Friday, June 24, 2011

Apa Korang Buat Malam Tadi?

Bila tiba malam Jumaat macam2lah aktiviti yg lazim dilakukan oleh orang2 Melayu/Islam di negara kita.

Antaranya ialah majlis bacaan Yassin dan tahlil di masjid2 dan surau2 seluruh negara. Majlis seumpama ini biasanya cuma dilakukan secara konsisten oleh orang2 Melayu sahaja. Kalau pergi ke negara2 Arab, Bangladesh, India, Pakistan, Kazakstan, Uzbekistan dan Tan-Tan yg lain tu mereka tak buat majlis mcm ni. kalau tak caya boleh tanya kak rosmah

Bukan aku kata majlis bacaan Yasin dan tahlil tu tak bagus. Dari asyik menonton tv atau BW dan berFB eloklah ke masjid atau surau baca Yasin. Sedekahkan pahala kpd ibubapa dan saudara mara yg telah pergi meninggalkan kita.

Cewah. Ada gaya macam Imam Muda tak aku pagi ni?

Selain dari aktiviti di atas, ada satu lagi aktiviti khususnya bagi yg telah berumahtangga. Tak payahlah aku sebut aktiviti itu sebab korang pun mesti tahu. Oleh kerana tuntutan untuk melakukan aktiviti tersebut yg berkobar2, janganlah kita cuba kacau mereka yg nak balik cepat bila malam Jumaat. Sesiapa yg berbuat demikian boleh didakwa di bawah Akta Makhluk Perosak 1972!

Minggu lepas aku ada citer jiran2 aku mengajak aku main badminton. Aku on aje sebab dah lama tak main. Aku syak mereka pun on sebab isteri mereka cuti. Mana tidaknya. Kami habis main pun dah dekat pukul 12 tengah malam.

Malam tadi tiada pula jiran2 ini mengajak main badminton. Aku syak malam tadi mereka ada aktiviti yg lebih menarik dari mengeluarkan peluh di gelanggang. Dalam lain perkataan cuti isetri mereka dah habis hehehe.

Oh ya. Nak tahu apa aku buat malam tadi?


Aku bawa Adam melihat kotaraya di waktu malam. Kalau tak caya, ini buktinya


KLCC pukul 10:40 malam tadi

38 comments:

  1. ni calon imam muda musim baru ni :)

    ReplyDelete
  2. juliet,

    alhamdulillah. Sejuk perut ibu mengandung.

    Kalau awak dah kahwin dan baca yasin malam Jumaat, suami happy sebab itu tandanya awak tak cuti hahaha

    ReplyDelete
  3. isteri2 di kejiranan YB semuanya cuti serentak yer... mak adam tak terkecuali ke??



    malam tadi aktiviti mengapam.

    ReplyDelete
  4. juliet,

    Malam tadi emak Adam ikut ke surau. Ada jiran buat kenduri kerana nak kahwinkan anak. Lagipun Atikah ada utk jaga Adam.

    Lain kali datanglah sini bila malam Jumaat. Meriah kat surau kami ni.

    ReplyDelete
  5. baincardin,

    Hari tu saya ingat nak masuk Imam Muda musim ni utk tumpang glamer tapi mereka kata saya dah tak berapa muda hahaha

    ReplyDelete
  6. kakngah,

    itulah tandanya jiran muafakat membawa berkat hehehe.


    Emak Adam terkecuali. Cuti dia tak diluluskan hahaha

    Aktiviti mengapam tu macamana? Ada tak persamaan dgn aktiviti mengepam? wakaka

    ReplyDelete
  7. calon imam kurang muda.........

    ReplyDelete
  8. zonaku,

    dah macam pertandingan nyanyian utk warna emas tu pulak hehehe

    ReplyDelete
  9. xtvt kaklong mlm tadi?

    errr...anak2 dah tido..kaklong senyap dua laki bini pergi makan bihun tomyam dgn lacikang....!
    pastu nak balik cepat2 takut nak menagis..heheheheh!!!

    ReplyDelete
  10. ni mesti emak adam cuti mlm td neh hahahaahah

    ReplyDelete
  11. lepas bawak Adam gie keliling KLCC , buat apa pulak ??

    ReplyDelete
  12. Imam Muda??? Muda ker?? ngeh..ngeh...ngeh..

    ReplyDelete
  13. gaya imam muda??


    errmmmmm


    ermmmm...




    awak ke adam?

    ngeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  14. kaklong,

    belum dinner ke masa tu kaklong? Emak Adam tak sanggup rasanya buat mcm tu. Kemana pergi terutama makan2 mesti nak bawa anak2.

    Best tak masakan tempat yg kaklong pergi tu? Kalau best, lain kali kami boleh cuba situ pulak. Selalu sgt dah makan kat Mee Bandung Muar tu kalau ke Kajang huhuhu

    ReplyDelete
  15. Masy,

    mana dia cuti. Dia ikut solat dan baca yasin kat surau lah.

    ReplyDelete
  16. pB,

    Lepas pergi KLCC pergi bawa Adam ke McD pulak. Beli bubur utk dia.

    ReplyDelete
  17. KSWSK,

    Kalau kurang setahun kira bolehlah masuk imam muda tu hehehe


    Bukan sebagai peserta tapi penolong penerbit.

    ReplyDelete
  18. kts,

    kalau adam imam junior. Ada ke yg nak berjemaah belakang dia.

    ReplyDelete
  19. geram dengo kat luar tu jerit pekik..kalau awak tu hebat sgt nape bukan wak yg main bola ???

    .....hehehe

    IE tengok channel lain sambil buat keje tulis-tulis..ilham mencurah-curah pulak mlm td

    ReplyDelete
  20. gaya imam (tak) muda (sangat). heheh~

    kalau cuti isteri dah habis rugi la YB...tak dapat la cuti2 lagi pasni!

    ReplyDelete
  21. ikan emas,

    Biasalah ramai org komen dan kutuk mcmlah mereka tu terer main bola. Dia mereka ni turun padang main sesama kawan aje pun (bukan pertandingan) mereka ni setakat tunggu bola sesat ke kaki mereka hehehe

    Wah banyak ilham. Mengarang apa tu?

    ReplyDelete
  22. gadisBunga,

    gaya tu yg penting. Muda atau tua kalau takde gaya, tak guna hehehe.

    Kalau isteri habis cuti itu dah monopause!

    ReplyDelete
  23. malam tadi kita menanti kehadiran siang..huhuhuhuuu...!

    ReplyDelete
  24. yb semalam sampai rumah pun dah petang, jadi hubby tak ke masjid baca yassin, dia baca kat rumah je.

    selain membaca yassin, kita pun ada aktiviti lain kita main sorok sorok dalam selimut boleeeeh! hehehe

    ReplyDelete
  25. kenapa ? adam tak mau tidu ke hehe

    ReplyDelete
  26. banyak xtvt malam Jemahat YB ye!

    ReplyDelete
  27. Apa gila lelaki dan peempuan citer tak senonoh? Masing-masing dah gatal sangat ke?? Kita ni dah terlalu AMERIKA . Ingatlah masing-masing ada Isteri, Suami dan anak-anak yang turut membaca gurau senda lucah ini.....

    Anti lelaki/Perempuan Miang

    ReplyDelete
  28. YB... ini bukan gaya imam muda...ini gaya imam yang tak berapa nak muda...hehehe...

    Tu gambar dulu tu kan?

    ReplyDelete
  29. hani@debumelukut,

    tidur keseorangan ke malam semalam? Kesiannya.

    ReplyDelete
  30. sharifah rosidah,

    iyalah kalau dah sampai agak lewat tentu badan masih letih. Tak semesti berjemaah di masjid kalau dlm keadaan begitu. Yang penting dapat solat berjemaah w/p dgn keluarga.

    Kalau memang suami isteri apa salahnya nak main sorok2 dlm selimut. Cuma mungkin ada yg marah kisah mcm tu dikeluarkan di blog ngeeee

    ReplyDelete
  31. zino,

    Adam mmg tidur lambat setiap malam sebab petang dia tidur dari pukul 5 - 8 malam.

    Saya nak ke sebuah bank di Jalan Ampang malam Jumaat tu. Jadi saya bawalah Adam sekali utk melihat lampu2 di KL ni.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. ibuintan,

    kebetulan kami keluar ke KL malam Jumaat tu. Kalau tak lepas balik dari surau kami duduk di rumah saja.

    ReplyDelete
  34. Anonymous,

    Terima kasih di atas pandangan dan teguran tersebut.

    ReplyDelete
  35. aNIe,

    Gaya imam muda lain ke Kak Anie? Ingatkan mcm tu. Ini tentu terkeluar kalau masuk rancangan IM tu huhuhu

    Gambar ni gambar baru. Atikah yg ambil gunakan BB saya semasa kami di lampu isyarat Jalan Ampang/Jln Yap Kwan Seng.

    Kenapa Kak Anie kata ini gambar dulu?

    ReplyDelete
  36. Ya Allah siapalah anon ni ya, tak baik kata kita orang miang tau, saya menaip ni suami ada kat sebelah. saya tak sorok sorok dari suami bila membaca blog atau fb. password saya semua suami saya ada. suami tak ada fb tapi dia gunakan fb saya kalau nak contact kawan lama.

    kadang kadang orang yang macam anon ni lebih gatal dari orang orang yang komen dalam blog ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails