Sunday, June 26, 2011

Amboi . . . . banyak cantik

Afifah anak aku yg sedang belajar di Kolej Matrikulasi Melaka (kmm) cakap nak balik minggu depan utk tengok Tomok kahwin. Tapi tiba2 KMM mengadakan kelas gantian Sabtu depan untuk cuti Hari Raya. Tak dapatlah dia balik.

Kami pula selain jemputan bapa mertua Tomok itu, kami juga dijemput oleh jiran setaman pada hari Sabtu tersebut. Pada hari Ahadnya pula kami ada jemputan kahwin di Masjid Tanah, Melaka.

Mendengar kami nak ke Masjid Tanah yg terletak cuma 5 km dari KMM Afifah pun call kata nak ikut pergi majlis kahwin tu. Oklah tu. Kira outing utk dia.

Tapi bukan setakat itu saja. Rupanya dia hantar mesej hari ini melalui Atikah (kakaknya) yg sedang bercuti di rumah.

Ini aku kopipes mesej tersebut:

Tlg carikan.To-buy list:
1. Sabun Daia 1kg
2. Air mineral 600mlx2 kotak
3. Oreo, Oat Crunch choc
4. Refill sabun Lux Velvet touch
5. Charcoas, Snek kacang peas, Pringles, muruku ikan, Sour Ribbon-2 strawberry 2 apple.
6. Maggie kari (bowl & cup)
7. Hanger hitam 2 ikat (kedai super99)
8. Deodarant Nivea Angel Star
9. Biskut Lexus hijau,purple
10. Hazelnut bread spread (JW)
11. Mangkuk milamare putih
12. Kotex Extra Long Overnight (20's)


Mak ai. Panjangnya senarai. Kenapa tak suruh beli satu supermarket sekali?

34 comments:

  1. salam..
    hehehe apa salahnya uncle..sesekali..bukan org lain pun yg dia pow tu..:)

    ReplyDelete
  2. kehkehkehhhh...

    kalu aji usop dulu. tak kuasanya dia nak layan. kena la aku beli sindri.

    ReplyDelete
  3. Anonymous,

    Wsalam.

    kalau ya pun agak2lah. Ingat ni delivery service ke apa huhuhu. Bukan satu tempat nak cari benda2 tu semua.

    Pow mmg tetap pow budak tu huhuhu

    ReplyDelete
  4. Tijah,

    Aku sokong tindakan Aji Usop. Kalau tak nanti ko naik lemak.

    Tengok skrg, mungkin sebab Aji Usop buat ko mcm tu, ko jadi indipenden

    ReplyDelete
  5. YB,

    jgn susah hati. lepas dah masuk tol ayer keroh belok kanan.

    jumpa pak menakan saya, dia ade hypermarket.







    MYdin





    semua di bawah satu bumbung. hehehehe

    ReplyDelete
  6. hahahaaa.....
    amalan biasa la tu....

    ReplyDelete
  7. YB..tak pe la..dia sibuk le tu..tak sempat nak leluar..he he..

    ReplyDelete
  8. AiTotYati,

    Nak ke London tak lalu Ayer Kerohlah.


    Kalau saya beli kat kedai pak penakan Yati boleh dapat diskaun tak? Tapi ada juga barang yg disenaraikan tu kena cari kat kedai lain mcm penyangkut baju hitam tu hehehe

    ReplyDelete
  9. zonaku,

    Awak biasa buat mcm ni ke dulu?


    Masa kat asrama dulu kalau dia kirim barang, sikit2 aje. Taklah panjang berjela senarainya.

    ReplyDelete
  10. Acik Erna,

    Kawan2nya pun sibuk juga tapi taklah minta dibelikan barang begitu banyak rasanya huhuhu

    ReplyDelete
  11. Mana ade panjang..pendek je tu..

    ReplyDelete
  12. yb, anak perempuan saya kalu tahu kami nak ke kuantan list nya lebih kurang macam afifah jugs.

    cik abang kita kadang2 cakap dengan kita anak u ni nak belajar ke nak bukak supermaket. hehehe anak oh anak
    sukahati dia je nak order ye.

    ReplyDelete
  13. hahahaha,,,afifah memang bijak...

    ReplyDelete
  14. Alaa daddy. Ni pon nk komplen ke? Hehe. Ni varu sikit.Kalau boleh mmg nak mintak lebih lagi. Nak mintak satu supermarket. Boleh kan?

    ReplyDelete
  15. ayah nya supermarket bergerak...!!
    hehehehe!!

    ReplyDelete
  16. hikhik... biasolah tu yb. kek sapo lagi nak manjo..

    ReplyDelete
  17. YB,

    mmg nak ke London tak lalu tol Ayer Keroh.

    tapi ape salahnya singgah sbb YB tak sempat nk g tempat lain. then baru ke London. nanti cuma perlu singgah satu tempat je lagi utk cari penyangkut baju hitam tuh.


    :P

    ReplyDelete
  18. Sally,

    pendek ke tu? Masa Sally belajar dulu lagi panjang list tu kot? hehehe

    ReplyDelete
  19. satu supermarket mana cukup bang. 2 laaaa.. ai pun nak gak


    :P

    ReplyDelete
  20. miahahhaa...

    Afifah ni manja dgn YB ke?

    Baik punya powwww tu...ekekekkee

    Takpe Afifah..pow aje...ayah Afifah kaya raya....ngeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  21. hahaha seronok saya baca komen afifah ni, so yb apalagi bila kan dia satu supermaket.

    ReplyDelete
  22. hahahahaaaaaaa!!!

    ( macam saya masa di sekolah MARA dulu!! )

    ReplyDelete
  23. bila lagik nak paw bapak kan??? thehhehe

    ReplyDelete
  24. sharifah rosidah,

    itulah bezanya anak perempuan dgn anak lelaki. Saya tengok pelajar lelaki rilek aje. Takde sibuk nak beli barang banyak2. Tapi kalau pelajar perempuan semua nak ada. Duduk kat asrama mcm duduk kat rumah dibuatnya.

    Anak awak dan anak saya lebih kuranglah tu hehehe

    ReplyDelete
  25. mOnAlIe,

    Ha'ah bijak....

    Bijak mengambil kesempatan huhuhu

    ReplyDelete
  26. Afifah,

    sejak bila pulak panggil daddy ni? Nak bodeklah tu.

    Tadi emak dan Tikah dah pergi belikan. Ada lagi barang yg tak dapat.

    Nak beli supermarket? Nak beli swift pun tak dapat2 lagi huhuhu

    ReplyDelete
  27. kaklong,

    setahu saya yg ada buat bergerak tu van sayur aje. Adalah jual ikan dan daging juga.

    ReplyDelete
  28. ibundo,

    ini bukan nak manja. Ini nak kasi bangkrap ayah dia. Baru sebulan lebih duduk KMM ini dah nak masuk 3 kali kami pergi sana. Setiap kali pergi macam2 dia nak huhuhu

    ReplyDelete
  29. AiTotYati,

    kalau ikut Ayer Keroh boleh tak kami singgah rumah Yati? Bolehlah tumpang minum hehehe.

    Tadi emak Adam dan Atikah dah cari barang2 tu. Tapi ada lagi yg belum dapat.

    ReplyDelete
  30. kts,

    awak nak supermarket nak buat apa?


    Nanti abang belikan kedai donut. Lagi awak suka kann

    ReplyDelete
  31. Daddy Ziyyad,

    Dia anak bapak tu kata emaknya. Mana boleh pow lebih2. Adik beradik yg lain pun nak jugak. Bajet bukan tak terhad huhuhu

    ReplyDelete
  32. sharifah rosidah,

    Dari belikan dia supermarket lebih baik saya belikan dia hypermarket terus. Itupun kalau ada duitnyalah.

    Dulu saya pernah jadi ahli pasaraya koop yg kat chow kit tu. Bila pergi situ anak2 saya ambil barang ikut suka hati aje sebab mereka kata pasaraya ayah mereka huwaaaaa

    ReplyDelete
  33. DrSinga,

    Budak2 MRSM mcm ni rupanya perangai mereka! huhuhu

    ReplyDelete
  34. makdara TERdiva,


    Mula2 nak masuk matrik dulu dah pow bapaknya. Takkan kali ni pun nak pow cukup2. Kalau iya pun, agak2lah hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails