasih mendoakan saya. InsyaAllah nak belanja tu takde hal punya.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. duit besarrrr nak masuk lah tu!!!!

    ReplyDelete
  25. ibu kita pesan, besar periuk, besarlah juga keraknya.

    oleh itu, berhati2

    ReplyDelete
  26. aNIE,

    Itulah kan. Mereka ni citer perkara yg besar2 aje. Kita yg org kecik ni sampai rasa tak selesa.

    Jangan 'gelembung' aje yg besar sudahlah.

    ReplyDelete
  27. kakngah,

    Harap mimpi ikanlah tak lama lagi. Setakat ni belum mimpi ikan lagi.

    Mimpi kawan blogger adalah!

    ReplyDelete
  28. ~mrs azmi~,

    Amin. Terima kasih di atas doa itu. Harap target utk tahun ini dan tahun2 mendatang tercapai.

    ReplyDelete
  29. Marina Monroe,

    Terima kasih di atas nasihat tu kak. Dalam dunia ni mmg ada org yg nak cari duit jalan mudah dgn menipu org lain.

    ReplyDelete
  30. Syida,

    Projek bos lama kita lagi besar. Saya punya ni baru nak bermula. Tapi kalau nak bekerjasama apa salahnya.

    ReplyDelete
  31. ibuintan,

    Belum tentu lagi tu. Baru nak bincang2.

    Bagi saya saiz projek kurang penting dibandingkan dgn keuntungannya. Tak guna projek besar kalau untung sikit.

    ReplyDelete
  32. Hamizah,

    Mercs besar yg S Class ke? Bagi saya E Class pun ok dah.

    Kalau tak nak badan besar kena kurangkan makan dan rajin bersenam. Ini saya pesan utk saya juga.

    ReplyDelete
  33. chekgu BH,

    Amin. Semoga makbul doa itu.

    InsyaAllah bila dah berjaya nanti. Kalau saya lupa tolonglah ingatkan.

    ReplyDelete
  34. kakpah,

    Makan biasa aje.

    Kalau ada rezeki lebih pun berapa sangatlah saya boleh makan. Kuat2nya 2 pinggan.

    ReplyDelete
  35. kaklong,

    iklah apa tu? Tak perasan pulak yg mana satu huhuhu

    ReplyDelete
  36. gadisBunga,

    Nantilah bila saya perlukan staf lagi. Sementara tu kalau nak hantar CV dulu bolehlah emel kpd saya hehehe

    ReplyDelete
  37. DrSinga,

    Amin. Harap2nya mcm tu lah. Tapi buat projek ni berbulan2 malah bertahun baru masuk huhuhu

    ReplyDelete
  38. -GC-,

    eh bukankah awak dah membesar skrg ni? ngeee

    ReplyDelete
  39. kts,

    Itu dulu. Skrg dah guna periuk karan kalau pandai masak takde kerak


    ngeeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails