Soalan: "Boleh saya tahu di mana rumah No 5 Persiaran 1?"
Jawapan: "Oh rumah besar dua tingkat tu! Di sebelah kanan masjid di depannya mini market."
Itulah pengenalan drama pendek No 5 Persiaran 1 yg popular di sekitar hujung tahun 70an dan awal 80an. Drama terbitan Mahani Ujang ini berkisar kisah keluarga Encik Aman. Ianya disiarkan di Radio 1 (skrg Klasik FM) setiap Isnin - Jumaat pukul 9:30 pagi.
Masa dulu belum ada radio swasta kecuali Redifussion. Itupun kena bayar dan pendengarnya tak ramai kerana lebih tertumpu kpd siaran dalam bahasa Cina dan Inggeris.
Hendak tak nak sesiapa yg nak dengar radio akan pasang Radio 1 utk siaran bahasa Melayu.
Aku pun minat juga dengar rancangan ni bila masa cuti sekolah. Kerana minat yg mendalam (cewah ayat) aku telah menghantar skrip ke rancangan ini semasa aku baru habis peperiksaan MCE. Skrip tu tulis tangan aje pun. Masa tu mana ada komputer. Aku hantar gunakan pos biasa sebab masa tu belum ada perkhidmatan kourier. Kalau adapun aku tak mampu sebab aku baru habis belajar.
Belum sempat aku mendapat balasan dari pihak penerbit, aku telah dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negeri pada bulan Januari (keputusan MCE pun belum keluar lagi masa tu). Tak lama lepas itu di dalam satu surat dari bapa aku, dia memberitahu bahwa skrip aku tersiar. Emak aku yg dengar rancangan tersebut. Pihak penerbit juga ada menghantar surat dan bayaran sebanyak RM50. Mereka meminta aku menghadiri kursus penulisan skrip drama supaya aku boleh menghasilkan lebih banyak skrip utk rancangan2 drama radio yg lain. Aku rasa cara aku menulis tu hancus tapi cerita tetap ada mesej. Itu yg tersiar tu. Kalau elok dan siap bertaip, mungkin dibayar lebih lagi.
Tapi masa itu aku dah tak berada di Malaysia. Maka tak sempatlah aku kembangkan bakat (ya ke ada bakat) menulis aku tu.
Skrg tulis blog bolehlah. Itupun hentam saja.
Oh ya. Mungkin ada yg bertanya kenapa tiba2 aku bercerita pasal drama No 5 Persiaran 1 ini. Sebenarnya semalam kawan aku semasa sekolah rendah yg melakonkan watak Amran iaitu anak kepada En Aman dalam drama itu menghubungi aku melalui fb. Minggu lepas dia berjaya menjejaki aku dan add aku dlm list dia. Lama juga kami chatting semalam. Lalu aku pun teringatlah tentang drama itu w/p aku tak sebut perkara ini kepada dia semalam.
Kalau dia baca blog aku hari ini, ketahuilah aku mengikuti perkembangan dia dalam drama tersebut.

tak pernah miss cerita nie
ReplyDeletebest sangat
pB,
ReplyDeleteOh peminat juga ni. Mungkin ada mendengar citer nukilan saya tu hehehe
cubalah asah bakat tu balik, mana tau davod teoh minat ngan skrip yg yb tulis. :P
ReplyDeletenak tgk ic, saya dah lahir belum tem drama tu :P
juliet,
ReplyDeleteNantilah kalau ada masa kita pergi kursus penulisan tu sama2. Baru ada semangat.
Mari sini saya tengok. Rasanya rancngan tu dah dihentikan masa awak lahir.
=))
ReplyDeleteYB...watak yang popular dulu watak Pak Chat... hehehe...memang selalu dgr...
ReplyDeletedulu masa kecik2..drama ni la yg selalu kaklong tunggu2..siap duk depan radio....!
ReplyDeletetapi kalau ditanya nama watak2 dlm drama tu,masyallah..lupa sungguh...
cuma ayat pengenalan drama tu jer masih ingat!
YB... kirim salam ngan Amran
ReplyDeletesaya peminatnya dalam siri drama tu dulu, suka suaranya
Melati,
ReplyDeletengeeeee
aNIe,
ReplyDeleteWatak Pak Chat tu dalam siri Fajar Di Bumi Permata. Kisah peneroka2 Felda di Bukit Putra. Drama itu pun mmg popular dulu.
kak long,
ReplyDeleteDulu tak banyak hiburan. Jadi kalau ada rancangan radio yg bagus mmg kita tunggu2.
kak long minat tak rancangan Apa Itu kelolaan Kak Yong (Tengku Mariam) dan Noramin?
Takpe tak ingat watak2 tu sebab dah lama sangat.
ibuintan,
ReplyDeleteInsyaAllah bila saya jumpa dia saya akan sampaikan. Kami cadang nak jumpa satu hari nanti.
Suara dia mmg macho. Itu sebab dia terpilih utk berlakon agaknya.
Saya minat suara Kak Mizah hehehe
saya tak penah dgr drama tu.
ReplyDeletetapi saya tak sangka yg yb ni multi-talented.
kagum ah!
Salam Jumaat YB..,
ReplyDeletememang my favourite program masa tu...masa tunggu bas nak gi sekolah... saya suka watak abg aman tu....
suara kak mizah tu pun suka juga...ngeeeee...
p/s: cepatnya masa berlaku meninggalkan sejarah silam...
Salam YB...,
ReplyDeletewahhhh ...bakat terpendam tu...eh masa tu RM 50 pun besar nilainya tu... cuba-cuba laa buat skrip bagi kat Rosham Noor SHUHAN pula...mana tau menjadi pulak...
mcm pelik je bila dapat tau u ada hidden talent menulis skrip.
ReplyDeleteada bakat menulis ye
ReplyDeleteoh, baru tahu
pernah dengar jugak citer tu, tapi tak ingat sgt la sape pelakonnya..hehe!
ReplyDeletemasa tu daun budak budak lagi...
ReplyDeletememang ingat sgt no 5 persiaran 1 ni..zaman tu tak de internet, radio ajelah sumber hiburan dan infomasi..
ReplyDeleteyb teringat saya masa tu saya sekolah rendah lagi selalunya saya duduk tepi tingkat menghadap jalan raya buka radio kuat-kuat dengar cerita ni sambil buat homework yang cikgu bagi.
ReplyDeletemasa tu noramin dan kak yong pun tengah popular juga. saya rasa station radio kerajaan best sangat masa tu. prema dengan belajar bahasa dan pagi2 pun best ada zainal din zainal, pergi kerja rasa terhibur je dlm kereta.
Huhu..tak pernah tahu pun wujudnya drama tu...dan tak pernah layan drama kat radio..
ReplyDeleteApa kata sekarang YB start hantar skrip..mana tau, boleh jadi pendapatan sampingan menulis skrip drama ka..filem ka..ekekekek
gadisBunga,
ReplyDeletetak salahkan golongan muda (ya ke muda? hehehe) mcm GB ni kalau tak pernah dengar drama radio mcm citer ni.
Kisah2 mcm ni mungkin ada hanya di blog org baya saya.
Adalah sikit2 bakat tapi sayangnya tak diasah. Skrg dah berkarat agaknya.
azmnor,
ReplyDeleteSalam Sabtu.
Awak sekolah petang ke masa tu? Untunglah dapat dengar setiap hari. Saya sekolah pagi huhuhu.
Walaupun setakat 10 - 15 minit setiap siaran tapi mmg best.
Encik Aman cool. Saya pun suka. Mizah kalau dari suara mcm cun giler hahaha.
Itulah seronoknya dengar drama radio ni. Kita boleh berfantasi kerana tak melihat watak2 dan tempat2 spt dalam drama tv.
feberet drama tu dulu...
ReplyDeletealangkah baiknya kalu drama spt ini dibuat kembali. pasti mengundang nostalgia!
ReplyDeleteazmnor,
ReplyDeletewsalam Bro.
Itu bukan bakat terpendam tapi bakat terendam. Dah lama sgt tu. Tambahan sekarang ni sibuk dgn kerja2 lain. Tapi mana tahu kalau satu hari nanti ada masa terluang saya nak tulis skrip tentang Cinta Internet hahaha
Syida,
ReplyDeleteKenapa? Tak percaya?
(dgn tangan di dada dan mata ke langit) hehehe
alien,
ReplyDeletedrama pendek bolehlah. Itupun sekali aje. Cinetron tak boleh kot ngeee
makdara TERdiva,
ReplyDeleteKira ingat sikit2 tu ok jugaklah sebab dah 30 tahun peristiwa ni berlalu hehehe
Daun,
ReplyDeleteSaya pun budak2 lagi masa tu ahaks.
hani@debumelukut,
ReplyDeleteItulah beza kita org dulu dgn budak2 skrg. Radio pun tak interaktif mcm skrg.
Drama tak banyak. Yang ada beberapa buah seminggu tu mmg jadi kegemaran ramai.
sharifah rosidah,
ReplyDeleteWah boleh dengar radio depan tingkap sambil buat homework.
Selain Rangkaian Satu, RMKL cukup popular masa tu terutama bagi penduduk lembah Klang sebab masa tu mana ada radio swasta. Saya suka dengar rancangan Apa Itu oleh Kak Yong dan Noramin. Selain itu saya suka belajar bahasa Jepun setiap hari Jumaat. Awak dah pandai bahasa Tamil ke kerana selalu dengar Prema?
Zainal Din mmg kelas.
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteKalau tak pernah layan drama radio mmg tak tahu kewujudan drama ni.
Saya nak tulis drama yg bermutu kena buat kajian. Itu yg belum ada kesempatan. Kalau buat skrip tangkap muat nanti kena kutuk aje huhuhu
zino,
ReplyDeleteSamalah kita rupanya hehehe
Daddy Zuki,
ReplyDeleteSatu cadangan yg baik. Harap ada penerbit yg mengambil serius cadangan ni.
Kalau kena gayanya, ramai peminat.
Awak ada try apa lagi??
ReplyDeleteAda try nyanyi tak?
:)
DrSinga,
ReplyDeleteSaya pernah mengambil bahagian dlm pertandingan nyanyian masa hari keluarga jabatan saya di Kuching pada tahun 2004.
Awak nak tahu? Saya menang no 2!
No 5 persiaran 1...memori yg indah utk dikenang.,,
ReplyDeletedua orang je yang masuk eh??!!!!
ReplyDeleteheheheheeeeeeeee...
lariiiiiiiiiiiiiii.......
petai jeruk,
ReplyDeleteBanyak kisahnya yg dekat dgn hati kita. Itu yg masih terkenang2.
DrSinga,
ReplyDeleteJangan lari dulu. Nak tanya ni - dua org tu masuk ke mana??
Kalau kita ikuti drama radio dulu-dulu kita akan dapati ia banyak memberi pengajaran tentang kehidupan.
ReplyDeleteRupanya kita dah tua...
ReplyDeleteselalu ikut juga rancangan ni.....
ReplyDeletesalam, abg am tu lakonan saudara rohaizat ke,
ReplyDeleteWaalaikum salam Zaidee,
DeleteAbg Am tu lakonan Che Om Dahari