Friday, June 17, 2011

Ayu Bagaikan Bidadari Buat Tomok

Kebanyakan orang sudah tahu yg Tomok akan mengakhiri zaman bujangnya pada 1 Julai ini. Dia akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya yg bernama Siti Rahayu @ Ayu.

Apa pernah citer kat blog aku ni kisah mereka. Bukan sekali tapi dah dua kali.

Hari ini aku nak tayangkan kad jemputan eksklusif majlis perkahwinan tersebut.

Ini kotak pembalut kad jemputan. Ada pelbagai warna. Yang ungu itu utk aku dan emak Adam dan yg merah itu utk emak aku.


Ini muka depan kad jemputan tersebut


Lagu Bagaikan Bidadari diabadikan di dalam kad jemputan. Siapa boleh baca tauge tu bolehlah mainkan lagu ini

Majlis persandingan diadakan di Dewan Taman Keramat pada 2hb Julai. Sila perhatikan nama siapa yg dijemput tu ngeeeee


Ini dia bakal bapak dan emak mertua Tomok semasa mereka datang menjemput kami petang tadi. Kuih2 tu emak Adam yg buat

Oklah. Aku nak ke Dewan Perdana Felda utk jemputan kahwin oleh bekas rakan sekerja. Anak dia kahwin. Dah pencen baru dapat menantu.

28 comments:

  1. YB...anak akak Ude cakap...Hancur berkecai hati dia...hahaha... dia peminat tegar tomok sejak Tomok mula2 muncul dlm New Boyz dulu... gambar Tomok dimana2...

    ReplyDelete
  2. simple je kad undangan. tak macam sesetengah artis.. ala2 FB la, kimono la.. bikin kelainan la kekunun..

    ReplyDelete
  3. Tunang TOMOK ni kerja pramugari eh?

    Moga jodoh mereka ditemukan dalam suasana lancar dan direstui. Moga kekal abadi. Aminnn.

    Selamat makan kenduri, YB.

    GILA...!: Aku Hantar Email Virus ke Email Sendiri?

    ReplyDelete
  4. saya dah lupa la baca togeh tu YB, dulu belajar juga tu

    moga ayu menjadi bidadari Tomok selamanya

    ReplyDelete
  5. ekau bila lak nak terima menantu ni yb. Jangan lupa kad undangan...

    ReplyDelete
  6. wah..! ada 2 warna berbeza...


    berbeza juga kah tetamu nya?


    atau tema untuk majlis warna merah & unggu?

    ReplyDelete
  7. semoga semua urusan berjalan dgn lancar, mesti meriah nanti tu, semeriah warna2 kad yg ceria tu.

    ReplyDelete
  8. Belum kahwin tu semua bagai bidadari...hehehe

    ReplyDelete
  9. Ayu ni dl pernah study kat UTM kan YB amik sc comp..tp xabes..

    ReplyDelete
  10. lama x masuk sini...sekali masuk.. perggh gempak....

    ReplyDelete
  11. YB
    salam hari bapa,
    baguslah tomok mengakhiri zaman bujang,,,ramai nar anak dara tergila kat dia......lagi lama lagi susah nak buat pilihan....hi hi hi....

    moga perkahwinan mereka bahagia dan berpanjangan...

    ReplyDelete
  12. As-Salam Sdr Yunus Badawi
    Alhamdulillah, kawan baik nak naik pelamin. Cantik kad jemputannya. Kelmarin Temuk terima 'kad' jemputan yang harga setemnya saja sampai RM3.50sen. Ada rasa gementar nak hadiri majlis ni...walau geng lama. Ceria selalu!

    ReplyDelete
  13. Kak Anie,

    Kesiannya saya dengar. Anggaplah takde jodoh anak akak ude tu dgn artis yg dia minati tu.

    Semoga dia bertemu lelaki yg lebih baik utk dirinya.

    ReplyDelete
  14. kakngah,

    Simple2 pun siap mcm kotak dan banyak muka suratnya. Mahal jugak tu saya rasa.

    Org skrg kad jemputan mmg nak yg gah. Dulu kad jemputan pakai saiklostail aje. Bahagia jugak lepas kahwin hehehe

    ReplyDelete
  15. azieazah,

    Tunang Tomok tu pernah kerja pramugari MAS tapi berhenti dan jadi pengurus di sebuah sykt pasaraya antarabangsa. Skrg dia kerja pramugari semula.

    Semoga mereka bahagia. Itulah doa kita kepada semua pasangan yg akan mendirikan rumahtangga.

    InsyaAllah pada 2/7 tu saya ada 2 jemputan. Kenyanglah makan nasi minyak.

    ReplyDelete
  16. ibuintan,

    Wah awak pernah belajar baca taugeh ek. Saya tak tahu nak baca pun w/p masa di universiti pernah ambil mata pelajaran Muzik dan dapat A hahaha.

    Ya. Semoga mereka kekal selamanya.

    ReplyDelete
  17. ibundo,

    Den lamo laik kot. Anak semuo belajar laik ngeeee

    ReplyDelete
  18. kaklong,

    Bukan setakat dua warna tu. Ada juga yg kuning dan hitam. Kebetulan aje saya diberi yg ungu dan emak saya diberi yg merah tu.

    Warna tema pada hari persandingan ialah ungu.

    ReplyDelete
  19. Eja,

    pasangan pengantin telah menyerahkan urusan perkahwinan kpd wedding planner. Ibubapa Ayu tak larat nak buat semuanya sendiri.

    Pagi tadi telah diadakan majlis doa selamat utk memohon kpd Ilahi agar majlis berjalan lancar.

    ReplyDelete
  20. hani@debumelukut,

    Biasalah tu sebelum kahwin. Harap2nya lepas kahwin pun terus mcm tu.

    ReplyDelete
  21. KSWSK,

    Dia dulu belajar arkitek sehingga grad dan pernah kerja dgn firma arkitek. Lepas tu dia kerja dgn MAS. Setelah beberapa tahun dia berhenti utk bekerja dgn sykt pasaraya anta

    ReplyDelete
  22. Lukhman,

    Lepas ni kerap2lah masuk kemari kalau nak baca kisah2 gempar yg lain hehehe

    ReplyDelete
  23. rosdiana,

    Jom. 1/7 majlis nikah di dewan AU2 pukul 8 malam. Kalau nak dtg roger saya. No hp boleh mintak kat tijah hehehe

    ReplyDelete
  24. AZANI,

    Wsalam. Maaf lambat balas. Nak ucapkan slmt hari bapa pun dah basi hehehe


    Mereka bercinta dah lama. 8 tahun kalau tak silap. Eloklah kalau mcm tu mereka kunci dgn ikatan perkahwinan.

    Kita sama2 doakan mereka kekal bahagia.

    ReplyDelete
  25. Temuk,
    Waalaikum salam Sdra Temuk.

    Kad tomok ini tak tahulah berapa harga setemnya kalau diposkan. Tapi kad yg Temuk dapat tu mmg power kalau setemnya saja dah RM3.50. Kalau hantar seribu kad dah berapa duit setemnya tu.

    Bila majlis tu? Jgn tak pergi sebab dah susah payah kawan tu jemput.

    ReplyDelete
  26. DrSinga,

    Sejujurnya saya tunggu komen awak tentang n3 ni. Saya nak buat n3 baru pun tunggu sampai awak datang komen.

    Saya tahu awak datang 2-3 sekali dan baca semua n3 utk tempoh tersebut.

    Dan saya juga tahu awak pernah pesan supaya saya ambil gambar tomok dan cucu saya ni masa mereka bersanding.

    Tapi rasa segan pula nak guna kamera cap ayam saya ni masa tu huhuhu

    EncikAbdul tak hantar crew ke buat liputan? ngeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails